Megat Adam menuruni anak tangga untuk bersarapan bersama keluarga. Puan Sophia menghidangkan sarapan pagi di atas meja .
" Along sarapan meh "ajak Puan Sophia sambil
menuangkan air kopi ke dalam cawan Megat Zahar yang sedang makan nasi lemak ." Ye mama " Megat Adam melangkah ke arah meja makan dia melabuhkan punggung di kerusi . Tak lama kemudian kedua adiknya juga turun untuk bersarapan.
" Angah , Adik meh sarapan sekali mama buat nasi lemak hari ni " ujar Puan Sophia . Megat Afwa dan Megat Aiman mengambil tempat duduk di sebelah Megat Adam .
" Along mama nak tanya dah jumpa ke Qaira? jangan lupa bawak dia datang sini " ujar Puan Sophia menuangkan air teh dalam cawan Megat Afwa.
" Dah jumpa dan along dah ajak dia kahwin " selamba jawapan Megat Adam . Tersedak Megat Zahar dan Megat Afwa manakala Megat Aiman sudah terpinga-pinga apakah ?
Puan Sophia terbeliak mata." Gelojoh! " kutuk Puan Sophia selamba .
" jap apa ni ? Angah tak faham Along kahwin? dengan siapa ? " soal Megat Aiman
" Perempuan yang tolong mama kelmarin. " Megat Afwa tolong jawabkan.
" Adam dah bincang dengan dia tapi ada masalah sikit . " ujar Megat Adam sambil dia menyuap nasi ke dalam mulutnya .
" Huh masalah apa pulak along ? " soal Megat Zahar .
" Qaira cakap hubungan dia dengan abah dia tak berapa baik...nanti Adam fikirkan macam mana abah dengan mama tak payah risau " ujar Megat Adam , Megat Zahar serta Puan Sophia hanya angguk .
Mereka sekeluarga sambung bersarapan serta berborak kosong sahaja. Megat Adam baring di ruang tamu TV di biarkan sahaja tiba-tiba dia menerima mesej dari Tengku Ammar .
T.Ammar Al Fateh
- Bro datang villa aku
sekarang boleh ?Pahal bro ?-
- pasal perempuan tu lah .
5 minit lagi sampai -
Megat Adam terus bangun dari sofa lalu kunci kereta miliknya diambil kakinya melangkah ke luar rumah . enjin kereta di hidupkan lalu dia meninggal halaman rumah agam menuju ke villa Tengku Ammar .
Sampai sahaja di villa Tengku Ammar terus dia meluru masuk ke dalam nasib pengawal disitu kenal dia kalau tak mampos dia .
" Assalamualaikum " Megat Adam memberi salam kakinya melangkah masuk ke dalam villa milik Tengku Ammar .
" Waalaikumussalam duduk la " ujar Tengku Ammar . lalu iPad miliknya di letakkan atas meja kopi untuk Megat Adam .
" Here maklumat about Nur Qaira Ameerah Dato'Zubair " sambung Tengku Ammar sambil dia duduk di sofa mewah yang ada di ruang tamu .
Megat Adam membaca segala maklumat tertera pada skrin iPad sedikit sebanyak dia agak kagum dengan Qaira.
" Kebetulan company aku ada projek dengan bapak dia what's a small world " ujar Megat Adam iPad milik Tengku Ammar di letakkan atas meja semula .
" So kau dah lega sekarang? apa kau nak buat dengan dia ? " soal Tengku Ammar . Dia dah kenal sangat dengan sahabat karibnya itu pasti ada sesuatu .
" Aku ajak dia kahwin " jelas Megat Adam buat Tengku Ammar tersedak air oren.
" What's?! kau nak kahwin dengan dia ? " soal Tengku Ammar tidak percaya. Buang tabiat ke mamat ni ?
" Yup aku dah bagitahu dia semalam and also dia dah berterus terang dekat aku pasal diri dia kau jangan risau Am " ujar Megat Adam .
tahu sangat mesti Tengku Ammar risau jikalau dirinya hanya mahu sekadar permainkan gadis itu sahaja.
YOU ARE READING
Milik Tuan Megat [𝒞 ]
Romance- my 1st romance story - Megat Adam Qhalish x Nur Qaira Ameerah Nur Qaira Ameerah hanya gadis biasa yang bekerja sebagai barista di sebuah cafe hidupnya sedikit berbeza dengan gadis lain walaupun memegang degree namun dia memilih untuk bekerja seb...