Hujan lebat dan kilat saling sambung-menyambung seakan-akan memahami Alanna yang sedang bergelut dengan kekacauan dalam hatinya.Jari-jemari dingin membeku saling bertaut satu sama lain, melukai lapisan kulit tipis. Namun begitu, itu tidak menghentikan Alanna dari terus meramas. Hanya itu dapat membantunya mengawal rasa gugup.
"Kenapa yang hang lepas dia pi sana sorang-sorang Alanna?" Khafi akhirnya membuka suara seraya menghempas cangkul ke lantai.
Alanna tak berani menengok ke Khafi yang sedang mengamuk. Lelaki itu sungguh menggerunkan. Bukan kali pertama Alanna lihat Khafi lepas kendali sebelum ini pun dia pernah lihat ketika Khafi dan Niyaz saling bergocoh di D'umai tetapi aura yang merembas dari Khafi tetap buatkan Alanna tidak terbiasa dan menghadirkan ketakutan yang tak dapat disembunyikan.
"Jawab Alanna! Hang pekak ke apa?"
Kedua bahu terenjut. "Dia tak bagi saya ikut," rendah nada Alanna memberitahu. Hampir tidak terdengar.
"Fuck! Hang ni bodoh ke apa?" Khafi mendesah kuat. Siluet kegelisahan yang tertangkap dari iris Alanna tidak sedikit pun meredakan bara kemarahannya.
"Sejak bila dia pergi?" Berbanding Khafi, Naail langsung tidak menunjukkan emosi. Lelaki itu tenang bersandar pada dinding. Hanya tampang keletihan yang terpancar.
"Hampir setengah jam yang lepas," jawab Alanna.
"Mungkin Niyaz memang ada dalam kereta," sahut Naail berharap sang adik memang benar ada dalam keretanya seperti yang Alanna sampaikan.
Beberapa detik lalu sebelum Khafi mengamuk, mereka yang baru tiba di teras terkejut dengan ketiadaan Niyaz. Sangka mereka Niyaz berada bersama mereka yang lain di luar rupa-rupanya Niyaz sudah hilang ke kereta. Andainya Niyaz ke sana berteman itu tidak akan jadi masalah namun yang memicu kekhuatiran Khafi dan dirinya bila Niyaz ke sana seorang diri tanpa sesiapa dan juga dalam keadaan kacau.
Sebarang kemungkinan akan terjadi pada sang adik. Tengok saja la dalam keadaan bugar pun adiknya tiba-tiba boleh berubah apatah lagi dalam keadaan lemah. Tak perlu Naail terangkan, jawapannya boleh mereka yang lain fikir sendiri.
Tak berselang-lama bunyi sepatu menghentam tanah basah semakin jelas. Hairil yang basah kuyup diguyur hujan terkocoh-kocoh menghampiri mereka bersama Daiyan di belakang. Nafas mereka berdua terengah-engah terutama sekali Hairil yang terpaksa berhenti sejenak dan bertumpu pada lutut cuba mengatur nafas yang tak keruan.
"Macam mana Niyaz ada dekat sana tak?" Naail menanya, masih ads secuit harapan walau jawapan sudah tertera di wajah Daiyan yang pucat.
"Tak ada... Niyaz tak ada dekat kereta." Hairil menjawab.
"Dekat area surrounding tu pun tak ada?" Naail mula cemas.
Melihat Daiyan menggeleng lemah buatkan Naail rasa dihentam dengan benda keras di belakangnya. Berpinar-pinar nak tumbang.
Daiyan menunjukkan kardigan hitam yang mereka kutip tadi. "Tak ada Naail. Yang ada yang ni je. Tu pun kami jumpa dekat laluan ke kereta."
Naail berpaut pada dinding. Mengurut sisi kepala yang makin berdenyut-denyut. Dia melirik Khafi yang diam tak menyahut. Walau Khafi membelakanginya, Naail tahu Khafi bermati-matian menahan bara yang semakin marak.
"Maaf," gumam Alanna.
Kedegang!
Tin minuman yang berada di sisi Khafi terlempar gara-gara dihentam oleh tendangannya buat melempiaskan amarah.

ANDA SEDANG MEMBACA
C| MANUSKRIP
Horror𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024