43| 𝘊𝘩𝘢𝘰𝘴

490 72 12
                                    


"Kita datang dengan niat yang baik. Kehadiran kita bukan bawa maksud jahat atau nak ganggu makhluk-makhluk Allah di sini. Jadi saya harap kita semua boleh jaga tutur kata dan perbuatan kita. Jangan cakap besar. Kalau terdengar, terhidu dan ternampak benda yang pelik-pelik jangan tegur sebarangan. Mereka ni sensitif, kita salah sikit je pun boleh jadi isu besar dan porak-peranda hidup kita nanti kena ganggu dengan mereka." Panjang lebar pesanan dari Daiyan buat mereka semua.

Bagi yang sudah terbiasa dengan aktiviti melibatkan dunia mistik tiada masalah. Mereka sudah sedia maklum tapi bagi yang belum perlu diingatkan agar dapat mengelak masalah yang akan berlaku di kemudian hari.

"Saya minta maaf tapi nyai dan Adam tunggu dekat luar dengan Alanna dan Hairil ya," lanjut Daiyan. Apa yang dinyatakan ini sudah mendapat sebulat suara hasil dari perbincangan antara Naail, Niyaz dan Khafi semasa mereka dalam kereta.

"Saya bukan tak nak bagi nyai masuk cuma saya takut kalau jadi apa-apa dekat nyai  sebab kita tak boleh nak jangka kalau ada apa-apa masalah dalam tu nanti." Daiyan memberi alasan setelah nyai langsung tak membalas.

"Tak apa nyai faham. Lagipun kalau nyai ke dalam nanti akan menghambat kerja kalian. Nyai tunggu dekat sini saja sama Alanna... Hati-hati ya."  Nyai yang dipimpin Alanna itu tak keberatan, cukup diberi keizinan untuk bersama mereka saja baginya sudah memadai. Urusan di dalam biar la para lelaki muda itu selesaikan.

Selesai taklimat ringkas dan mengaminkan bacaan doa yang diketuai Naail, mereka berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan Hairil menunggu di sekitar pakarangan manakala kumpulan Daiyan berangkat ke dalam.

Daiyan memimpin mereka ke gerbang utama. Semilir angin menghembus lembut membuai rumput-rumput setinggi betis sepanjang laluan ke sana hingga kelihatan seakan-akan melambai-lambai mengiringi perjalanan mereka. Tak lupa juga, gerbang masuk terbuka luas seperti sang kepala rumah menyambut kedatangan mereka semua.

Angin malam yang menerpa tubuh buatkan Niyaz yang tidak tahan sejuk geletar kedinginan. Dia menarik zip sweater hingga ke pangkal leher dan hood ditarik menutup kepala yang menunduk memandang hujung kasut.

Semakin hampir ke gerbang masuk semakin pekat aura negatif terasa di sekitarnya hingga Niyaz tak senang duduk. Kehadiran mereka dalam jumlah yang cukup ramai tak dapat membuang rasa seriau di hati.

"Abang Hamza mesti dah biasa kan handle kes macam ni?" Niyaz beriringan Hamza membuka topik perbualan. Ingin mengalih perhatian setelah hujung mata tertangkap samar-samar kelibat sesuatu yang aneh menyusup di balik rumput dan mengikuti langkahnya dari sisi.

"Kes-kes kematian ni dah macam makanan ruji abang," sahut Hamza, terdengar sedikit bangga.

"Paling latest abang handle kes apa?" Niyaz semakin menempel ke sisi Hamza, lengan lelaki itu diramas apabila kelibat tadi semakin jelas menampakkan diri.

Kepala separuh hancur. Berdiri tegak dan mengamati tiap langkah kecilnya. Shit.

"Kelmarin dulu..." Hamza menjeling Niyaz sekejap lalu meluaskan pandangan ke sekitar mereka. Agak kaget tetapi Hamza berpura-pura tidak terkesan.

Hamza berdehem kuat. Dia juga nampak apa yang Niyaz lihat. Tak jauh dari mereka susuk itu masih di sana.

"Kelmarin dulu abang handle kes penemuan mayat dalam peti besi," sambung Hamza setelah makhluk yang mengikuti mereka hilang.

"Okay menyesal tanya." Niyaz ketuk kepala mengusir bayangan ngeri. Sumpah dia menyesal tanya sepatutnya dia tanya soalan bodoh-bodoh. Tak fasal-fasal makin bertambah gerun jadinya.

Niyaz terus tinggalkan Hamza dan berlari mengejar Naail dan Daiyan yang jauh ke depan. Dilangkau dua anak tangga di teras sekaligus dan segera masuk ke dalam meninggalkan Hamza dan Khafi yang santai di belakang.

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now