Bab 40

1.5K 132 7
                                        

AKU tak boleh tidur. Sudah jam tiga pagi namun mata masih segar dan tak mahu lelap. Sudah tiga jam aku memaksa mata untuk segera tertutup supaya aku punya tenaga untuk bangun esok, tapi tak berjaya.

Aku rasa tak sedap hati.

Tapi untuk siapa? Untuk Jebat ke? Untuk orang lain ke?

Aku melihat skrin telefon. Mesej terakhir bersama Jebat lebih kurang satu jam yang lalu. Jebat mesej aku, bertanya kalau aku sudah lena. Aku jawab jujur yang aku risau sampai tak boleh lena. Tapi ia hanya sekadar di situ. Jebat tidak menghantar apa-apa mesej lagi.

Dahi berkerut saat mendengar seperti ada bunyi ekzos di luar sana. Kuat.

Aku segera keluar dari bilik lalu menjenguk ke tingkap di aras dua ini. Sebuah kereta saga keluaran lama yang rasanya sudah tuannya modified. Berwarna merah. Ekzos bukan main besar.

Seorang lelaki keluar dari kereta itu lalu dia sepertinya mengambil gambar pintu rumah.

Aku melihat pula ke arah pondok pengawal. Pengawal merangkap budak-budak Jebat masih ada di sana. Jadi maksudnya lelaki ini mesti kenalan Jebat juga. Kalau tidak, mustahil dia boleh lepas masuk ke dalam. Tapi apa dia buat di sini ya?

Loceng berbunyi. Lelaki itu yang menekannya. Tak lama kemudian, aku nampak Akim keluar dari biliknya di bawah lalu membuka pintu itu.

"Bos lambat lagi balik?" soal Akim.

"Agaknya. Dia suruh kau turun. Arjuna pun ada di lokasi."

Sah memang budak-budak Jebat!

"Bos suruh aku turun?" Akim seperti tak percaya.

"Bukan kau ke yang dah rindu sangat nak join dia orang?"

 Senyap buat seketika sebelum suara Akim kembali kedengaran. "Aku call bos dululah."

"Tak payah call. Ini dia ada tinggalkan text untuk kau baca." Aku melihat lelaki itu menyerahkan telefonnya kepada Akim dengan skrin yang masih bercahaya terang.

Akim tunduk melihat skrin telefon sebelum lelaki itu mula tersenyum lebar. Nampak bersemangat walaupun diganggu pada awal pagi seperti ini. Agaknya dia pun sudah bosan duduk di rumah dan hanya menjaga aku.

"Tapi macam mana dengan Cik Adara?" soal Akim.

Aww, so sweet Akim! Masih ingat aku walaupun dia sudah tak sabar untuk berambus dari sini.

"Bos suruh aku jaga Cik Adara sampai dia balik. Jangan risau. Aku akan jaga Cik Adara elok-elok," kata lelaki itu.

Elok saja Akim menerima jawapan daripada lelaki itu, terus Akim meminta diri untuk masuk ke dalam bilik dan mengambil bajunya. Tak sampai lima minit pun, Akim sudah keluar semula dengan lengkap berhoodie. Agaknya itu pakaian antarabangsa mereka!

"Make sure jaga Cik Adara betul-betul. Kau tak akan sanggup tengok bos naik hantu kalau sampai bini dia cedera. Segaris calar pun jangan ada kalau kau tak nak hidung kau senget 60 darjah nanti. Oh! Tingkat atas adalah kawasan larangan melainkan kalau orang-orang dalam rumah ini dah bangun atau Cik Adara yang suruh." Sebelum berlalu keluar dari rumah, sempat Akim mengomel dulu.

Aku masuk ke dalam bilik semula selepas lelaki itu menutup pintu rumah dan berlalu ke bilik Akim.

Di dalam bilik, aku hanya berbaring tanpa berjaya melelapkan mata. Yang aku dapat lakukan hanyalah menanti apa-apa pesanan ringkas atau panggilan daripada Jebat.

Penantian itu terhenti saat aku mendengar lagi bunyi yang sama. Bunyi kereta di depan rumah. Cuma kali ini bunyinya seperti banyak. Bukan hanya satu seperti tadi.

NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang