...
Qaira mengikuti Megat Adam keluar daripada tandas baru lepas mandi kemana sahaja kaki suaminya melangkah pasti di ikut memang tak boleh pisah langsung.
" Abang dekat kampung tu ada apa? " soal Qaira sambil bermain hujung tudungnya itu.
Megat Adam sedang memakai seluar jeans miliknya itu ." Dekat kampung mama ada sawah." jawab Megat Adam kini sedang menyarung bajunya itu . Kenapa dia bersiap lewat ? sekarang ni apa-pun hal dia kena siapkan Qaira dahulu . Tudung bawal pun dia iron , baju dan sebagai nya pun dia yang cari serta sediakan. Semua di buat oleh Megat Adam memang jaga baby sekarang ni .
Setelah Megat Adam selesai bersiap semua barangan sudah di check , luggage pun sudah di masukkan ke dalam bonet kereta mereka mahu bertolak pulang ke kampung , Megat Zahar dan Puan Sophia serta yang adiknya yang lain sudah pun bertolak petang kelmarin.
Hampir beberapa jam Megat Adam memandu akhirnya tiba dia kampung terdapat berapa buah kereta saudara-mara Megat Adam turun je dari kereta luggage di bawa masuk . Qaira pula hanya diam dari tadi mana tidaknya kini suaminya sudah di culik oleh sepupu.
" Abang Adam jom la duduk sekali . " ajak Lina menarik lengan Megat Adam namun di tepis.
di ajak pula oleh ibu saudaranya itu tak boleh nak tolak. Acuh tak acuh saja dia layan sebab dalam kepala otaknya sekarang Qaira .Qaira pula hanya diam sahaja di sebelah Megat Afwa memandang bagaimana sepupu suami nya itu cuba mendapat Megat Adam tapi sayang tak di endah .
" Qaira nak tahu tak dulukan abang Adam dan Lina pernah pergi cuti bersama-sama tau . " ujar Lina dengan sengaja mahu sakitkan hati Qaira .
" Oh ye ke .... Mesti best . " Qaira hanya senyum kelat sahaja . Megat Adam mengeluh berat.
" Celah mana aku pergi bercuti dengan kau ? Itu family day , kalau tak di sebabkan mama aku paksa tak hingin aku . " bidas Megat Adam dengan selamba dia bangun duduk di sebelah Qaira . Riak wajah Megat Adam sekarang ialah dingin sedinginnya.
Lina dan yang lain pula sudah menelan air liur dengar nada dingin dari Megat Adam . Ini kalau gunung meletus mampos .
" Jangan nak buat cerita bukan-bukan Lina , sengaja ye nak bagi menantu mak long salah faham ? " sinis Puan Sophia menyoal ingat dia tak tahu yang anak saudaranya itu ada hati dengan anak sulungnya itu ?
" Alah kau kak itu pun nak bising ke? Tapi betul kan Lina dengan Adam tu rapat aje dulu . " kata Puan Zarina dengan nada sinis memang saja nak sakitkan hati Qaira.
" Itu sebab anak mak ngah gatal macam ulat bulu terpaksa la abang saya layankan . " bidas Megat Afwa dengan nada perlian bukan dia tak tahu apa-apa . Terdiam Puan Zarina .
" Kalau ada niat nak rosakkan rumah tangga aku tahu macam mana aku nak ajar korang , jangan main-main terutama engkau . " ugut Megat Adam sambil menunjukkan kearah LIna .
" Sudah . Adam bawak isteri kamu tu pergi berehat lagi lama dia kat sini makin stress pula
kesian dah bawak budak . " ujar nenek dengan lembut , Datuk pula angguk tanda setuju ." Haah Along bawak masuk menantu mama ke bilik duduk kat sini nanti makin stress pulak, mama pun nak duduk luar rasa panas . " perli Puan Sophia sambil bangun dikuti Megat Afwa
dan Megat Aiman." Jom sayang kita rehat. " lembut nada Megat Adam perlahan memapah tangan Qaira itu berlalu pergi ke bilik . Puan Zarina dan Lina pula mendengus geram menyampah!
...
" Betul ke abang ? " soal Qaira memandang Megat Adam tak berkelip mata .
" Betul apa sayang ? " Megat Adam tolong buangkan kerongsang dan pin tudung shawl yang di lilit .
YOU ARE READING
Milik Tuan Megat [𝒞 ]
Romance- my 1st romance story - Megat Adam Qhalish x Nur Qaira Ameerah Nur Qaira Ameerah hanya gadis biasa yang bekerja sebagai barista di sebuah cafe hidupnya sedikit berbeza dengan gadis lain walaupun memegang degree namun dia memilih untuk bekerja seb...