34| Amukan Abah?

627 60 18
                                    


"Apa agaknya dosa abah dekat aki dulu sampai sampai Allah uji abah dengan perangai anak-anak yang banyak akal macam ni." Khadeen merungut. Dia memicit hujung dahi yang berdenyut. Sakit kepala menyerang selepas mendengar pengakuan anak-anaknya.

Entah mana silapnya dalam mendidik anak-anak selama ini hingga salah seorang terlebih tingkah dan memilih jalan yang dimurkai Sang Pencipta.

Memang betul kata orang, dalam ramai-ramai anak yang baik mesti ada seorang anak yang akan memicu kemarahan ibu bapa dengan tingkah konyolnya itu.

Khadeen masih ingat, dulu masa anak-anaknya masih remaja ,dia dan Nuraini sentiasa diuji dengan perangai si sulung. Paling degil dan nakal.

Terima panggilan dari guru displin dah jadi rutin Khadeen. Meredah berbatu kilometer menuju ke sekolah sang anak dah jadi hal biasa. Tebal mukanya tiap kali dipanggil guru penolong kanan dan guru displin Naail. Telinganya nak pecah mendengar segala masalah displin sang anak di sekolah. Nasib dalam nakal Naail pelajaran masih terjaga hingga Naail menjadi salah satu pelajar harapan sekolah. Dek prestasi Naail memberangsangkan air muka Khadeen masih terjaga bila berhadapan dengan guru-guru Naail.

Tamat zaman kekacaaun Naail, muncul pula zaman kegemilangan Khafi. Masalah yang hampir serupa dengan abangnya. Si anak tengah itu mewarisi tahta keganasan Naail. Cuma ketika itu Khadeen tidak perlu menapak ke sekolah dan berjumpa dengan guru displin. Khafi bijak mengawal situasi, anaknya itu tidak akan bergaduh membabi buta. Hanya akan bertumbuk jika ada yang mencari masalah dengannya.

Namun, ujian terbesar Khadeen dengan anak keduanya ini bila Khafi di zaman universiti. Kehilangan Khafi di tengah hutan belantara ketika mengikuti projek kolej menjadi tragedi buruk yang menimpa keluarga mereka. Khafi yang hampir dibawa pergi mengikut sahabatnya ke dunia sana buatkan Khadeen sasau dan putus asa. Nasib Khafi kuat semangat dan dapat kembali ke pangkuan keluarga semula.

"Adik minta maaf abah." Khadeen beralih pada Niyaz yang dari tadi tak henti memohon kemaafan padanya.

Khadeen juga masih sama. Langsung tidak membalas. Dia hanya menatap Niyaz tajam sambil menenangkan hati yang tengah membara.

Khadeen dikejutkan dengan ulah baru sang anak. Sangkanya anak-anaknya yang sudah dewasa tidak lagi mencipta onar, rupanya tanggapan Khadeen salah.

Paling buat Khadeen tak boleh terima kenyataan bila yang buat hal kali ni ialah Niyaz. Anaknya yang paling baik!

Antara Naail dan Khafi, Niyaz paling menurut perintahnya dan Nuraini biarpun sedikit nakal. Anaknya seorang ini tidak liar semasa pertumbuhan. Tidak bergabung dengan kumpulan gangster sekolah seperti abang-abangnya. Tidak keluar merempit di malam hari. Tidak menyentuh rokok. Tidak melawan. Senang cerita Niyaz paling senang mereka asuh dan bentur.

Cuma kerana diwarisi kelebihan dari sebelah ibunya dan tidak sekuat Khafi dan Naail, Niyaz selalu menjadi sasaran makhluk halus. Khadeen tidak mempermasalahkan soal itu. Selagi mereka boleh lindungi Niyaz semuanya akan baik-baik saja.

Hari ini anak yang selalu Khadeen lindung, membuka peluang buat makhluk halus menyerang. Niyaz berjaya buatkan Khadeen kehilangan kata-kata. Apa yang dilakukan Niyaz diluar nalar dan paling teruk dari masalah abang-abangnya.

"Abah rasa abah dah cukup sampaikan dan terapkan ajaran islam dalam diri anak-anak abah. Sejak hangpa kecil abah kenalkan anak-anak abah dengan agama islam. Seawal hangpa 5 tahun lagi abah selalu tekankan yang mana haram dan halal. Yang mana kita boleh buat dan yang mana kita kena tinggalkan. Abah hantar anak-anak abah pi sekolah agama. Abah hantar anak-anak abah pi duk pondok untuk berguru dan mendalami ilmu-ilmu fardu ain dan fardu kifayah dengan baik."

Niyaz tahu semua luahan abah itu dituju khas buatnya. Abah kecewa dengannya. Begitu juga dia dengan diri sendiri. Buat kali pertama, dia telah mengores luka di hati abah dan emak.

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now