...
" Adam dengan Qaira mana ? " soal Rayna mata melihat sekeliling mencari kelibat dua laki bini itu .
" Dah tidur dalam bilik Rayna . " jawab Puan Sophia sambil duduk di kerusi. Tengku Ammar, Megat Zahar , Dato Zubair, Hud Mikael, Faliq , Tengku Amzah dan Tengku Raudhah sedang berborak di meja batu luar rumah itu sambil makan bihun sup .
" Eh penat sangat ke ? " Rayna berkerut dahi sambil dia duduk di sebelah Faliq.
" Mana tak penatnya Rayna puas tau suami kawan baik awak tu pujuk isteri dia makan ubat macam nak pergi berperang je Megat Adam tadi . " ujar Faliq, Megat Zahar dan yang lain ketawa bukan mereka tak dengar bagaimana Megat Adam pujuk Qaira tadi .
" Harap Adam tak stress dengan letih layan kerenah anak aku tu Zahar . "kata Dato Zubair menayang riak risau jikalau menantunya itu akan rimas akan perangai Qaira .
" Adam tak pernah. "Tengku Ammar bersuara lama dia diam .
" Maksud Am ? " soal Dato Zubair memandang Tengku Ammar . Semua mata tertumpu pada nya .
" Sepanjang Am dengan Adam tak pernah lagi ada perempuan buat Megat Adam Qhalish jadi macam orang tak waras sebelum ni masa dia dengan Farah Am tak kisah sangat pasal Farah . Kadang kalau lepak dengan diaorang tu Am boleh nampak Adam dengan Qaira tu saling memerlukan. Tak pernah Adam rungut dengan kami pasal Qaira. Kalau sehari sahaja Qaira tak cakap dengan dia mula dia soal kan benda tak masuk akal . Qaira pulak tak pernah sikit pun lupa Adam sakit macam mana pun Qaira nama yang dia sebut adalah Megat Adam Qhalish . " jelas Tengku Ammar sebagai orang yang rapat dengan Megat Adam dan Qaira. Tersenyum Dato Zubair rasa tenang hati dia sekarang .
" Jangan risau Zubair anak kau macam anak kami dah sekarang ni . " ujar Tengku Amzah tayang muka selamba . Tengku Ammar hanya dengus geram!
" Memang tapi jangan lupa anak betul kat sini nanti terabai pulak! " bidas Tengku Ammar . Terus mereka ketawa dengan wajah masam Tengku Ammar .
" Patut la Qaira selalu usik Am . " seloroh Puan Sophia . Teringat bagaimana Qaira menyakat jejaka ini sudah dingin dan beku macam anak sulungnya itu .
Untung jadi betul jadi Qaira mampu mencuit hati semua orang dengan perangai dia tak semengah itu untung juga suami rajin layan .
" Bukan setakat usik gitu je dia jadikan Am sebagai hamba abdi dia haritu aunty . " ujar Faliq. Terkekek mereka ketawa lagi .
" Qaira suruh Am buat apa ? " soal Megat Zahar . Tengku Amzah sudah terjungkit kening ingin tahu .
" Jadi driver, jadi bodyguard tak berbayar dan banyak jugak . " Rayna tolong jawabkan bagi pihak Tengku Ammar. Mereka tertawa dengar jawapan dari Rayna , Tengku Ammar pulak dia hanya diam tayang wajah tidak puas hati.
Flashback ;
" Ammar free tak esok? " soal Qaira sambil dia memandang ke arah Tengku Ammar . Megat Adam pula sudah terjungkit kening .
" Aku ada meeting pagi lepastu free pahal ? " soal Tengku Ammar . Qaira sudah senyum penuh makna .
" Teman Qai keluar . Adam busy esok dia kata suruh ajak Am . " jawab Qaira dengan polos . Megat Adam menepuk dahi . Tengku Ammar pula sudah mengeluh .
" Ingat sayang main-main semalam . " kata Megat Adam.
" Mana ada main-main lagipun bukan selalu buli Am . " Qaira sudah ketawa. Megat Adam hanya geleng .
" Ha gelak kuat lagi terberanak kat sini baru tau . " Tengku Ammar mendengus geram . Begitu lah Qaira sering buli dan arahnya itu ini . Sebelum ni mana ada orang pernah main arah dia itu ini , bini Megat Adam ni je yang berani mati .
YOU ARE READING
Milik Tuan Megat [𝒞 ]
Romance- my 1st romance story - Megat Adam Qhalish x Nur Qaira Ameerah Nur Qaira Ameerah hanya gadis biasa yang bekerja sebagai barista di sebuah cafe hidupnya sedikit berbeza dengan gadis lain walaupun memegang degree namun dia memilih untuk bekerja seb...