Special 20k! Readers Milik Tuan Megat.!
Assalamualaikum
Mi Estrellas .
Setelah sekian lama saya memikirkan sama ada untuk buat cerita Tengku Ammar ataupun tidak , mohon maaf tiada wattpad cerita Tengku Ammar dan Nuraisha . Saya tak mahu hampakan readers saya mungkin antara awak semua menunggu cerita Tengku Ammar , saya tak buat sebab kebanyakan dah spoiler dari MTM so saya tak nak lah other new reader cakap itu ini tiber! Jadi here we go special chapter cerita Tengku Ammar and NurAisha Faiza.
*Saya memang suka pelik daripada orang lain pun .... Okay la en ? Daripada some of you guys terasa dihampakan sebab tak ada cerita pasal Tengku Ammar*
- hope korang enjoy la ek ? Memang otak last minit author ni :) sila jangan kecam! There's will be a few special chapter only about Tengku Ammar Al - Fateh! also there few add on character!
- semua chapter berkaitan Tengku Ammar dan NurAisha Faiza , saya ada ambil sikit dari chapter MTM juga ada perubahan sedikit tak banyak sikit je .
Enjoy!
Yang follow ig saya mesti ada baca saya bagi spoiler kan ? HAHAHA
•┈••✦
•┈••✦ °❀⋆ •┈••✦ °❀⋆ •┈••✦ °❀⋆ •┈••✦Maserati MC20 Cielo membelah lebuhraya malam dirinya fokus memandu wajah dinginnya itu tidak menunjukkan sebarang perasaan . Hari ini dia pulang lewat kerana ada beberapa hal dan perkara perlu dia selesaikan.
Setibanya dia di rumah agam mewah milik Al - Fateh kaki panjang di hayunkan melangkah ke dalam rumah agam mewah itu. Riak wajahnya tak menunjukkan sebarang perubahan atau perasaan. Hanya dingin sahaja tiada senyum langsung.
" Am baru balik? " soal Tengku Raudhah yang memandang ke arah anak tunggalnya itu .
" Haah bonda . " jawab Tengku Ammar nada lembut sahaja dengan orang lain mimpi saja lah mahu dengar lelaki ini bersopan ataupun berlembut.
"Macam mana kerja? "soal Tengku Amzah dari tadi lagi hanya fokus membaca buku hal - hal agama .
" Okay . " sepatah sahaja jawapannya . Tengku Amzah angguk dah biasa sangat dia dengan sikap anak tunggalnya itu.
" Hm . Bagus macam tu . " kata Tengku Amzah lalu sambung baca buku .
" Am masuk bilik dulu. "ujar Tengku Ammar , kaki panjangnya itu melangkah masuk ke lif nak guna tangga? Memang idok lah dia.
Pintu bilik tidur dibuka Tengku Ammar terus ke bilik air untuk mandi kejap lagi nak keluar ada hal nak kena settle. Jam tangan di buang dan di letakkan di tempat asalnya. Baju kemeja lengan panjangnya itu di masukkan ke dalam bakul mendedahkan tubuhnya yang berketul - ketul itu pakej dengan sixpack lagi.
YOU ARE READING
Milik Tuan Megat [𝒞 ]
Romance- my 1st romance story - Megat Adam Qhalish x Nur Qaira Ameerah Nur Qaira Ameerah hanya gadis biasa yang bekerja sebagai barista di sebuah cafe hidupnya sedikit berbeza dengan gadis lain walaupun memegang degree namun dia memilih untuk bekerja seb...