...
Lepas makan malam bersama-sama dengan keluarga Qaira tadi Tengku Ammar sambung duduk berborak dengan Dato Zubair dan yang lain .
" Adam , Pak Usu nak tanya kalau ada kerja kosong dekat syarikat Adam untuk Faiza. " Pak Usu memandang ke arah Megat Adam.
" Maaf Pak Usu tak ada . Tapi Am office kau nak pakai orang kan ? " Megat Adam menoleh ke arah Tengku Ammar.
" Haah , P.A " jawab Tengku Ammar sambil dia mengambil epal yang di sudah siap di potong .
" Eh elok la macam tu , kalau Tengku tak kisah boleh ke anak Uncle kerja sana ? " soal Pak Usu memandang ke arah Tengku Ammar.
" Sure , no problem esok datang office saya. Qaira nanti bagi contact no Kak Dhea dekat sepupu kau. " arah Tengku Ammar kepada Qaira.
" Okay Am , Don't worry nanti Qai bagi ! " ujar Qaira dengan nada ceria .
" Faiza nanti kalau dapat kerja dengan Tengku
, nanti kerja elok-elok. " pesan Pak Usu kepada anaknya itu . Nuraisha angguk malu la pulak!" Qai , Adam tidur sini ke? "soal Datin Zahirah.
Memandang Anak menantunya." Tak mama , esok Qai dengan abang Adam ada hal jadi tak dapat lah lagipun kereta abang Adam dekat rumah Abah. Nanti eh Qai dengan abang Adam tidur sini . " ujar Qaira lembut memandang wajah Datin Zahirah.
Dato Zubair dan Datin Zahirah angguk tanda faham sahaja . Mereka semua sambung borak kembali tak lama lepastu Megat Adam, Qaira dan Tengku Ammar meminta diri untuk pulang.
Setelah Tengku Ammar menghantar Megat Adam dan Qaira pulang tadi terus dia ke rumah keluarganya niatnya mahu pulang ke penthouse miliknya jadi malas pula sebab itu diambil keputusan pulang ke rumah agam milik keluarganya.
-∗ ࣪ ˖༺ ♡ ༻˖ ࣪ ∗--------------------------------
Kini Qaira sudah sarat mengandung due date lagi seminggu , Megat Adam pula sekarang banyak bawa pulang kerja ke rumah.
" Abanggggg!!! "Qaira menjerit memanggil Megat Adam yang berada di ruang tamu luar rumah sedang berborak dengan Hud Mikael dan Fareez Akmal serta Tengku Ammar .
Dengar jeritan isterinya laju sahaja Megat Adam berlari ke atas bilik .
" Kenapa sayang!? " panik wajah Megat Adam memandang Qaira itu.
" Er ni air apa? Meerah tak rasa nak kencing pun tapi ni air apa? "soal Qaira blur sambil dia memandang ke bawah seluarnya kini basah .
Membulat mata Megat Adam terus panik dan kelam-kabut dia di buatnya. terus dia berlari ke luar bilik . Air ketuban!
" Am!! sediakan kereta bini aku nak beranak! " jerkah Megat Adam satu rumah Agam Megat Zahar dengar suara dari Megat Adam.
Tengku Ammar yang mendengar jerkah dari Megat Adam terus berlari ke luar rumah untuk siapkan kereta . Sementara Megat Adam pula mengambil barang keperluan dalam panik Qaira pula masih blur tak tahu apa .
" Abang? Kita nak pergi mana? " soal Qaira masih blur dan polos .
" Hospital sayang . " Megat Adam mengambil bag pakaian lalu mencempung Qaira lalu turun ke bawah .
Megat Adam dan Qaira duduk di penumpang belakang sementara Tengku Ammar pandu kereta miliknya ke hospital yang lain ikut di belakang .
Tiba sahaja di hospital Qaira terus menangis tadi dia tak rasa sakit dah sampai baru rasa bertambah panik la Megat Adam di buatnya selalu pandai pula dia tenangkan Qaira ini bini nak beranak dia jadi blur . Tadi doktor minta dia untuk teman Qaira di labour room tapi masalahnya dia yang berpeluh lebih dari Qaira .
YOU ARE READING
Milik Tuan Megat [𝒞 ]
Romance- my 1st romance story - Megat Adam Qhalish x Nur Qaira Ameerah Nur Qaira Ameerah hanya gadis biasa yang bekerja sebagai barista di sebuah cafe hidupnya sedikit berbeza dengan gadis lain walaupun memegang degree namun dia memilih untuk bekerja seb...