BAB 23

2.8K 164 4
                                        

"SUATU hari, ada salah faham berlaku. Dia fikir aku ada perempuan lain. Peliknya, macam manalah dia boleh terfikir sampai situ? Padahal kalau bukan sebab kerja, aku akan hanya terperap dalam rumah dan temankan dia." Senyumannya pudar sedikit.

"Tapi aku tak salahkan dia. Mungkin sebab tugasan aku dan jadual yang terlalu padat itu buatkan dia fikir yang bukan-bukan."

"Apa kerja awak sampai padat sangat?" soalku.

"Jahat sikit daripada polis." Tenang saja Jebat menjawab.

Masalahnya jawapan itu pun aku tak faham! Memang hari ini aku yang slow lain macam atau dia yang terlalu berkias-kias?

"Sampailah bila segala-galanya mula berubah arah bila dia tahu tentang cerita di sebalik penyatuan kami. Kekecewaan dan kelukaan yang ada pada wajahnya secara tiba-tiba hadirkan bermacam-macam perasaan dalam hati aku. Aku rasa ada sesuatu yang perlu dijelaskan, tapi aku tak tahu apa dia. Aku nak mempertahankan diri, tapi tak tahu dengan cara apa. Aku bersalah, jadi aku hanya diam bila mendengar amukan dia."

"Salah apa yang awak buat sampai dia mengamuk?" Aku menyoal lagi.

"Banyak. Yang mungkin paling buatkan dia marah, sebab aku mempergunakan dia demi kepentingan diri sendiri. Untuk dana yang besar dengan kiasan demi melindungi, aku terima sesuatu yang aku tahu akan memakan aku suatu hari nanti. Betul, memang semua orang fikir aku menerima dia kerana 'bisnes' semata-mata. Tukaran bisnes dan sebuah pelindungan. Sekurang-kurangnya itulah apa yang aku paksa diri sendiri untuk hadam. Tapi hari demi hari, aku dah lupakan tentang itu semua. Aku tak boleh tipu diri sendiri lagi. Aku tak mampu hadam segalanya lagi. Aku hanya ada di situ sebagai suami. Aku tak peduli lagi tentang dana, perniagaan atau apa-apa saja yang dijanjikan. Aku dah bersedia untuk hilang segalanya demi dia. Segala-galanya termasuklah keluarga."

Tangan naik menyentuh dada yang tiba-tiba lain rasanya. Tidak selesa. Getaran yang menyesakkan.

"Aku tak pernah percaya yang kasih, sayang dan cinta itu benar-benar wujud. Sekalipun aku rasa, ami tetap akan menolak rasa itu. Bagi aku, itu semua hanya perasaan yang datang kerana tanggungjawab. Hanya semua itu berubah bila aku bergelar suami. Pada mulanya, semua hanya tanggungjawab. Melindungi dan menjaga. Terlalu sibuk dengan dua hal itu sampai aku tak sedar yang sekarang ia bukan lagi sekadar tanggungjawab, tapi juga kerana aku cintakan dia."

Jantungku hampir syahid bila tiba-tiba Jebat membuka matanya dan terus menikam lembut mataku. Renungan yang redup dan lembut.

"Dulu aku ingat, aku faham apa yang orang kata tentang nilai seseorang pada kita akan terlihat selepas orang itu tak lagi milik kita. Tapi sebenarnya tidak. Hanya selepas aku sendiri yang mengalaminya, baru aku faham rasa itu. It's only after losing someone, that you truly grasp how much they meant to you. Dan dalam kes ini, dia."

Elok saja Jebat habis bercakap, telefonku yang ada di dalam poket seluar tiba-tiba berdering pendek. Notifikasi.

Aku segera memeriksa telefon.

"Siapa?"

Aku mengangkat kepala semula. Memandang Jebat yang wajahnya sudah bertukar serius.

"Adalah." Aku tak mahu beritahu!

Padahal mesej itu hanyalah mesej ayah yang bertanyakan keadaan aku sekarang. Berbunyi...

Adara tengah buat apa? Tak bergaduh dengan Jebat kan?

"Dekat mana saya tidur malam ini?" soalku. Sudah bersedia nak masuk ke bilik untuk membalas mesej ayah.

Sekali gus meninggalkan dia yang sudah berkerut-kerut itu dengan tanda tanya. Muahaha!

NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang