Bab 13

2.5K 148 6
                                        

AKU terus berlalu ke arah kereta milik arwah mama yang masih ada di garaj. Waja yang sudah buruk itu entah masih boleh bergerak atau tidak. Tapi belum cuba, belum tahu.

"Saya tak pandai bawa kereta, cik!" kata Sumitha.

Memandangkan memang hanya dia yang mengikut aku, maka kami tiada pemandu. Untunglah dulu arwah mama menghantar aku ke institut memandu selepas SPM. Aku pernah memandu beberapa kali selepas lulus, tapi berhenti kerana gangguan semakin ekstrem tahap diekori lelaki-lelaki pelik.

"Saya pandai." Harapnyalah!

Aku segera masuk ke dalam kereta. Sumitha juga mengikut sama. Sempat aku menjeling pedal di bawah. Untunglah auto!

Kereta cuba dihidupkan. Beberapa kali, dan berjaya! Nasib baik ayah memang selalu membawa kereta ini berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan dan sesekali menghantarnya ke bengkel untuk diservis. Memang ayah sengaja menyimpan kereta ini sebagai kenangan.

Aku segera menolak gear dan menjatuhkan brek tangan. Kereta berundur keluar dari garaj sebelum gear ditukar kembali dan aku terus memandu ke arah pagar.

Sumitha mengeluarkan kepalanya. "Buka pagar!"

Tapi pengawal keselamatan tidak mempedulikan arahan itu. Aku menekan hon, dan mereka tetap tidak mempedulikan kami. Siap berdiri di depan pagar bagi menghalang kami untuk keluar.

Aku melihat ke cermin pandang belakang.

Shit, Jebat sedang berjalan ke mari! Pasti dia dalangnya!

Baru ingat nak keluar dan mengamuk, tiba-tiba lima orang pengawal peribadi aku menerpa ke arah pengawal keselamatan yang menunggu di depan pagar. Pergaduhan berlaku, dan Sumitha menggunakan peluang itu untuk segera masuk ke dalam pondok bagi menekan butang. Pagar mula terbuka dan Sumitha kembali melompat masuk ke dalam kereta.

Aku segera menekan pedal pemecut dan memandu keluar. Sempat mata mengerling cermin sisi. Jebat sudah mula berlari cuba mengejar, namun tak kesampaian. Pasti pengawal peribadi aku akan menghadap jerkahannya selepas ini kerana sanggup menahan pengawal keselamatan daripada menghalang aku keluar.

Ah, terima kasih kesemua enam tentera berkawad hoora hooray!

"Cik! Minyak dah nak habis!" Sumitha menuding ke arah jarum.

Aku ikut mengerling juga. Alamak. Sempat ke nak sampai ke mana-mana hotel besar ini? Karang hotel kecil, mahu senang-senang saja bilik diceroboh.

"Tak apa! Sempat ini. Kut!"

"Kut?!"

Aku tersengih saja mendengar suara panik Sumitha.

Tapi kami memang tak boleh berhenti untuk mengisi minyak. Tak boleh kalau tak mahu ditangkap.

Kenapa?

Sebab di belakang sana ada dua buah kereta yang sedang mengekori kami! Salah satu kereta asyik menghidupkan lampu besar berkali-kali seakan menyuruh aku untuk berhenti di tepi jalan dan aku yakin itu adalah Jebat walaupun dia sedang memandu kereta lain. Bukan Lamborghini.

Shit!

"Cik, kenapa cik bawa laju ini?" Sumitha sudah panik. Tali pinggang digenggam bagaikan talian nyawa.

"Tak ada apa. Rilek aje." Jangan bagi Sumitha panik!

"Bila kali terakhir cik bawa kereta?"

"Empat tahun lepas."

"Empat tahun?! Oh my god!"

Aku melihat Sumitha sudah mula menyebut bermacam-macam nama seperti sedang berdoa. Punya kecut hatinya melihat aku yang sudah mula berevolusi KL Drift dalam kereta tua ini. Lebih lagi dia panik bila baru sedar ada kenderaan yang mengejar kami.

NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang