Bab 17

2.6K 163 14
                                        

AKU berdiri di depan pintu bilik sambil sesekali menjeling jam di tangan. Sudah setengah jam aku terpacak di sini, tapi orang yang ditunggu masih tak kunjung tiba. Kalau aku tinggalkan saja barang-barang ini di ruang legar sana, takut pula ayah marah kerana tak sopan. Jadi aku terpaksa menunggu.

Dokumen yang dikepit di celah ketiak itu, aku jeling seketika. Tak cukup tangan kerana ada salad buah dan sedikit sandwic yang terpaksa aku pegang, maka dokumen terpaksa bertahan di celah ketiak. Harapnya tak lecaklah.

Argh, cepatlah Jebat Arrogant oi!

Seperti terus termakbul doaku, tiba-tiba pintu lif terbuka dan tubuh yang membuatkan aku terpacak di depan pintu bilik ini selama setengah jam, akhirnya muncul. Ada briefcase. Berbaju kemeja dan vest semata. Kot hanya dipegang. Dia sedang memandang iPad di tangan.

Beberapa langkah menghampiri, barulah dia mengangkat muka dan matanya terus tertumpu ke arahku. Keningnya sedikit terjongket sebelum tiba-tiba kot yang dipegang tadi terus diletakkan atas kepalaku. Macam aku ini penyangkut!

What...

Aku mendengar pintu bilik dibuka sebelum kepalaku kembali bebas.

"How dare you..."

"Morning, stella." Tak mempedulikan aku, Jebat terus masuk ke dalam bilik setelah kunci pintu dimasukkan ke dalam poketnya semula.

Aku ikut masuk ke dalam bilik. Salad buah dan kotak sandwic diletakkan atas meja sebelum dokumen tadi dikeluarkan. Sempat aku memeriksa dokumen itu kalau-kalau sudah lencun dengan peluh aku, tapi tidak. Selamat!

Jebat yang baru saja menyangkut kot pada penyangkut baju dan meletakkan barangannya di atas meja, terus memandang aku.

"Makin kerap kau ke sini. Tak akan dah rindu kut?" katanya.

"Rindu dekat siapa?"

"Aku."

Terus terjuih bibir mendengar itu. Perasan!

"Jangan haraplah. Saya tak berkenan dengan awak sama sekali," bidasku.

Tapi Jebat hanya menyambutnya dengan sebuah senyuman senget. Nampak nakal dan jahat di mata aku. Seakan dia sedang menepis bidasan tadi dalam hatinya.

"Rasa lawak bila teringat dulu ada seorang gadis yang akan melompat sakan setiap aku balik dari tempat kerja. Funny, really." Lelaki itu terangguk-angguk sebelum kotak sandwic ditariknya.

Tak menyempat aku nak memperkenalkan apa yang aku bawa, dia sudah terlebih dahulu mengambilnya. Disebabkan itu, aku hanya berdiri memerhati dia yang terus membuka kotak itu.

Bila melihat sandwic yang dipotong menjadi segitiga kecil bersusun cantik di dalam kotak, dia kembali memandang aku.

"You really must be in love with me, Adara." Dengan mata memandang aku, dia terus mengigit sepotong sandwic.

"Awak jangan perasan boleh tak? Itu ayah yang suruh saya bawa ke sini sebab dah alang-alang saya buat untuk agihkan kepada orang ramai."

"Agihkan untuk apa?" Dia membuka pula bekas salad buah.

Aku membantu Jebat dengan menarik sudu plastik yang sudah aku selitkan bersama.

Bila dia menyudukan salad buah ke dalam mulut, aku melihat dia mencebik bibir sedikit sambil menjongket kening seakan salad itu kena dengan harapannya. Harapnya harapan dia itu sedaplah. Kalau tak sedap, habislah aku! Ada 200 bekas yang akan diagihkan di stesen minyak sana.

"Sempena hari lahir arwah mama saya," jawabku.

Terhenti seketika kunyahan Jebat sebelum dia mengangguk beberapa kali. Tahu-tahu saja isipadu dalam bekas sudah ghaib separuh ditelannya. Sah sedaplah itu!

NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang