chapter13⚘.

7.9K 254 12
                                    

⚠️: ALKOHOL ADALAH HARAM BAGI UMAT ISLAM .

Di sisi lain pula Dato Zubair hanya mengeluh berat sahaja memandang Hanis iaitu anak angkatnya terasa kemarahan membuak-buak sekarang ini .

Qalif yang baru sahaja turun dari tangga dia hanya tayang wajah dingin sahaja namun tetapi dia perasan akan riak wajah abahnya itu .

" Abah ? kenapa ni ? " tegur Qalif sambil dia memandang ke arah Dato Zubair .

" Anak angkat abah kamu ni ada ke patut dia pergi goda suami kakak kamu tu " beritahu Datin Zahirah geram! tadi dia ada terima video rakaman CCTV dari seseorang yang hantar menunjukkan Hanis sedang cuba goda Megat Adam meskipun menantunya itu cuba menepis dan tidak layan siap boleh dengar lagi suara Megat Adam jerkah Hanis .

Qalif menyembunyikan senyum kemudian dia bersuara dengan sinis .dia yang hantar video rakaman cctv tu tadi ehek!

" Murah jugak kau eh ? Tak cukup dulu kau dah fitnah kakak aku now nak caras suami dia pula wow dengan tak sedar diri kau tu orang jaga je patut mak bapak kau buang rupanya tahu perangai kau tu macam mana . " bidas Qalif .

Hanis mengetap bibir geram terasa dengan kata-kata Qalif sememangnya dia cemburu dengan Qaira! Dia mahu segala yang gadis itu ada termasuk Megat Adam !

" Heh ! Mesti mak bapak kau tengah hidup bahagia dengan anak-anak diaorang dan kau pulak? " ujar Qalif penuh sinis bukan dia tidak tahu apa-apa.

Dengan atas bantuan Tengku Ammar berserta rakan abang iparnya itu mereka mengetahui tentang maklumat pasal Hanis ini . Ibu bapa Hanis membuangnya kerena dia di lahirkan tidak sah taraf lebih tepat anak haram juga Hanis sedia tahu tentang keluarganya itu .

" Kau diam la Qalif ! tak tahu apa-apa kau just shut up !! " jerkah Hanis . Qalif ketawa sinis puas hati dia sekarang sengaja dirinya itu mahu tambah minyak ke dalam api

" What marah ? Heh kau ingat eh perempuan kau boleh mati bila-bila masa sahaja tau ? sama ada dekat tangan abang ipar aku atau aku sendiri untuk perempuan nama Qaira we do it anything for her . kau boleh rancang apa saja tapi kalau dapat tangkap pandai la kau nak hidup . Aku bukan bapak aku tau yang em malas nak cakap . " ujar Qalif dengan tenang namun terselit sinis dan ugutan.

Terasa remang bulu roma Hanis dengar apa yang di sampaikan oleh Qalif entah kenapa dia berasa gerun sekarang tapi segala yang sudah di rancang jadi dia harus teruskan untuk hancurkan Qaira dan dapat Megat Adam .

Dato Zubair hanya diam tahu dia tak mampu nak pertahankan Qaira . Tadi sempat isterinya menunjukkan video Hanis cuba goda Megat Adam tak mahu berlengah masa Dato Zubair meninggal ruang tamu pergi bilik kerja nya .
satu nombor di dial .

" Hello " ujar Dato Zubair .

" Yes Dato' ? " jawab seorang lelaki di talian .

" Aku nak kau perhatikan anak angkat aku dan pasti kan dia tak dekat dengan Qaira ataupun dengan menantu aku faham ? " pesan Dato Zubair lagi .

" Beres Dato' jangan risau ! " ujar lelaki itu .

Lalu Panggilan di tamatkan telefon bimbit di letakkan atas meja , Dato Zubair hanya keluh berat otaknya serabut mengingatkan tentang
dua hari lepas dia bertemu dengan Tengku Ammar yang secara kebetulan ada projek bersama .

lepas meeting sempat mereka berborak dan minum di sebuah restoran lalu Tengku Ammar tiba sahaja memesan kepadanya supaya dia berhati-hati dengan Hanis sekarang dirinya sudah faham mengapa Tengku Ammar pesan
kepadanya . cukup dia telah kecewakan Qaira kerena tidak percaya anak gadisnya itu dulu sekarang tiba masanya dia tebus segalanya .

Milik Tuan Megat [𝒞 ]Where stories live. Discover now