Bab 16

2.7K 155 7
                                        

BALA tentera aku beraksi hari ini. Keenam-enam termasuklah pekerja baru yang menggantikan Sumitha berjalan di belakangku sambil menjinjit plastik makanan yang akan dibahagikan buat pekerja di sini sekejap lagi.

Kami masuk ke dalam lif, sebelum terus ke aras tiga. Di sini ramai kerani. Aku sebenarnya sedang mencari kelibat pak cik yang menemui aku dulu. Selepas lebih setahun setengah, aku masih belum berpeluang untuk menemuinya.

Aku terus menuju ke meja berdekatan.

"Eh, Cik Adara!" Wanita bertudung yang duduk di meja itu lantas menegur aku.

"Hai, kak. Boleh saya tanya kalau dekat sini ada pak cik yang ayah sendiri interview dulu?" Jangan tanya namanya. Aku dan nama sudah tentu tak sebati. Yang pasti orang akan tahu siapa kerana ayah tak pernah menemu duga sesiapa kecuali pak cik.

Wanita itu terus terdiam sebelum memandang ke sekelilingnya. Seperti baru teringatkan sesuatu, terus dia kembali memandang aku.

"Saya rasa orang yang cik cari tengah bercuti. Saya dengar dia ada masalah keluarga. Anak bongsu dia dibunuh."

Astaghfirullah haladzim!

"Anak bongsu? Yang lelaki itu?" Aku masih ingat semasa pak cik membawa anak-anaknya melawat aku, ada seorang lelaki ikut serta sama.

"Kenapa saya tak tahu? Apa yang jadi? Bila berlaku?" Aku menyoal macam peluru. Terkejut sungguh.

"Mungkin sebab tak ada pendedahan. Katanya pihak mereka ugut untuk saman semua yang mendedahkan gambar kejadian. Jadi akhbar tak berani untuk buat liputan, kecuali artikel tanpa maklumat yang lengkap. Katanya keluarga mereka juga yang bunuh anak lelaki dia. Lebih kurang dua minggu lepas kejadian itu berlaku, dan sampai sekarang kami tak tahu apa khabarnya."

Ya Allah, kesiannya!

"Awak tahu tak dekat mana pak cik duduk?" Aku rasa aku perlu melawat.

Wanita itu menggeleng. "Tapi syarikat mesti ada maklumatnya. Cik cubalah minta tolong Datuk Zamrul. Tapi saya tak yakin ini masa yang baik untuk sesiapa melawat mereka, sebab cara mereka memang macam tak mahu terima tetamu. Mungkin masih berkabung disebabkan itu."

Akhirnya aku terpaksa diam dan tidak bertanya lagi. Yalah, kalau itu saja yang dia tahu, apa lagi yang nak dikorek? Mungkin aku sendiri yang perlu mencari maklumatnya. Tapi kalau benar mereka tak mahu menerima tetamu, jadi rasanya mungkin aku perlu tunggu sedikit masa lagi.

"Tak apalah kalau macam itu..." Aku memberi isyarat kepada pengawal peribadi di belakang.

Dua plastik besar yang ada, dihulurkan kepada wanita itu. Terus berkerumunlah pekerja yang lain untuk melihatnya.

"Ini makanan. Kotak dalam plastik ini ada ayam, yang ini pula ada Portuguese egg tart. Korang makanlah. Jangan risau sebab saya yakin rasanya sedap. Sebab bukan saya yang buat." Muahaha.

Mereka tergelak mendengar celoteh aku yang memang benar belaka. Kalau aku yang buat, memang ke bulanlah roh orang yang memakannya nanti. Mahu masuk wad seminggu.

"Korang semua makanlah sama-sama. Banyak dalam satu kotak itu. Kalau tak cukup, cuba minta dekat atas ya? Saya bagi dekat setiap tingkat."

"Baik, Cik Adara!" Mereka menyahut.

Sebaik saja berpamitan dengan mereka, kami terus naik ke tingkat seterusnya dan begitulah sampai ke sudah. Semua tingkat menerima makanan yang sama. Ayam dan Portuguese egg tart. Setiap tingkat juga terus bersorak gembira bila kami menghantar makanan ke aras mereka.

Aras terakhir, aras bilik ayah yang sekarang sudah menjadi aras bilik lelaki kepercayaan ayah itu. Di sini memang tak banyak bilik. Di atas ini ada para pentadbir dan executive sahaja. Dalam satu aras yang luas, hanya ada 12 bilik dan di luar bilik hanyalah ruang legar, ruang santai dan sebagainya. Di atas ini juga senyap dan damai kerana tidak ramai orang.

NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang