Ktak. Ktak.
Tingkap nako yang tertutup dirempuh oleh sesuatu dari luar. Bukan sekali. Tetapi bertalu-talu hentakan.
Niyaz terganggu. Tidurnya tidak lena. Panas dan bising sekali.
Kipas yang ligat berputar di lelangit sedikit pun tidak pengaruh. Bukan makin sejuk malah makin berbahang hingga dia berpeluh-peluh dan membasihi kaos yang dipakainya itu. Lecun habis.
Hentakan pada kaca menjadi latar yang tidak menenangkan. Katil berkriuk-kriuk. Kepala bergerak gelisah ke kiri dan kanan. Dua butir mutiara tidak diam di sebalik kelopak sebelum ianya disajikan dengan pandangan pertama.
Krek....
Pintu bilik ditolak dari luar. Kepala terjongol ke dalam.
"Si... siapa?" Susah-payah dia bertanya. Tekaknya perih dan kering. Kepalanya berdenyut-denyut. Seperti dia baru sahaja sudah menjerit di tengah lapangan panas berjam-jam lamanya.
Samar-samar si pemilik berambut panjang mengurai itu menampakkan dirinya.
Kerutan jelas di dahi. Niyaz gagah menyandarkan tubuh ke kepala katil. Gadis yang mendatang dulang semakin mendekat.
Perempuan mana pula yang terlepas dalam rumah bujang mereka ini? Macam mana dia masuk? Kenapa dia boleh berada di sini? Siapa dia?
Bertubi-tubi persoalan menjengah dan ingin dilontarkan. Dengan renungan tajam Niyaz mengawasi gadis itu.
Dulang yang menampung secawan air putih, semangkuk bubur dan ubatan gadis itu letak di atas rak di sebelah katil lalu punggung dilabuhkan di birai katil.
"Sudah bangun?" Gadis itu bertanya sambil bubur dia aduk-adukan, menyejukkan makanan itu.
'Kau siapa?' Persoalan itu melayang di fikiran tetapi mulut pahit Niyaz menutur kalimat yang tidak pernah dia fikirkan. "Apa punya soalan adik ni. Bangun lah tak akan mati pula."
Gadis itu mencebik. Sudu dia hempas dalam mangkuk. "Abang Jiwa ni. Saya risau tahu. Sudahlah pengsan dan menyusahkan saya berjaga malam menjaga abang Jiwa yang diserang demam panas. Bila dah sedar menyakiti hati saya pula." Rajuk dia.
Niyaz tersentak. Apa yang jadi ni?
Tak sempat Niyaz memproses apa yang telah berlaku padanya, tubuhnya pula bergerak tanpa dipinta. Gadis itu dirangkul bahunya dan rambut hitam lebat itu Niyaz acak. "Abang Jiwa minta maaf."
"Sudahlah Abang Jiwa bohong." Tangan Niyaz ditepis.
"Tapi nasib sayang." Gumam gadis itu perlahan.
Niyaz tersenyum. "Adik pergilah rehat. Abang Jiwa dah boleh urus diri sendiri."
"Betul?"
"Iya betul." Niyaz menyakinkan.
Setelah puas hati mengamati keadaan Niyaz, gadis itu akhirnya bangkit. Mangkuk kaca diserahkan kepada Niyaz dan dengan senang hati dia keluar dari kamar.
Setelah pintu tertutup rapat. Senyuman Niyaz luntur. Mangkuk dia simpan dalam dulang. Seleranya mati. Tekaknya tak mahu menerima sebarang makanan atau pun minuman.
Badan yang lenguh dibaringkan semula. Lelangit putih menyapa pandangan. Lengan direhatkan di atas dahi. Sebak bertandang. Tak semena air jernih mengalir ke pipi dan jatuh ke cadar.
"Kejora..." Pecah suaranya. Esakan yang mula perlahan berubah kuat hingga dia terpaksa menggigit bibir tidak mahu tangisannya terdengar hingga ke luar.
Dan saat itu. Niyaz sedar akan sesuatu. Tubuh ini bukan miliknya. Dunia ini bukan miliknya. Kisah yang berjalan ini bukan jalan cerita hidupnya. Segala yang berlaku sekarang tidak bersangkut paut dengannya melainkan seseorang.
ANDA SEDANG MEMBACA
C| MANUSKRIP
ParanormalUnedited version (may contain typos, repetition, and messy structure 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku...
