special chapter °❀⋆

2.5K 79 5
                                    

" Hah?!?!? nak kahwin?! " hampir terkejut beruk semua orang yang ada ada rumah Megat Zahar . Ini tak ada angin ribut tetiba sahaja nak kahwin .

" Anak bonda tak ada buat benda tak elok kan dekat anak dara orang ? " soal Tengku Raudhah yang sudah memikirkan yang bukan - bukan..

" No! Bonda Am memang nak kahwin and Am tak ada lagi terdesak nak rosakkan anak dara orang lain . " jawab Tengku Ammar lagi .

Yang lain masih lagi cuba proses yang di sampaikan oleh Tengku Ammar tadi biar betik!
Mamat kutub utara ni nak kahwin ? Mana la dia cekau perempuan buat bini . .

" Ammar nak kahwin dengan siapa ? " soal Qaira sudah mula curiga dan ingin tahu sejak haritu Tengku Ammar asyik tanya macam nak ambil hati perempuan macam mana dia tahu heh! Si Megat Adam mana reti simpan rahsia habis semua dia bagitahu dekat si Qaira late night talk katakan dasar pak cik bawang merah!

" Dengan sepupu kau . Nuraisha Faiza . " jawab Tengku Ammar tanpa ragu-ragu . Melopong Qaira dengar jawapan dari sahabat suaminya itu .

" Patut la Am tanya Adam itu ini dari haritu lagi . " usik Qaira buatkan mereka memandang ke arah Tengku Ammar mahu penjelasan tapi tak di layan..

" Diam laa kau. Ada jugak kena side kick nanti , Adam tengok bini kau ni . " Adu Tengku Ammar kepada Megat Adam.

Megat Adam memandang ke arah Qaira. Dia menjungkit bahu tak bereaksi apa-apa .

" Nanti aku side kick balik bakal bini kau biar padan muka . " balas Megat Adam, macam budak-budak. Mereka geleng kepala aduh buat hal betul la .

" Laki bini perangai lebih kurang! " bidas Tengku Ammar tidak puas hati .

" Eleh kutuk kita haritu bukan main lagi minta nasihat dekat suami kita . " Qaira menjeling ke arah Tengku Ammar .

" Suami kau kawan baik aku . " Qaira hanya abaikan sahaja kata-kata Tengku Ammar.

" Dia suami Qaira . " jawab Qaira tak mahu mengalah. Mereka semua geleng kepala sahaja.

" Aku sumpah kau jadi sotong! " ujar Tengku Ammar selamba sahaja.

" Qai sumpah Ammar jadi tupai! " Megat Adam memicit pelipisnya yang sorang kena sumpah jadi sotong yang sorang tupai....

" Sudah korang berdua . " Megat Adam beri satu pandangan tajam. Diam sahaja Qaira dan Tengku Ammar .

" Nanti bawak jumpa bonda dengan Abah . " pesan Tengku Raudhah manakala Tengku Amzah angguk setuju .

•❅──────✧❅✦❅✧

" Aku terima nikahnya NurAisha Faiza bt Sufian dengan mas kahwin sebanyak Rm 12 , 000 ribu ringgit tunai . "

" Sah "

" Sah "

" Sah "

Hanya dengan sekali lafaz NurAisha Faiza kini sudah menjadi milik Tengku Ammar Al Fateh. Selesai membaca doa dia terus mendekati NurAisha bagi menyarung cincin. Akad nikah mereka berlangsung pada malam hari atas permintaan Tengku Ammar sendiri .

Selesai sahaja upacara sarung cincin dan bersalaman tiba sesi bergambar pula , Qaira dan Megat Adam serta yang lain turut hadir .

Namun dari sisi lain ada mata yang melihat mereka penuh dengan perasaan benci dan geram! Wanita itu mengepal penumbuknya .

Seharusnya Tengku Ammar Al Fateh jadi milik nya bukan perempuan itu!

NurAisha baru sahaja selesai bersihkan diri sekarang dia sibuk menggantung dan juga lipat pakaian nya itu . Rasa tidak percaya sahaja kini dia telah jadi ister kepada Tengku Ammar . Di sedari ada tangan melingkar di pinggang nya itu bau minyak wangi dah tahu siapa .

Milik Tuan Megat [𝒞 ]Where stories live. Discover now