Tun Niyaz Khalif tak pernah menyangka bahawa dirinya yang dipaksa mengikuti pengembaraan paranomal pada malam itu akan terjebak dalam pusaran cinta dengan seorang penulis novel seram.
Bagaimana mungkin lelaki yang dikenali sebagai manusia lemah dan penakut itu terlibat dalam dunia seorang pencinta seram?
"Tinggalkan crush hang tu, sayangi diri sendiri. Jangan sebab cinta hang mati di tangan makhluk ghaib."- Khafi
Kata angah, Niyaz seolah-olah mengibarkan bendera putih, menyerahkan dirinya kepada makhluk ghaib yang sedang mengejar Alanna.
"Cinta tu buta angah. Walaupun adik kena serang dari 4 penjuru sekali pun, cinta adik dekat Alanna tak akan pudar." - Niyaz
Namun, kata-kata Angah tak berbekas di hati Niyaz. Dia begitu tergila-gila Alanna, biarpun nyawanya menjadi taruhan.
Sedangkan bagi Izz Alanna, mendekati Niyaz memberikan inspirasi untuk menyelesaikan manuskrip seramnya bagi Pesta Buku Antarabangsa yang akan berlangsung 6 bulan sahaja lagi. Jejaka itu hanyalah medium yang membantu Alanna menggali kisah makhluk ghaib.
"Bantu saya siapkan manuskrip dan saya akan buat apa saja untuk awak."- Alanna
Maka, dua perjanjian pun tercapai dengan syarat-syarat menguntungkan Niyaz.
"No problem, aku boleh bantu kau siapkan novel seram kau tu tapi dengan dua syarat. Pertama, kalau kau berjaya siapkan manuskrip untuk pesta buku atas bantuan aku, kau secara rasminya jadi pasangan aku." - Niyaz
"Okay sure." - Alanna
Alanna setuju. Hubungan tanpa cinta boleh diakhiri bila-bila sahaja. Apalagi, Niyaz adalah lubuk emas. Semakin dia memanfaatkan kelebihan Niyaz, semakin banyak novel yang bisa dia hasilkan.
Namun, orang tamak seperti Alanna selalu rugi. Kerana terlanjur tanda tangan perjanjian tanpa mendengar syarat kedua, dia menyesal tak sudah.
Mahu tak mahu Alanna harus pasrah dan berharap novelnya tak akan laris di pasaran!
"Syarat kedua, kalau novel Cik Alanna jadi bestseller 3 bulan berturut-turut selepas diterbitkan. Cik Alanna kena kahwin dengan aku."- Niyaz
Kerana sebuah manuskrip, cinta kau dan aku mula berputik.
Mula: 01/01/2024
Tamat: 28/09/2024
YOU ARE READING
C| MANUSKRIP
Horror[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang memanggil. Seorang mencari. Dan dia pula... telah lama menanti manusia serakah yang mahu menentang dan...