"DOKTOR Adara."
Aku segera menghentikan langkah lalu menoleh ke belakang. Saat mata berlabuh pada seraut wajah itu, aku terus tersenyum manis.
"Hai, Arjuna." Adik ipar aku!
Dia tersenyum nipis sambil melangkah dengan sebelah tangan menyorok di belakang badan. Elok saja berdiri di depan aku, dia terus menghulurkan sebuah bekas makanan yang disoroknya tadi. Makanan?!
"Untuk saya?" Mulalah mataku bersinar!
"Aku ada kakak ipar lain ke selain kau?" soalnya, sarkastik.
Aku terus tersengih sebelum bekas makanan bertukar tangan. Tersenyum bahagia melihat logo H's yang ada pada bekasnya. Mahal ini!
"Terima kasih. Tahu-tahu aje saya tengah lapar."
"Mestilah tahu. Sejak-sejak kau masuk kerja di J.A.R ini aku tengok kau makan pun tak tepat waktu. Jaga kesihatan, Adara. Hidup kau baru nak bermula. Tak pasal-pasal kau terlantar nanti."
Aku tergelak. "Awak tengah menyindir ke sebab baru sekarang saya dapat habiskan pembelajaran dan masuk ke sini?"
Arjuna ikut tergelak sama. "Adalah sikit. Kau kan Rapunzel? Untung dapat fast lane daripada aku. Orang berebut tau nak masuk J.A.R sejak kebelakangan ini?"
Cis! Poyolah itu! Mentang-mentanglah ayah sudah menyambung dananya untuk J.A.R yang pernah diputuskan Jebat dulu.
Oh, aku baru dapat tahu bahawa tandatangan yang Jebat minta dulu adalah untuk tujuan dokumentasi memandangkan selain ayah, hanya aku yang ada kuasa mutlak ke atas syarikat itu. Sebab aku pandai sangat pergi tandatangan atas baju dia, terus dia tiru bulat-bulat tandatangan aku dan membawa kepada kejayaan untuk memutuskan dana seperti yang berlaku itu.
Pula itu tandatangan aku terlalu mudah. Patut ke aku buat laporan sekarang sebab Jebat sudah menyalahgunakan kuasa aku? Haha!
Boleh dikatakan sekarang syarikat ayah sudah mengambil J.A.R menjadi antara cabangnya sebagai tanda terima kasih untuk Jebat. Macam tak ada kena mengena langsung bidang perubatan dengan syarikat ayah itu. Tapi sudah mereka yang bersetuju untuk itu, jadi lantaklah.
"Isteri awak sihat, Arjuna?" Kami mula melangkah ke arah taman yang terletak di antara dua bangunan.
Duduk di sebuah kerusi sambil memandang ke depan.
"Alhamdulillah, sihat."
"Masih beku dengan isteri lagi?" Aku menyengih bila Arjuna menjeling marah.
"Awak jangan terus macam itu, Arjuna. Sungguh, manusia tak akan nampak nilai seseorang dalam hidup mereka selagi kehilangan itu belum menghimpit. Awak kena tahu, bukan awak saja yang Allah boleh ambil pada bila-bila masa. Isteri awak pun kurniaan Allah, jadi Allah berkuasa untuk menarik dia semula daripada awak."
"Sejak bila pandai kaunseling tentang cinta?" Dia menyinis lagi. Arjuna dan sinisnya tak boleh dipisahkan! Mana tak sakit jantung abangnya itu nak menghadap dia. Dua-dua sama keras!
"Ini bukan kaunseling. Saya sedang menasihati awak sebagai kakak ipar dan orang yang lebih berpengalaman. Sakitnya penyesalan dan rindu itu tak akan ada ubatnya, Arjuna."
Dia senyap. Hanya matanya yang berbicara dalam merenung ke dalam mataku sehinggalah kami berbahagi senyuman ketika Arjuna mengangguk lembut.
Dia lelaki yang mendengar kata, tapi hanya jika kena dengan caranya. Sama seperti Jebat....
"Jadi macam mana dengan kau?"
Aku menjongket kening pula. Macam mana apa?
"Kau asyik bercakap pasal aku, nasihat itu dan ini, tapi macam mana dengan hidup kau? Kau tak rindu?"
ANDA SEDANG MEMBACA
NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)
Cinta(COMPLETED) Rapunzel, gelaran Arjuna untuk Adara. Adara rasa dia tidak dapat menolak gelaran itu memandangkan hidupnya memang benar-benar seperti Rapunzel. Jika Rapunzel duduk di bangunan tinggi, dia pula duduk di sebalik pagar tinggi. Hidupnya sent...
