Bab 27

2.5K 185 6
                                        

AKU berlari masuk ke dalam bilik dengan nafas yang tersekat-sekat kelelahan. Tangan meraba suis lampu sebelum telefon dicari. Dengan tangan yang sedikit menggigil, aku mengetik nombor telefon yang teratas dalam log panggilan.

Beep dan beep, namun panggilan tidak diangkat.

Jebat, tolong jawab!

Nombor ditekan semula. Sambil menunggu, sambil itu jugalah aku mengunci pintu bilik. Beberapa perabot seperti rak di tepi pintu, terus ditolak bagi menahan pintu itu. Aku menambah daya dengan menyandarkan tubuh pada rak.

"Helo?" Akhirnya!

"Jebat?!"

"Ya, it's me, stella. Kenapa suara panik ini?"

"Saya nampak lelaki mengintai dari laman belakang rumah. Dia nampak pelik, Jebat. Saya takut!" aduku. Suara sudah seperti mahu menangis.

Aku mendengar bunyi bising dalam panggilan. Sepertinya Jebat sedang bergerak secara mendadak.

"Tell me more. Pelik yang macam mana?" soal Jebat. Serentak itu aku mendengar bunyi enjin menderum garang.

"Dia pakai topi, dia berdiri di belakang pokok sambil bercakap dalam telefon. Dia dah banyak kali ambil gambar rumah ini. Mata dia terarah ke tingkat dua rumah. Bilik awak, bilik mama dan papa. Dia pandang balkoni. Dia nampak saya! Mata kami bertentangan, Jebat! Dia tengok saya!"

Tolonglah muncul segera, Jebat! Saya takut!

"Siapa ada di rumah selain kau?" soal Jebat lagi. Suaranya terlalu serius dalam tenang, padahal aku sudah terketar-ketar bersuara.

"Pengawal keselamatan. Ayah keluar ke ofis sebab ayah kata ada urusan yang perlu dia selesaikan memandangkan awak bercuti hari ini, jadi saya suruh dia bawa pengawal peribadi saya sekali. Mereka semua temankan ayah sebab saya takut kalau-kalau ayah jatuh ke apa." Aku tak nak bertanya tentang kenapa dia bercuti dan ke mana dia pergi, aku hanya perlukan dia untuk balik segera!

"Pengawal tahu tentang ini?"

"Tak. Saya tak sempat untuk beritahu. Saya terus lari masuk ke bilik lepas bertentangan mata dengan lelaki itu. Macam mana kalau Taipan berdendam dengan saya atau awak? Macam mana kalau orang itu berkait dengan dia? Saya takut, Jebat!"

Sungguh, orang yang ada dalam kepalaku ketika ini hanyalah Jebat. Tiada yang lain. Aku hanya mengharapkan dan mempercayai dia seorang. Sebab kalau benar itu Taipan, aku hanya mampu bergantung kepada Jebat. Hanya dia yang tampil berani untuk berdepan dengan lelaki itu dari dulu sehingga ke saat ini.

Bila panggilan tiba-tiba senyap, aku terus mengerling skrin. Rupa-rupanya panggilan dibisukan oleh Jebat.

Sekarang?!

Hanya selepas lebih kurang satu minit, suaranya kembali kedengaran.

"Dah kunci pintu?" soalnya.

"Dah."

"Keluar, pergi ke bilik terdekat dan kunci pintunya dari dalam."

"Saya takut nak keluar!"

"Beranikan diri! I'm here. I'll protect you."

Terpaksa, aku terus menolak kembali rak ke tepi dan membuka pintu. Sempat aku memeriksa persekitaran sebelum aku berlalu ke bilik sebelah yang merupakan sebuah bilik bacaan dan bilik theater kecil. Aku menekan tombolnya dari dalam sebelum pintu ditutup. Terkunci.

"Sekarang masuk ke dalam bilik semula," arah Jebat lagi.

Aku segera berlari masuk ke dalam bilik. Nafas sudah tersangkut-sangkut. Bukan kerana penat, tapi takut!

NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang