DAHI berkerut bila telinga menangkap bunyi air yang terbuka. Tangan terus meraba ruang sebelah bila tersedar yang aku sudah tidak dipeluk atau tidak memeluk. Sepatutnya, Jebat akan memeluk aku atau aku yang memeluknya. Ia sentiasa seperti itu. Tiga empat kali terjaga dalam satu malam pun itu tak akan berubah.
Tapi kosong.
Aku terus mencelikkan mata untuk melihat sendiri. Betul, memang kosong.
Dari ruang untuk ke pintu bilik pula sedikit bercahaya. Ada lampu yang keluar melalui celahan bawah pintu bilik mandi. Air masih kedengaran. Maksudnya Jebat mesti ada dalam bilik mandi. Mata mengerling jam telefon.
Empat pagi?
Aku terus diam, menunggu. Tak mahu tidur selagi Jebat tak memeluk aku semula.
Lebih kurang lima minit kemudian, Jebat keluar dengan pinggang yang sudah berbalut tuala. Dari hujung rambut ke hujung kaki basah. Mandi pada jam empat pagi? Nak buat solat sunat ke?
"Terbangun?" Jebat menyoal bila sedar yang aku sedang memandangnya. Tapi soalan itu hanya berserta kerlingan sesaat, kerana sesudah itu Jebat terus membuka almari dan menarik baju T.
Baju T disarungkan, lalu jaket kulitnya pula diambil. Ikut disarung sama.
"Abang nak ke mana?" Soalan Jebat dibiarkan.
"Abang ada kerja."
Aku terus memandang ke arah lain bila Jebat menarik seluar pula.
"Jam empat pagi?"
"I really have to go." Jebat seperti memujuk sebelum aku sempat mempersoalkan. Terutamanya selepas dia berjanji yang dia akan bercuti untuk bersama aku.
Aku kembali memandang Jebat bila katil terasa dihenyak. Jebat sedang melutut sebelah kaki di atas katil, mencondongkan tubuhnya ke arahku. Mata bertentangan dan Jebat terus melayangkan sebuah kucupan ringkas di pucuk hidung.
"Get some more sleep, but be sure to wake up for subuh, okay?" pesan Jebat.
Aku mencebik bibir saja. Tak mengangguk dan tak juga menggeleng tanda aku tak rela ditinggalkan. Huaaa! Jebat mungkir janji lagi.
"Oh, please don't give me that face, stella. Abang akan makin susah hati untuk pergi," katanya. Jari Jebat naik mengusap daguku. Menggaru-garu seperti aku ini kucing.
"Then don't."
Jebat tersenyum nipis. Tangannya naik mengusap rambutku sebelum bibirnya mendarat pada ubun-ubunku. Lama.
"Abang akan balik secepat yang mungkin," katanya sebelum Jebat terus berdiri. Dompet, telefon dan kunci kereta dicapai sebelum Jebat memberi pandangan akhir buatku.
Sebaik saja pintu tertutup, bilik terus ditinggal sepi. Aku hanya merenung kosong pintu yang sudah ditutup.
Satu keluhan menggelincir keluar. Sibuknya mengalahkan perdana menteri. Belum habis nak melepas rindu, dia sudah kerja lagi. Kerja, kerja dan kerja. Itu ajelah yang dia tahu.
Dahlah! Nak merajuk!
Aku terus menarik comforter. Baru kepala nak direbahkan semula, tiba-tiba pintu kembali terbuka.
Terus tegak semula tubuhku bila melihat Jebat yang sudah terpacak di depan bukaan pintu.
"Abang?"
Jebat masuk ke dalam. Separuh tergesa-gesa dia menggeledah almari. Cardigan, baju T dan seluar milikku dicapai sebelum Jebat terus menerpa ke arah katil. Tanganku dicari.
Eh, apa ini?
Aku ditariknya turun daripada katil dan terus menuju ke arah bilik mandi.
"Abang tengah buat apa ini?" Dah kenapa dia menarik aku sekali?
ANDA SEDANG MEMBACA
NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)
Romance(COMPLETED) Rapunzel, gelaran Arjuna untuk Adara. Adara rasa dia tidak dapat menolak gelaran itu memandangkan hidupnya memang benar-benar seperti Rapunzel. Jika Rapunzel duduk di bangunan tinggi, dia pula duduk di sebalik pagar tinggi. Hidupnya sent...
