BAB 31

2.8K 190 11
                                        

HARI ini adalah harinya.

Aku akan berlaku jujur dan mengaku bahawa semua tentang ingatan itu hanyalah satu lakonan. Aku tak tahu apa yang akan berlaku selepas itu, tapi yang pasti, aku sudah tidak mahu berpura-pura di depan Jebat lagi.

Aku percaya dia ke? Tidak. Aku sudah memaafkan dia ke? Tidak. Aku masih berharap untuk menjadi isterinya? Tidak. Aku masih berharap bahawa dialah lelaki yang akan melindungi aku? Tidak.

Tidak lagi.

Aku sedar bahawa kebergantungan itu hanyalah kepada Allah, bukan manusia. Jika aku perlukan perlindungan, maka Allah yang perlu dicari. Aku terlalu berharap pada manusia selama ini sehingga aku kecewa. Kerana benar, manusia akan sentiasa mengecewakan.

Tetapi melihat layanan Jebat, sungguh aku rindukan dia.

"Ayah, hari ini Adara tak ke rumah ya? Esok, insyaAllah Adara akan bermalam di sana." Aku meminta maaf terlebih dahulu.

Ayah yang sedang berada di dalam panggilan terus ketawa kecil.

Patutnya kami menginap di rumah ayah malam ini. Namun kerana aku perlukan malam ini untuk berdua bersama Jebat, maka aku tukar ke hari esok.

"Kamu janganlah jadikan hari melawat ayah itu ruji dan wajib. Bila ada masa, datang. Tak ada masa, hari lain masih ada. Ini siap berjadual. Dah macam kalau tak melawat sehari, berdosa besar pula," kata ayah.

"Adara tak nak ayah sunyi. Kalau boleh, biar ayah tak sempat rindu pun lagi." Aku membalas sambil menilik tubuh di depan cermin.

Gaun malam satin berwarna krim dengan robe setona di luar. Aku mengikat tali di bahagian pinggang. Dipastikan kemas.

"Adara bagi saja ayah cucu, nanti tak adalah ayah sunyi."

Erk!

Seakan tahu yang aku sedang terkedu, ayah terus belasah gelak di hujung sana.

"Ayah ini..." Haish, dengan ayah pun aku perlu jujur. Tapi biarlah bila kami berdepan. Yang pasti, ayah perlu sihat pada waktu itu.

"Ayah tahu. Nanti kalau Adara dah ingat segalanya, jangan bertangguh. Ayah nak rasa pegang cucu sendiri."

Aku diam saja. Tak mahu memanjangkan isu cucu ini. Panas muka dibuatnya.

"Ayah, nanti Adara call lagi ya?" Sebab aku perlu bersiap sebelum Jebat pulang.

"Baiklah. Sebelum datang esok, tolong belikan pisang goreng bijan. Beritahu Jebat, tahulah dia mana tempatnya."

"Okay, ayah. Ayah jangan lupa makan ubat. Terus tidur tahu? Jangan nak masuk bilik kerja pula lepas ini."

"Tak adalah. Ayah memang nak tidur dah. Baru aje makan ubat lepas makan tadi. Adara buat baik pada Jebat ya? Jangan nak marah-marah atau buat dia sakit hati." Ayah menasihati aku.

Lihatlah, walaupun ayah tak beritahu secara terus bahawa Jebat itu adalah suami aku, namun ayah akan membimbing aku untuk menyantuni Jebat seperti sekarang. Ayah benar-benar peduli. Mungkin kerana ini juga ayah sanggup 'membayar' Jebat untuk berkahwin dengan aku.

Kerana ayah peduli.

Sebaik saja panggilan ditamatkan, aku terus memeriksa mesej yang baru masuk tadi.

I'll be home in about half an hour. Singgah sekejap.

Setengah jam?

Tapi Jebat nak ke mana? Sudah jam 11 malam. Tadi pun dia tak balik selepas habis waktu pejabat. Katanya ada kerja penting. Nasib baik jugalah hari ini aku tak ikut ke ofis selepas berdrama yang aku tak larat. Kali pertama Jebat mengizinkan aku duduk di rumah dengan syarat jangan ke mana-mana walaupun untuk membuka pintu rumah ini.

NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang