Bab 38

3.1K 195 22
                                        

"ABANG nak ke mana?"

Aku mengekori langkah Jebat yang bukan main laju menuruni tangga. Nampak tergesa-gesa dan serius benar. Ada kerja apa lagilah dia ini? Sudahlah dia baru saja nak berehat. Aku pun baru saja kembali dari dapur.

Langkahku terhenti bila Jebat berhenti mendadak dan terus memandang aku. Riak seriusnya itu menakutkan!

"Jangan turun tangga macam itu. Turun perlahan-lahan. Bahaya."

Lah, itu aje?

"Abang nak ke mana?" soalku sekali lagi. Tidak mempedulikan nasihat Jebat.

"Ada kerja sikit. Abang tak keluar lama, lepas isyak abang akan balik."

"Kerja lagi?"

Tanganku dipautnya. Jebat memimpin aku hingga ke tangga terakhir. Hilang tergesa-gesanya tadi.

"I have to go, stella. But I promise, I won't be long." Jebat seperti cuba memujuk, tapi kali ini aku tak termakan lagi.

Tak dapat untuk menyembunyikan riak hampa di muka.

"Abang kata, abang akan teman Adara."

"I will, sayang. Tapi bila abang balik, okay?" Kekura tanganku dicium bertalu-talu seakan cuba memujuk  dan menyakinkan.

Aku tahu Jebat susah hati bila melihat aku begini, dan aku memang mahu dia seperti itu. Mana boleh tinggalkan aku selepas berjanji untuk tidak pergi. Kalau Jebat mengajak aku untuk keluar bersamanya pun, aku akan ikut dengan senang hati.

Kerana tak tahu ingin menghalang seperti mana lagi, lambat-lambat kepala diangguk lemah. Tangan ditarik daripada pegangan Jebat dan aku terus berundur selangkah menjauhinya. Aku sedar pandangan Jebat yang terus berubah kerana itu, namun aku biarkan saja. Semakin serba salah, aku yakin itu yang sedang Jebat rasakan.

"Hati-hati," ucapku.

Aku kembali mengatur langkah untuk mendaki tangga. Satu anak tangga, dua anak tangga, tiga...

"Stella...."

Aku menoleh bila Jebat memanggil. Wajah ditayang tak beriak, namun hati sudah mula melompat. Aku yakin Jebat tak akan sampai hati untuk tinggalkan aku.

"Abang tak nak bawa Adara sama sebab ada Taipan. Abang tak nak dia ganggu Adara atau buat Adara rasa tak selesa."

Oh?

Aku nak kata, abang kan ada? Abang boleh jaga Adara daripada dia kan?

Tapi nampak sangatlah aku terhegeh nak mengikut dia. Nanti dia kurang rasa serba salah dan terus tinggalkan aku sendirian.

Jadi....

"Adara faham. Adara tunggu abang di rumah." Bibir menarik senyuman hambar dan aku kembali mendaki tangga.

"Adara...." Berdiri di tangga terakhir, Jebat kembali memanggil.

Kali ini aku tak menoleh kerana bibir sudah tersenyum. Tidak mahu Jebat menyedari senyuman ini.

"Kalau Adara boleh janji yang Adara tak akan jauh dari abang, abang akan bawa Adara sama."

Bibir hampir terkoyak dengan senyuman lebar bila mendengar itu. Aku segera menoleh memandang Jebat sebelum kepala terangguk-angguk. Janji!!!

"Drama queen." Jebat tersengih melihat reaksi aku. Siap tergeleng-geleng lagi.

"Betul boleh ikut?" Aku menyoal ceria. Inginkan kepastian.

"Betul. Tapi abang mungkin perlu tinggalkan Adara di gym sekejap. Boleh?"

Aku mengangguk laju. "Boleh!"

NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang