"Sebarang penjelasan?" Niyaz menyilangkan tangan ke dada, mempelihatkan urut-urat di lengannya yang tampak tegang dan menonjol jelas di bawah kulitnya yang cerah dan tiada cela.Tidak dia sentuh telefon yang Alanna hulurkan padanya, skrin yang menyala dan memaparkan satu ruang perbualan dari instagram juga tidak menarik minatnya untuk membaca isi perbualan itu. Sebaliknya mata yang biasanya teduh menusuk tajam ke Alanna, menanti jawapan dari wanita itu.
Manusia misteri yang menyatukan mereka itu tidak akan tiba-tiba menghantar pesanan pada Alanna dan menyatakan yang dia dalam perjalanan untuk bertemu mereka berdua. Niyaz yakin bahawa ini semua telah dirancang, sebuah pertemuan yang bakal terjadi nanti bukan suatu kebetulan.
Jelas Alanna menyembunyikan sesuatu darinya.
Kalau tidak kerana angin pokok tak akan bergoyang.
Hadirnya manusia misteri itu semestinya kerana Alanna.
"Kau... marah?"
Bibir Niyaz tertarik sedikit, bukan senyum lebih kepada reaksi tidak puas hati.
"Kalau aku marah kenapa? Aku tak boleh marah lepas tahu kau cuba nak heret aku jumpa manusia misteri tu?" Niyaz serkap jarang. Dia tak pasti betul atau tidak, sengaja bicara begitu bagi mencungkil sesuatu yang Alanna cuba sorok darinya.
"Jangan la marah... aku tahu aku salah heret kau sekali jumpa orang tu tanpa pengetahuan kau... tapi sumpah aku tak tahu dia dan orang yang bagi kau novel tu orang yang sama atau tak." Alanna mengaku bersalah. Niyaz yang sekarang terlalu garang. Auranya menggerunkan dan bukan pilihan tepat untuk Alanna main tarik tali bersama. Lebih baik dia jujur.
"Awat la tak bagitau aku dulu?" Kedua tangan meraup wajah ke atas sekaligus menyisir rambut yang berjuntai di dahi ke belakang.
"Hang buat aku terkejut. Dah la tengah sembang pasal mak cik tu tiba-tiba bagitau orang yang DM tu on the way jumpa kita. Macam mana aku tak terkejut dan naik angin? kalau tadi aku kena cardiac arrest tak ke naya?" Niyaz membebel. Pudar sudah aura pemangsanya.
Kek ditarik mendekat dan menyuap potongan kek ke mulut lalu mengunyah kasar sebagai pengalih rasa sebalnya pada Alanna. "Kenapa orang tu nak jumpa kau?"
"Sebagai tanda terima kasih dari aku."
"For what?"
"Sebabkan dia la aku berani minta tolong kau dan dapat info pasal Teratak Kejora," jelas Alanna.
Kerana peminatnya itu, Alanna mencari tahu soal Jiwa si ahli kumpulan paranormal Mistik Nusantara yang terkenal di Youtube kemudian memberanikan diri memohon bantuan lelaki itu sehingga mengikat perjanjian antara mereka dan berjaya menyiapkan manuskrip penuh Teratak Kejora tanpa kendala.
Demi menghargai jasa peminatnya itu dan atas dorongan dari Airen dan editornya, Alanna mengambil keputusan untuk berhubung, mengucapkan terima kasih pada si dia yang secara tak langsung telah membantu dan berbesar hati untuk memberi cenderamata tetapi bukan hadiah yang diinginkan.
Peminatnya itu mahu bertemu dan mendengar secara langsung kisah sebenar Teratak Kejora dan Alanna menerima permintaan itu dengan senang hati.
Mereka membuat temujanji dan akan berjumpa di D'umai.
Cumanya pertemuan ini tidak diketahui Niyaz. Alanna sengaja merahsiakan dari Niyaz. Mula-mula Alanna fikir dia mahu jumpa peminatnya itu seorang diri tetapi rancangannya berubah setelah Niyaz bersikeras mahu menemani Alanna di sini dan menyelesaikan tugasnya. Dah alang-alang, lebih baik dia heret Niyaz sekali.
"Kau okay tak ni? Kenapa pucat semacam ni?"
Fikiran Alanna tiba-tiba berkecamuk. Ada rasa takut dirasai selepas Niyaz menunjukkan novel lusuh itu padanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
C| MANUSKRIP
Terror𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024