AKU menuruni tangga terus ke arah dapur. Melihat tukang masak yang sedang sibuk menyediakan makan malam, aku terus menguntum senyuman untuknya. Tukang masak dan orang gaji adalah dua tugas yang berbeza di rumah ini.
Orang gaji hanya mengemas dan sebagainya, sementara tukang masak hanya untuk memasak.
Semuanya kerana ayah hampir dimandrem melalui makanan oleh orang gaji dulu yang ingin ayah menurut segala katanya. Nasib baiklah mama mengesan semua itu segera dan membawa ayah bertemu perawat. Perawat itulah yang memberitahu siapa yang berniat buruk terhadapnya.
Biasalah kalau dah tengok lelaki dengan duit berkepuk itu, setua mana pun sanggup! Orang gaji itu pula orang tempatan yang baru dalam usia 20 an.
Sejak itu, ayah mengajikan seorang lelaki yang memang bekerja sebagai tukang masak dan pernah berkhidmat di sebuah hotel terkenal untuk menyediakan makanan kami pada setiap hari. Orangnya baik. Sudah beristeri dan ada dua orang anak yang comel. Dia hanya datang untuk memasak dan kemudian balik. Rumahnya tak jauh, jadi senanglah nak berulang-alik.
Abang Walid namanya.
"Adara nak makan ke?" soal lelaki itu.
"Eh, tak adalah. Adara nak ambil yogurt dalam peti sejuk aje. Kenapa abang masak banyak ya malam ini?" Aku mengerling segala jenis periuk dan kuali di atas dapur.
Macam lauk untuk nasi minyak aje aku tengok.
"Adara tak tahu ke?"
"Tahu apa?" Yogurt dicapai lalu aku memandang Abang Walid.
"Yang kejap lagi ada tetamu nak datang? Datuk kata orang-orang ofis juga."
Oh?
"Tak tahulah pula. Ayah tak ada cakap." Tapi kalau ayah cakap pun bukannya ada kena mengena dengan aku.
Sudahnya aku duduk di bilik juga nanti.
"Mungkin sebab Datuk Zamrul sibuk agaknya. Sebab dengar cerita, mereka ada meeting bersama di bilik kerja nanti. Habis meeting, baru makan malam. Sebab itu abang masak banyak malam ini."
Oh...
"Kalau macam itu Adara masuk biliklah ya?"
Elok Abang Walid mengangguk, aku terus keluar dari dapur dan melangkah ke arah tangga. Melalui ruang tamu, langkahku terus terhenti apabila pintu rumah terbuka dan muncul seorang lelaki yang santai berbaju T lengan pendek dengan jogger pant. Bertopi seperti dia baru habis bersukan.
Gym mungkin?
Mata kami bertentangan sebelum dia melangkah masuk ke dalam tanpa sebarang kata. Macam ini rumah dia pula.
"Awak memang tak ada niat untuk bagi salam atau minta izin sebelum masuk?" soalku sebaik saja dia menutup pintu semula.
Jebat.
Dia tidak menjawab soalanku. Kakinya dibuka merapati aku sebelum berhenti sebaik saja berjarak dua langkah untuk hujung jari kaki kami bersentuhan.
"Untuk apa?"
"Untuk? Ini kan rumah orang? Mestilah kena minta izin sebelum masuk walaupun awak dijemput."
Jebat menjongket bahunya sebelum tiba-tiba yogurt kepunyaan aku diambil tanpa sempat ditahan, lalu dengan tak bersalahnya dia menyudukan yogurt terus ke dalam mulut.
Oh my...
"Biadabnya..." Eii! Lagi biadab bila mukanya tetap kekal seksi tanpa terkecuali walaupun dia sedang mencuri makanan aku.
Geramnya!
"Biadab? Ini bare minimum yang kau boleh buat untuk jalankan tanggungjawab kau terhadap aku, Adara." Dan tak teragak-agak sudu bertukar sasaran sebelum yogurt masuk ke mulutku.
ANDA SEDANG MEMBACA
NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)
Cinta(COMPLETED) Rapunzel, gelaran Arjuna untuk Adara. Adara rasa dia tidak dapat menolak gelaran itu memandangkan hidupnya memang benar-benar seperti Rapunzel. Jika Rapunzel duduk di bangunan tinggi, dia pula duduk di sebalik pagar tinggi. Hidupnya sent...
