"AYAH dengar, lelaki yang serang Adara dulu dah ditangkap. Serah diri di balai. Betul ke?"
Oh, ayah tak tanya aku. Matanya lurus memandang Jebat yang sedang membaca surat khabar. Tradisional betul dengan surat khabar bercetaknya itu. Ayah pun sama. Keduanya memegang surat khabar masing-masing, hanya syarikat penerbitannya saja yang berbeza.
Ayah membaca Harian Metro dan Jebat membaca The Star.
Bila Jebat mendengar soalan itu, terus dia menutup surat khabar dan dilipat kemas. Matanya mengerling aku yang sedang duduk di sebelah ayah sambil mengurut-ngurut bahu ayah, sebelum dia kembali memandang ayah dan mengangguk.
"Betul, ayah."
"Jadi bila polis nak panggil kita? Ayah nak tengok orangnya," balas ayah.
Hm, ayah punya tengok itu macam bukan tengok saja. Mungkin pakej sepakan sulung dan tumbukan di kepala. Silap-silap, ayah ambil batu dan buat perkara sama seperti yang aku alami.
"Adara dah tengok orangnya." Jebat memandang aku.
Ayah pun sama. Terus memandang aku dengan dahi berkerut seolah tak berpuas hati.
"Bila masa Adara jumpa orangnya?"
"Err... Jebat yang bawa." Ha, aku pulangkan semula soalan-soalan ayah kepada Jebat. Jawab, suami!
"Kamu dah jumpa dia dulu, Jebat?" soal ayah lagi. Mengasak dengan dahi yang berkerut.
Akhirnya Jebat mengangguk. Namun itulah, hanya angguk tanpa jawapan. Ayah juga tak banyak soal.
"Pastikan apa yang dia perlu hadap dalam penjara nanti lebih teruk berbanding apa yang dia buat pada Adara."
Jebat tersenyum nipis. "I assure you that whatever awaits him behind bars is a mere shadow of the hell I put him through, ayah."
Aku memandang Jebat dengan dahi yang terus berkerut seram. Apa yang Jebat buat? Lelaki itu sampai sanggup masuk penjara berbanding kekal di dalam stor itu. Jebat pukul ke? Dera ke?
"Good." Ayah terangguk-angguk. Berpuas hati.
Waduh, aku rasa seperti sedang melihat seorang ketua mafia dengan bapanya yang sudah pencen. Gaya bersembang pun tak nak kalah.
"Kamu dan Adara tak ada bergaduh di rumah?" Ayah menyoal lagi. Topik lain pula!
Bergaduh, dah dua kali ayah tanya soalan sama.
"Nak sangat ke tengok kami bergaduh?" soalku, hairan.
Ayah tersenyum. "Tak adalah nak tengok, tapi kamu itu bukan boleh dibawa berbincang kalau dah mengamuk. Tak pasal-pasal berlubang lagi badan anak orang."
Ayah mengerling Jebat bersama sengihan seakan sedang berkongsi isyarat rahsia antara mereka. Masalahnya, aku sudah faham apa isyarat itu. Pastinya tentang Jebat ditikam pada malam yang sama aku mengamuk itu.
Aku berpandangan dengan Jebat. Bibirnya tersenyum nipis membalas pandangan aku. Seakan sedang memberi lampu hijau untuk aku memberi sedikit petunjuk kepada ayah tentang kami. Ingatan ini.
Hmm, rasanya aku tahu nak mula dari mana!
"Adalah sikit." Aku menjawab terlebih dahulu soalan ayah tadi. Sikit saja!
"Sikit betul ke?" Ayah menyoal Jebat. Meminta kepastian.
Jebat hanya menjongket bahu. Hampeh! Kalau tanya dia, mestilah dia tak akan menyokong aku. Yalah, sikit bagi aku, tapi besar bagi dia. Kalau tak disebabkan Jebat yang terus mendenda aku, rasanya memang meletus pergaduhan besar pada malam itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)
Romance(COMPLETED) Rapunzel, gelaran Arjuna untuk Adara. Adara rasa dia tidak dapat menolak gelaran itu memandangkan hidupnya memang benar-benar seperti Rapunzel. Jika Rapunzel duduk di bangunan tinggi, dia pula duduk di sebalik pagar tinggi. Hidupnya sent...
