BAB 20

2.9K 167 15
                                        

HARI ini aku dijemput oleh keluarga Jebat untuk makan malam bersama di rumahnya bagi menggantikan ayah. Seawal selepas maghrib lagi aku sudah bersiap-siap untuk ke sini.

Aku terus menguntum senyuman mesra sebaik saja seorang wanita datang menghampiri aku dengan tangan yang didepa seolah mahu membawa aku masuk ke pelukannya.

"MasyaAllah, alhamdulillah. Cantiknya Adara. Dah lama mama tak tengok Adara." Dan aku terus dipeluknya.

Elok saja pelukan dilepaskan, aku terus tersenyum lebih lebar.

"Auntie datanglah ke rumah kami. Mesti dapat selalu tengok Adara. Sebab Adara memang terperap dalam rumah aje."

Aku nampak wanita itu seperti tersentak seketika sebelum senyuman yang kedengaran agak palsu dilepaskan.

"Yalah, nanti auntie ajak uncle ke sana. Bolehlah jenguk ayah kamu sekali," balas auntie.

Elok saja wanita itu mempelawa aku untuk ke meja makan, Jebat muncul dan lantas memberi salam.

Oh, kami pergi bersama. Ayah yang izinkan dan Jebat yang beri arahan untuk aku pergi bersamanya. Cuma tadi dia suruh aku masuk dulu kerana dia perlu menjawab panggilan entah siapa.

"Ingatkan kamu tak ikut makan malam, Jebat." Tiba-tiba suara lain mencelah. Seorang lelaki tua muncul daripada ruangan yang aku rasa ia adalah bilik, lalu melangkah ke arah kami.

Papa Jebat.

"No one knows better than you how much I loathe being here," balas Jebat. Senada dan tiada kemesraan.

Aku memandang kedua lelaki ini bergilir-gilir. Jebat yang begitu serius dengan mata yang tajam tidak langsung memandang papanya. Antara mereka berdua, aku tak dapat mengesan sebarang kemesraan atau hubungan antara anak dan bapa.

Tapi kenapa?

"Sudahlah itu. Jangan nak bertegang urat depan Adara, Arrayan." Tangan wanita itu terus memukul lembut lengan Jebat sebelum aku ditariknya terus ke arah meja makan yang juga terletak berdekatan ruang tamu.

Auntie menarik aku untuk duduk di sisinya, tapi tiba-tiba saja tanganku ditarik pula oleh Jebat sehingga aku terduduk di kerusi sebelahnya.

Kini kami duduk bertentangan dengan mama dan papa Jebat.

Keadaan semakin janggal dan aku semakin tak selesa. Di antara Jebat dan ibu bapanya seolah ada tembok tinggi yang tak akan mampu untuk diruntuhkan.

"Auntie ada masak gulai tempoyak..."

"Adara tak makan makanan yang berbau."

Aku terus teleng kepala pandang lelaki di sebelahku yang laju saja mencantas kata-kata mamanya. Sampai berubah muka auntie!

"Ya ke? Maaflah, auntie tak tahu. Adara makan yang lain aje. Ini ada masak lemak dan siakap." Auntie terus mengalihkan mangkuk gulai tempoyak itu jauh daripada aku.

Jebat ini, buat aku rasa bersalah pula. Tapi mana dia tahu yang aku tak makan makanan berbau ya?

"Kiranya lebih kuranglah kamu berdua kan? Dua-dua tak makan makanan yang berbau. Jebat ini durian pun dia tak nak sentuh. Paling pantang kalau orang simpan durian dalam rumah ini berhari-hari. Dia tak suka dengan baunya. Dalam peti sejuk, jangan nak diletak sambal tempoyak atau apa saja bahan masakan dan makanan yang berbau. Marah dia nanti." Auntie mula bercerita.

Oh, macam itu ke? Lagi kronik daripada akulah maksudnya. Aku sekadar tak makan makanan berbau, tapi kalau nak menghidu semata tak ada masalah. Cuma sentuh atau makan saja yang aku tak akan buat.

Aku ingat lagi kali pertama dan terakhir aku dipaksa untuk makan durian oleh arwah mama, tanganku berbau berjam-jam lamanya! Nafas dan mulut pula berbau seharian.

NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang