Bab 19

2.8K 184 6
                                        

"AKIM, teman saya ke farmasi sekejap." Sambil melangkah menuruni tangga, aku memanggil Akim yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu.

Mendengar permintaan aku, Akim terus berdiri sebelum pintu rumah dibuka selepas kunci kereta dicapai.

"Cik tak nak breakfast dulu?" soal Akim sebaik saja pintu kembali ditutup.

Aku menggeleng. "Breakfast dekat luarlah. Bosanlah kalau hari-hari makan makanan yang orang rumah masak."

Dapat makan ayam penyet pun sedap ini! Terus makan tengah hari itu. Dah hilang sarapannya. Haha!

Baru nak menuju ke kereta, tiba-tiba bunyi ngauman ekzos kedengaran sekali gus pagar rumah terbuka, dan sebuah Lamborghini membelok masuk ke dalam.

Jebat.

Hai, bila masa pula dia keluar ya? Aku tak sedar pula.

Keluar saja lelaki itu daripada perut kereta, dia terus memandang ke arah kami.

"Nak ke mana?" soalnya.

"Farmasi. Kenapa?"

"Masuk. Aku hantar."

"Tak nak. Saya pergi dengan Akim. Akim, awak..." Eh? Mana pula Akim ini?

Aku melilau mencari kelibat lelaki itu sehinggalah mata mendarat pada pintu rumah yang sedang bergerak sebelum tertutup rapat. Dasar! Dia lari masuk ke dalam rumah awal-awal lagi rupanya!

Jebat sudah menjongket keningnya. Kalau dia bercakap, mungkin bunyinya begini. 'Akim yang mana? Tak ada siapapun?'

Pakej bunyi sarkastik dalam suara seksi dia itu!

"Jadi?" Jebat terus melangkah ke arah pintu penumpang. Berdiri di situ dengan penuh seksinya sambil menanti keputusan aku.

Erh, fine!

Masuk saja ke dalam kerata, Jebat terus membongkok sebelum tangannya menarik tali pinggang keledar. Masalahnya, tali pinggang yang ditarik itu adalah tali pinggang aku! Sudah tak pasal-pasal hidung hampir berlaga dengan lehernya bila dia sibuk membongkok.

"Saya boleh buat sendirilah," kataku.

Jebat tak membalas, malahan tiba-tiba dia mengeraskan tubuh dalam posisi membongkok itu. Matanya menikam mataku lalu dia senyap begitu walaupun aku sudah terkebil-kebil resah dengan situasi ini. Aku melihat Jebat menarik nafas yang panjang.

"In a crowded room, I’d find you by scent alone, stella," bisiknya sebelum Jebat menjauhkan diri dan  masuk ke dalam kereta.

Bila kereta bergerak, terus sunyi menyinggah di antara kami. Aku merenung paha, dia pula fokus memandu. Dalam kepala, aku sibuk berfikir tentang apa yang Jebat katakan tadi. Banyak sangat ke aku sembur perfume? Rasanya aku sembur sekali saja tadi!

"Ini nak ke farmasi mana?" Lima minit berlalu, barulah Jebat bersuara.

Oh, ya! Aku lupa.

"Yang ada klinik sebelah dia itu. Lepas roundabout depan sana." Aku menuding ke arah yang dimaksudkan.

"Kau nak beli apa dekat farmasi?" soal Jebat sementara kereta berpusing mencari tempat meletak kenderaan.

Di sini memang sentiasa sesak. Selalunya Akim akan duduk di dalam kereta dan aku keluar bersendirian memandangkan sangat susah untuk mendapatkan kotak parkir.

"Ubat."

"Ubat apa?"

"Adalah. Yang awak banyak tanya ini kenapa?"

Terus menghelang mata Jebat bila mendengar balasan itu. Okay, aku terlalu kasar.

"Sorry." Tak sengaja!

NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang