BAB 21

883 52 4
                                        

TANGANKU mula menggenggam tali pinggang yang memeluk tubuh. Rasa macam nak menjerit saja tengok cara Jebat memandu. Betul-betul menggambarkan emosi dia. Dari tadi, rasanya ada dua tiga kali pemandu lain hon kami. Tapi itulah....

Jebat tak peduli.

Aku mengerling Jebat di sebelah.

Dia hanya diam dan fokus dengan pemanduan. Tangannya yang menggenggam stereng itu rasanya sikit lagi boleh tembus batang sterengnya. Punya kemas dan kuat genggamannya sehingga terbit urat-urat garang tangannya.

Ya Allah, aku tak nak mati lagi!

Jalan mula lenggang. Kawasan yang tak banyak kereta.

Makin galaklah Jebat menekan minyak sampai aku memejamkan mata kerana tak mahu melihat kelajuan kami yang menggila ini. Lebih 180 km per jam!

Astagfirullah haladzim. Patut ke aku mengucap siap-siap? Hubungi ayah untuk minta ampun?

Aku mencelikkan mata semula. Memandang Jebat di sebelah sebelum aku kembali memandang ke depan.

Hanya kali ini....

"Jebat!!!" Satu jeritan ketakutan terlepas keluar dengan kedua belah tangan automatik menekup telinga apabila sebuah kereta keluar dari simpang menuju laluan kami secara melulu.

Tubuh terkedepan seketika buat beberapa kali seperti Jebat membrek sedikit demi sedikit sebelum....

Senyap....

Aku dah mati ke?

Tak sakit pun?

Perlahan-lahan dan dalam takut, aku membuka mata. Melihat jalan kosong dan kereta ini yang sudah tidak bergerak, barulah aku menurunkan tangan daripada telinga.

Tangan Jebat sedang melintang di depan tubuhku seakan sedari tadi dia menahan di situ supaya aku tidak berdentum dengan dashboard sekiranya apa-apa berlaku.

Perkara pertama, periksa tubuh sendiri!

Okay, masih cantik.

Kedua, aku melihat sekeliling. Tiada apa. Hanya jalan yang kosong. Cuma kami di sini, di tepi jalan beberapa ratus meter jauh dari simpang tadi. Kereta tadi mungkin sudah hilang ke depan sana.

Yakin yang diri sudah selamat, barulah terhembus nafas yang begitu sesak dan laju. Panik. Aku sedang panik, namun paniknya tiba selepas masa-masa genting.

"Adara?" Seakan sedar dengan keadaan aku, Jebat di sebelah terus memanggil.

Tak cukup itu, Jebat keluar pula dari kereta dan terus membuka pintu di sisi aku. Jebat menunduk dan tangannya menekup pipiku. Memaksa aku untuk memandangnya.

Risau, Jebat kerisauan.

"Adara, you are okay. You are fine," katanya. Tangannya turun sedikit dan ibu jari mula mengelus lembut leherku. Cuba menenangkan dengan sentuhannya.

Tapi tak semena-mena, Jebat terundur saat tanganku naik dan memukul dadanya.

Aku berdiri dan keluar dari kereta. Tangan masih setia menyakiti tubuhnya. Pada mulanya hanya pukulan kuat, namun akhirnya ia berlanjutan sehingga melemah pada hujungnya dan disudahi dengan tanganku yang mendarat beku pada dadanya.

Air mata mula tumpah. Bukan sedih, tapi takut.

"We almost crashed!" marahku.

Jebat senyap. Hanya memandang risau dan serius.

"Saya tak nak mati macam ini! Tak dengan ayah yang dah tua dan perlukan saya. Tak dengan hidup saya yang porak-peranda! Saya tak nak mati dalam keadaan macam itu, Jebat! Ayah akan sangat-sangat sedih kalau dia perlu tengok saya mati dalam keadaan...." Kata-kataku terbenam saat Jebat menarik aku ke dalam pelukannya. Terus tersembam muka ke dada bidangnya sebelum tubuhku terasa dipeluk.

NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang