21| Rusuh

887 85 11
                                    

Berhadapan dengan salah satu watak fiksyen yang digarap olehnya tidak pernah Alanna bayangkan selama dia bergelar seorang penulis.

Alanna sedar dan masih waras.

Setiap watak yang ia ciptakan itu tak akan pernah bernyawa. Mereka hanya sebatas tulisan yang mendapat tempat di relung hati pembaca. Tetapi detik ini, ada sesuatu yang membuatkan dia hampir hilang akal. Ini kali pertama Alanna ditempatkam dalam situasi begini.

Bagaimana dia ragu akan setiap informasi yang Niyaz sampaikan padanya, begitulah yang dia rasai ketika berhadapan dengan susuk yang menempati raga lelaki itu.

Mahu menafikan tetapi sebahagian dari diri mahu menerima. Berkali-kali Alanna bertegas dan mengusir kesangsian. Memperingati bahawa makhluk ghaib itu wujud dan tiada yang mustahil jika Allah berkehendak.

"Jiwa." Alanna gumam perlahan.

Dia mencoret nama lelaki itu di muka surat yang baharu. Jika dulu Alanna mendengar cerita tentang Jiwa dari mulut orang tetapi hari ini, dia diberi kesempatan untuk bertemu dengan si empunya kisah sendiri.

Tidak Alanna ketahui wujud sebenar Jiwa. Yang dia tahu Jiwa pernah hidup dan merupakan seorang manusia pada suatu ketika dahulu.

Tetapi sekarang? Alanna sendiri tidak tahu.

Adakah Jiwa sebatas jin yang menempati teratak berhantu itu. Atau roh yang tidak tenteram. Atau makhluk halus yang jahil sedang mengambil kesempatan mempermainkan dan menyesatkan anak adam. Atau sekadar mainan minda mereka yang terlalu taksub dengan kisah lelaki itu.

Jujur Alanna tiada jawapan untuk itu.

"Heyy perempuan."

Panggilan itu menghentikan lamunan Alanna. Suara yang sedikit keras dan kasar itu Alanna percaya bukan milik Niyaz walaupun berasal dari lelaki itu.

Ragu-ragu Alanna menengok ke Niyaz. Dia pandang Niyaz.

Lelaki itu santai di posisinya. Tangan disekap di dada sambil bersilang kaki. Tak lupa juga dengan mulut mengulum sebatang rokok.

"Kenapa Kha-"

"Jiwa." Tegas lelaki itu.

Alanna eratkan gengaman pada pulpen.

Ya... dia lupa.

Itu Jiwa. Watak yang ingin dia berikan keadilan setelah dihancurkan kisahnya suatu ketika dulu.

***

      Selang satu meja sebelah kanan dari kedudukan Niyaz dan Alanna, ada dua pasang mata sedang memandang ke arah mereka tanpa lepas.

"Nak call Naail tak?" Shah yang sejak tadi mengotak-katik kotak rokoknya yang kemek itu menyoal Daiyan.

Shah ketuk-ketuk kotak merah itu ke meja, sedikit kesal kerana separuh rokok berharganya itu hancur dipijak oleh Niyaz yang memberontak tadi.

Daiyan meraup wajahnya. Dia merehatkan diri pada sandaran. Masih dengan posisi mata yang sama. Tekun mengawasi gerak-geri Niyaz, memastikan segalanya dalam kawalan. "Khafi tak masuk lagi?"

"Ada dekat luar lagi kot. Sejukkan hati dan kepala," maklum Shah.

Shah sempat melirik pada kaca pintu yang tak jauh dari mereka. Dari sini dapat dilihat Khafi yang sedang berdiri di luar. Entah apa lelaki itu lakukan. Mungkin sedang memaki hamun pada udara dingin luar sana.

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now