𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟
[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE]
"Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal."
Mula: 01/01/2024
Tamat: 28/09/2024
"Aku tak bersedia untuk kehilangan sesiapa Naail. Macam mana malam ni kita balik berdua?"
Sebuah ungkapan dari Khafi yang terngiang-ngiang dan berputar bagai kaset rosak di benak Naail merupakan satu kutukan dan menjadi sebuah kenyataan yang memeritkan. Apa yang Naail harapkan tidak akan pernah terjadi telah menamparnya kejam. Separuh nyawanya turut terbang bersama Niyaz yang tak sempat ia selamatkan.
Waktu berlari terlalu pantas, tidak memberikan kesempatan walau sesaat untuk dia menyelamatkan Niyaz. Tepat saat tangannya terulur, Niyaz sudah tiada di sana lagi. Adiknya melayang, menjunam ke udara sebelum menghentam keras ke lantai dasar.
Suara dentuman itu akan menghantuinya sepanjang hidup. Niyaz tergeletak di bawah sana. Darah mengalir menciptakan genangan merah di sekitar tubuh yang kini tidak lagi bergerak akan menjadi detik permulaan sebuah penyesalan yang akan Naail tanggung sepanjang nyawa di kandung badan.
Naail mati rasa. Otaknya kasong dan kaku, seakan tak mampu mencerna apa yang baru saja terjadi. Dia berdiri kaku menyaksikan seluruh dunianya runtuh dan hancur lebur tanpa bisa melakukan apa-apa sehinggalah Alanna dengan tubuh menggeletar menariknya dari sana, memaksa kakinya bergerak dan mereka berlari menuruni anak tamgga ke aras bawah.
Di bawah sana Niyaz sudah dikurumi mereka yang lain. Khafi dengan tubuh yang lencun kerana hujan berlutut di samping Niyaz. Menepuk-nepuk pipi Niyaz berusaha menahan si adik dari pergi meninggalkan dirinya.
"Niyaz jangan tidur." Khafi menggoncang tubuh lemah Niyaz. Retakan sora yang menyentak tangkai hati sesiapa yang mendengar tidak dapat disembunyikan lagi. Air mata jantan selama ini dipendam dan jarang sekali menitis di khayalak ramai terutama buat sang adik yang selalu menaik darahnya kini mengalir deras tanpa henti. Berduyun-duyun jatuh bagai paip bocor. Dinding kukuh itu sekali lagi runtuh gara-gara sang adik
Mata Niyaz perlahan tercelik, pandangannya kabur dan terasa berat. Dengan sisa tenaga yang ada dia mengangkat tangannya yang lemah dan jari-jari yang menggeletar mengusap lembut wajah Khafi. Menyeka air mata yang jatuh membasahi wajah abangnya. Bibir pucat tak berdarah itu membentuk satu garisan tipis.
"Te... ri... ma... ka... sih.... A... ngah." Niyaz terlalu lelah walau sekadar mengucap kalimat pendek itu.
"Tak! Jangan ucap terima kasih Niyaz. Jangan ucap! Hang kena bangun dan bayar balik semua budi aku dekat hang selama ni!" Namun perjuangan Niyaz tidak Khafi hargai. Sungguh Khafi tak terima suratan takdir yang tertulis ini. Dia tak akan pernah terima seandainya ini ucapan terakhir Niyaz buatnya.
Setelah pelbagai cara dia lakukan untuk adiknya kekal bernyawa dan hidup seperti manusia normal yang lain. Setelah dia berkorban membiarkan mata batinnya terbuka untuk melindungi Niyaz dari makhluk halus jahat yang suka menganggu adiknya. Setelah dia mencurahkan kasih seorang abang dengan tulus dan menyayangi Niyaz tanpa batas.
Semudah itu Niyaz pergi? Semudah itu Niyaz mahu meninggalkannya mengharungi hari-hari tanpa sang adik pada masa akan datang? Semudah itu Niyaz meninggalkan dia dan Naail yang sudah bermati-matian menjaga sang adik yang degil? Hanya ucapan terima kasih menjadi penutup yang akan memisahkan mereka?
Khafi egois. Khafi mahu Niyaz kekal bernyawa dan membayar semua budinya!
"Tolong bertahan Niyaz. Abang Daiyan dah call ambulans. Tolong tunggu sat ja lagi tak lama pun..."
"Ma..."
"Jangan buat aku macam ni. Aku kan dah cakap dekat hang, hang sorang ja adik yang aku ada. Kalau hang mati siapa nak jadi adik aku? Siapa? Siapa?" Khafi yang tak boleh terima kenyataan itu menangis kuat hingga dadanya terasa makin sakit ditekan kuat dari luar dan membuatkan dia sulit bernafas.
"... af."
"Siapa yang akan kacau aku masa aku sibuk? Siapa yang akan sepahkan dapuq aku tengah-tengah malam? Siapa yang akan melawan cakap aku? Bergaduh dengan aku? Siapa yang akan minta aku tolong urut kalau perut masuk angin? Siapa yang buat aku naik angin balik lewat dan bawak balik hantu masuk rumah?"
Niyaz mendengar semuanya. Kalau lah dia berdaya, dia ingin gelak sepuasnya dan mengejek Khafi Si Macan garang yang sedang dalam fasa cengeng. Membalas dan mengutuk Khafi habis-habis.
Merakam detik Khafi yang menyedihkan ini dan menyebarkan rakaman Khafi ke semua akaun media sosial yang dia ada dan membiarkan satu dunia tahu dia mempunyai seorang abang yang begitu menyayangi. Khafi yang garang dan susah menunjukkan perasaan sayang pada dirinya selama ini sekarang rapuh kerana seorang adik yang sedang bertarung maut.
Sebuah kenangan bermakna bukan?
Namun, Niyaz hakikatnya sudah tidak berdaya. Mahu membiarkan kelopak mata terus terbuka juga begitu sukar dan menguras tenaga.
"A... dik... pe... nat." Itu yang dapat Niyaz sampaikan buat mereka semu sebelum kantuk menyerang. Kelopak mata perlahan-lahan terkatup dan tangan yang tadi menyentuh pipi Khafi jatuh longlai jatuh ke sisi tubuh.
"Niyaz! Niyaz bangun!" Teriak Khafi panik. Dia semakin menggoncang tubuh Niyaz mengharapkan respon tetapi apa yang diterimanya adalah pengakhiran yang menyakitkan.
Di sisi lain, Naail yang tadi memerhati kedua adiknya melangut, menahan air mata dari bergenang. Berusaha tidak menumpahkan air mata walau setitik, berlagak kuat walaupun dia sudah berkecai.
"Bantu kami Ya Allah." Dengan cepat Naail menghampiri Niyaz dan Khafi. Dia menepis tubuh Khafi yang semakin hilang pendoman meraung memanggil Niyaz.
Kemudian, Naail langsung menaiki tubuh Niyaz yang sudah tidak bergerak termasuk juga dada yang tenang tidak berombak.
Berharap sebuah keajaiban dari Ilahi, kedua tangan menekan dada Niyaz berulang kali. Memberikan pertolongan cemas, melakukan segalanya yang boleh dia lakukan untuk menyelamatkan nyawa berharga Niyaz Khalif.
"Bangun Niyaz. Jangan buat aku gagal jadi seorang abang."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.