37| Kopi Hitam

683 77 20
                                    


      Kadang-kadang apa yang kita rancang tak semestinya terjadi sesuai jangkaan. Akan ada kendala menghalangi dan menggagalkan rancangan yang telah kita rancang itu. Jadi apa yang boleh kita lakukan? Melalak atau menikmati? Jawapannya adalah nikmati dan tempuhi ujian mu.

Ayat motivasi cicipan dari X itu Alanna cuba aplikasi dalam situasi yang dihadapi walaupun dugaan itu tidak beransur negatif tetap Alanna tak dapat menyangkal rasa terkilan yang ia terima. Terlebih lagi bila Niyaz seenaknya membuat keputusan tanpa berbincang bersamanya terlebih dahulu.

Terpinga-pinga Alanna bila Naail membangkitkan soal sesi perbincangan antara dia dan Jiwa yang akan dilakukan malam ini. Dia cuma tahu Niyaz membawa dia dan Airen ke rumah Daiyan untuk menyambut hari lahir Hayyan saja. Rupa-rupanya Niyaz ada agenda lain dan dia telah jatuh dalam perangkap lelaki itu.

"Asal muka kau ketat sangat kak." Airen menegur.

"Stress," balas Airen sepatah.

"Kau takut ke? Bukan dah biasa ke?" Airen binggung.

"Mental aku tak ready lagi." Alanna nak balik. Dia tak mahu bertemu Jiwa setelah pertemuan pertama mereka meninggalkan kesan padanya. Dia sentiasa dihantui bila mengingat kembali kejadian hampir ditindan mentol kaca di kafe Daiyan tempoh lalu.

"Relax la."

Airen tak faham. Alanna risau seandainya Jiwa masih menyimpan dendam padanya. Alanna perlukan masa untuk menyiapkan diri sebelum berjumpa makhluk menakutkan itu.

"Kalau Encik Niyaz boleh tenang asal kau tak boleh. Come on kakak. Kau penulis seram kan. Tak kan nak cakap dengan hantu tu pun takut. Kau cakap melalui Encik Niyaz kan. Bukan kau nampak hantu buruk tu pun. Be brave Atma Alanna."

Ini satu lagi Alanna tak faham. Kalau tak mahu fikirkan keadaannya sekurang-kurangnya Niyaz perlu fikirkan diri sendiri dahulu. Selain Alanna, Niyaz juga perlukan masa. Lelaki itu baru saja sembuh. Kenapa mahu memaksa diri lagi.

Alanna boleh tunggu. Masih berbaki dua bulan sebelum tarikh hantar manuskrip. Mereka boleh siapkan perlahan-lahan.

"Kakak dengar tak? Kau pekak ke apa?" Airen yang sedang memeriksa peranti di tangan jengkel dengan Alanna yang tak menyahut.

"Bising la kau ni." Alanna rasa nak cepuk mulut Airen. Airen berisik. Makin bertambah tekanan Alanna. Sudahlah pengubat stressnya itu sudah tidur.

"Airen."

Airen yang dipanggil. Alanna yang sibuk. Dua beradik itu menatap Niyaz.

Sibuk berfikir sampai Alanna tak sedar bila lelaki itu kembali ke ruang tamu dan anteng bersangga di kaki Naail.

"Ya encik," sambut Airen.

"Kalau nak rakam saya boleh tapi jangan sebarkan."

Terkebil-kebil Alanna sembari melirik Airen. Terpengah Alanna dibuatnya. Alahai adiknya ini. Boleh pula siap sedia buka kamera dan nak rakam Niyaz. Kenapa la Airen ni teruja sangat.

"Baik encik. Lagipun kakak yang suruh record. Dia takut ada detail yang terlepas pandang. Nanti masa nak tulis boleh kakak tengok balik."

"Kau jangan cari pasal eh." Alanna naik darah. Sengatan semut api menyingah di betis Airen.

Pandai-Pandai. Pandai-pandai.

Nak melepas diri punya pasal, Nama dia pula yang dijual. Adik tak guna.

"Ouh," sambut Niyaz. Belakang telinga digaru.

"Kalau kakak yang nak tak pa la. Abang bagi share. Nanti malam-malam kalau kakak rindu abang. Kakak boleh tengok."

Erk. Loya! Nak muntah! Kenapa gatal sangat ayat Niyaz tu. Habis meremang satu badan Alanna.

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now