AKU memandang kad jemputan yang baru beberapa jam lepas diberikan oleh ayah. Nama pengantin tertera di situ, Haikal dan Wana. Majlis akan berlangsung pada malam ini. Bermula selepas maghrib. Majlis yang singkat waktunya dan hanya yang menerima undangan boleh masuk ke dalam.
Kerana ini jugalah ayah minta aku yang pergi sebagai wakilnya. Yalah, ayah kan sudah tak larat lagi. Lagipun ayah kata ia selamat untuk aku kerana majlisnya tertutup. Aku bersetuju, tapi aku akan membawa Akim bersama sekiranya apa-apa berlaku di sana.
Pada mulanya, ayah tak bersetuju dan meminta Sumitha untuk menemani aku. Tapi Sumitha sibuk dan aku tak mungkin mahu keluar bersendirian. Jadi ayah terpaksa akur memandangkan jemputan ini memang untuk dua orang saja.
"Ini ya hotelnya itu, cik?" Akim yang sedang memandu, menyoal sambul menuding ke arah hotel yang berdiri gah di sisi kami.
"Betullah ini."
Akim terus memberi signal sebelum kereta membelok masuk ke kawasan hotel. Setelah bertanya, akhirnya kereta masuk ke kawasan parkir. Kami berjalan menuju ke dewan yang dari jauh sudah terlihat sepanduk dengan nama pengantin bersama kotak hadiah yang sedang dipeluk Akim.
Kad diserahkan kepada penyambut tetamu sebelum kami masuk ke dalam. Aku mencari tempat meletak hadiah.
Oh, itu dia. Ada anggota keluarga mereka sedang berdiri di situ sambil menyambut tetamu yang datang memberi hadiah.
Baru aku nak menegur lelaki tua yang bertongkat itu, tiba-tiba seorang lelaki muncul menegurnya terlebih dahulu. Aku terpaksa berundur dan menunggu.
"Arrayan?" Aku mendengar lelaki tua itu menyebut sepatah nama yang penuh gaya. Senyumannya melebar.
"Saya, pak cik." Suara lelaki yang disapa itu pula menyahut.
"Wah, businessman muda yang bukan main sibuk sekarang sudi mencuri masa untuk datang ke majlis anak pak cik. Tak sangkanya." Bahu lelaki itu ditepuk-tepuk suka sebelum tiba-tiba mata lelaki tua itu berlabuh pada seraut wajahku.
"Adara?"
Aku terus menguntum senyuman sebelum ikut melangkah ke arah mereka.
"Hi, pak cik. Apa khabar?" Aku tersenyum manis sambil menyapa lelaki tua itu. Sempat aku bersalaman dengan wanita tua yang berdiri di sisinya. Itu adiknya.
"Alhamdulillah. Baik-baik aje. Sekarang dah tambah satu kaki. Tahun depan, mahu tambah satu lagi. Dapat empat dah. Isteri tak ada, tapi kaki empat. Berpoligami dengan kaki. Kamu ada?" Pak cik memandang lelaki yang berjarak sedikit di sebelahku. Mengusik.
Lelaki itu hanya tersenyum. Lelaki kepercayaan ayah. Agaknya dia pun mengenali pak cik ini, sebab itu boleh terkandas di sini juga.
"Oh, pak cik..." Aku terus menggamit Akim yang seperti nak terkencing berdiri di belakang sana. Tiba-tiba pula dia kecut semacam.
Entah apa-apalah dia ini.
Akim meletakkan kotak hadiah ke atas meja sebelum poketnya diseluk dan satu sampul surat diberikan kepada aku.
Aku terus menyerahkan sampul surat itu kepada pak cik.
"Apa ini, Adara?" soal pak cik.
"Itu hadiah untuk pak cik daripada ayah. Ayah tak sihat, jadi dia tak dapat hadir sama. Dia minta saya berikan sampul ini. Saya pun tak tahu apa isinya."
"Oh, yalah kalau dah macam itu. Kirim salam pada ayah kamu. Nanti pak cik pergi melawat dia. Kamu berdua, eh bertiga ini pergilah makan. Ada meja kosong di depan sana."
Aku terus memandang lelaki di sebelahku. Dia sedang memandang pak cik, tapi apa pula kena mengena aku dan dia. Kami datang asing-asinglah. Berdua saja! Akim dan aku.
ANDA SEDANG MEMBACA
NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)
عاطفية(COMPLETED) Rapunzel, gelaran Arjuna untuk Adara. Adara rasa dia tidak dapat menolak gelaran itu memandangkan hidupnya memang benar-benar seperti Rapunzel. Jika Rapunzel duduk di bangunan tinggi, dia pula duduk di sebalik pagar tinggi. Hidupnya sent...
