"Khalif... ketahui lah saya mencintai awak sepenuh hati saya dan jangan pernah ragu dengan cinta saya ini. Dari setahun lepas, waktu saya ungkapkan perasaan saya pada awak semasa saya cuba mempertahankan awak dari kematian hinggalah detik ini rasa cinta saya pada awak tidak berkurang malah makin bertambah dari hari ke hari..."Sudah masuk kali ketiga Niyaz mengulang rakaman Alanna di acara meet and greet yang berlaku pada siang hari tadi. Rakaman itu diambil dari tayangan secara langsung yang bersiaran dari akaun Instagram Jejari Seni.
"Saya di sini sentiasa menunggu awak bersama cinta yang sentiasa berkembang setiap detik dan walau dimanapun awak berada doa saya untuk awak tak pernah putus...."
Setiap kali tiba di minit-minit akhir tayangan rakaman ini, Niyaz akan tersenyum lebar. Ketahuilah dia semakin lebur dalam kepanasan cinta suci yang Alanna sampaikan. Walaupun tidak secara langsung, Niyaz boleh merasakan betapa tulusnya Alanna. Bukan sekadar bicara kosong, wanita itu benar-benar memaksudkan ucapan itu.
Niyaz memekuk bantal ke mukanya yang berona sudah berubah tona kemerahan. Menjerit halus, melepaskan perasaan terujanya yang makin bergelora.
"Hang ni gila ka?" Daiyan hadir membawa lebihan makanan. Dia turut-serta bersantai bersama mereka yang lain di tikar yang dihampar di lantai.
"Mabuk cinta sih." Niyaz membalas.
Dari telentang Niyaz mengiring menghadap mereka yang sedang memerhati gelagat yang tak senang duduknya itu. Niyaz membetulkan letak kepalanya di peha Khafi agar lebih selesa. Tidak memperdulikan tatapan keji mereka, dia sibuk dengan telefonnya.
Menonton rakaman itu lagi dan lagi.
"Oksigen pak. Ku butuh oksigen." Mengada Niyaz. Menarik-narik kaki seluar Khafi.
"Aku taboh jugak hang satgi." Rimas Khafi.
"Saya di sini sentiasa menunggu awak bersama cinta yang sentiasa berkembang setiap detik dan walau dimanapun awak berada doa saya untuk awak tak pernah putus...."
Niyaz semakin angau. Entah sudah berapa kali dia mengulang rakaman itu.
Daiyan menggeleng. Parah betul adik bongsu sepupunya ini. Baru pergi Indonesia seminggu, balik-balik dah macam orang gila terlepas dari tanjung rambutan. Apa yang ayah dah buat pada Niyaz di sana sampai stress sangat anak orang dan jadi kurang waras seperti ini.
"Ya Allah, gemas banget isteri ku ni." Racau Niyaz tak jelas. Dibesar kecilkan video Alanna.
"Pi balik la Niyaz. Semak aku dengan hang ni." Khafi tunjal dahi Niyaz. Naik pening dia dengan si adik.
"Betul tu. Balik la, kata rindu bini. Yang hang duk dekat sini lagi kenapa." Naail juga menyuruh. Penat menengok orang mabuk asmara. Dia pun ada isteri tapi tak ada la seteruk Niyaz.
Angau semacam. Macam mana la adik iparnya terpaut dengan sang adik yang banyak songeh ni. Dia sendiri penat melayan.
Niyaz matikan layar skrin dan melepaskan telefon, membiarkan peranti itu jatuh menghentam lantai yang keras lalu dia kembali telentang dengan satu tangan didaratkan atas dahi. "Alanna lari dari rumah."
"Hah!" Tersembur kuah mee kari Daiyan dan mengenai Khafi.
"Aish pak tua!" Lantang Khafi.
Naail segera menghulurkan air buat Daiyan yang terbatuk-batuk sementara Khafi merengus membersihkan wajahnya yang terkena semburan Daiyan dengan tisu basah yang dihulurkan Humaira.
"Kenapa bini hang lari?" tanya Daiyan setelah reda dari cekikan yang memeritkan.
"Pasai pak kesayangan abang la," kata Niyaz sebal.

ANDA SEDANG MEMBACA
C| MANUSKRIP
Horror𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024