AKU mengetuk papan kekunci komputer riba. Notorious. Itulah perkataan daripada gabungan huruf yang terbentuk hasil ketukan itu. Aku menggeser pad kecil di bahagian bawah papan kekunci. Ketik ikon carian sebelum timbullah segala jenis carian berkaitan Notorious.
Notorious definition and meaning.
Generally known and talked of.
Example : Iron is a notorious conductor of heat.
Especially : Widely and unfavorably known
Example : A notorious gangster
Aku termenung seketika memandang skrin komputer riba. Mencerna maklumat. Jadi notorious adalah orang atau benda yang terkenal dalam sesuatu hal?
Hampir terjerit dibuatnya apabila tiba-tiba saja pintu bilikku diketuk. Aku mengerling sudut bawah skrin komputer riba, jam dua pagi. Empat minit saja lagi untuk ke angka tiga, jadi siapa pula yang rajin benar nak mengetuk pintu bilik anak dara orang ini?
Sekali lagi pintu diketuk, aku terus bangun. Berdiri saja di depan pintu, aku terus bersuara.
"Siapa itu?"
"Jebat."
Oh, shoot!
Aku segera mengemas meja. Komputer riba dimatikan lalu aku sorok di dalam laci. Inilah dia kalau orang bersalah sedang panik. Kalau boleh, diri sendiri pun nak disorok dalam laci itu.
Aku membuka pintu. Elok saja pintu terbuka, tak sempat nak menahan, Jebat sudah menerpa masuk ke dalam terlebih dahulu sampaikan aku terpaksa berundur ke belakang. Tangannya menolak pintu bilik. Tertutup dan gelap.
Dinding diraba dan suis lampu ditekan. Cerah saja bilik, terus berkerut dahi aku bila melihat Jebat yang sedang berdiri di depanku ini seakan berang dan marahkan sesuatu. Mukanya garang, seriusnya terlebih dan auranya berubah gelap.
Seksi tetap ada!
"Is there something I need to be aware of?"
Oh no! Kenapa suaranya dalam sangat? Seksi! Tapi menakutkan juga.
"Maksud awak?"
"How much longer are you going to keep pretending?" soalnya lagi, lebih tegas.
Aku terus terkebil-kebil memandang Jebat. Soalannya....
Adakah ini bermakna yang dia sudah tahu? Affendi beritahu ke? Tapi macam mana kalau dia belum tahu?
"Awak...." Kata-kata aku terhenti bila Jebat menyeluk poketnya sebelum alat yang aku selit secara sembunyi beberapa jam lepas, dikeluarkannya.
Terus bibir digigit resah.
Alamak! Patutlah terputus. Dia jumpa rupanya.
Agaknya sebab inilah dia marah tadi. Nasib baiklah aku tak terus mengaku tentang isu hilang ingatan itu. Kalau tidak, haru!
"Mana dapat benda ini?" soalnya.
"Err, saya minta Akim carikan."
"Sungguh, Adara? Dah pandai nak curi dengar perbualan orang lain?"
Tapi awak bukan orang lain. Awak suami saya!
Hish, nak cakap macam itu, tapi kantoilah nanti.
"Saya takut apa-apa jadi dekat awak aje," balasku.
"Ya? Sampai boleh rancang berminggu-minggu sebelum untuk beli benda ini?"
Argh, diperangkap. Mana pula dia tahu aku sudah merancang beberapa hari sebelum? Akim ke?
"Awak janganlah marah. Saya bukannya rakam perbualan awak pun. Saya dengar aje."
"Jadi apa yang kau dengar?"
ANDA SEDANG MEMBACA
NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)
Romance(COMPLETED) Rapunzel, gelaran Arjuna untuk Adara. Adara rasa dia tidak dapat menolak gelaran itu memandangkan hidupnya memang benar-benar seperti Rapunzel. Jika Rapunzel duduk di bangunan tinggi, dia pula duduk di sebalik pagar tinggi. Hidupnya sent...
