25| Risau?

822 65 6
                                    


"Haish kau ni dah kenapa?" Bentak Alanna apabila Airen tiba-tiba menarik lengannya dan menukar arah mereka. Dari menuju ke lif sana Alanna ditarik dan didorong ke sebalik tembok yang berdekatan. Nasib kepalanya tak terbentuk di permukaan konkrit itu. Dua beradik itu bersembunyi.

"Kak cuba kau tengok dekat sana." Airen menarik telapaknya yang menahan dahi Alanna sebentar tadi lalu dia menunding ke satu arah sebelah kiri mereka.

Alanna dengan riak tak puas hati mengikuti perintah sang adik. Apa yang panik sangat adiknya ini sampai ajak menyorok semata-mata mahu mengintai orang. Ada artis korea datang ke apa sampai begitu sekali lagaknya.

"Kenapa ada Lee Do hyu-"

"Tu bukan bakal suami kau ke?" Airen memotong seloroh sang kakak.

Tercekik liur Alanna dibuatnya. Mahu dia membalas pertanyaan Airen tetapi kepalanya segera ditolak oleh Airen ke kiri semula.

Jari telunjuk Airen mengikuti seorang lelaki yang berpakaian hospital dengan branula yang masih terdapat di urat salur darah, punggung tangan kiri lelaki itu. Tidak menghirau orang sekeliling yang memandang pelik padanya, lelaki genit itu tampak riang dalam dunianya. Memegang secawan kertas minuman dan mengepit satu beg kertas di celah ketiak dia keluar dari premis minuman berkafein.

Terkedip-kedip Alanna mengawasi gerak-geri lelaki yang dikenalinya itu. Sah! Lelaki yang seperti lari dari bilik rawatan itu Khalif! Lelaki yang buatkan dia serba tak kena sejak pertemuan mereka di kafe tempoh lalu. Lelaki yang membuatkan dia dihantui perasaan bersalah dan buatkan dia keluar dari zona nyaman dan memaksanya ke sini.

Namun, segala bayangan simpati terlupus sebaik sahaja dia melihat lelaki itu baik-baik saja. Siap boleh curi-curi keluar lagi. Maksudnya Niyaz sudah sihat dan tak seperti yang dimomokkan oleh Airen.

"Aku tak salah orang kan kak? Tu memang Encik Niyaz kan? Yazid kata Niyaz dah tak ada harapan tapi..." Airen bertanya lagi. Mahukan kepastian yang mereka tak salah orang.

"Tu memang dia. Kau kata dia dah nak mati. Celah mana nazaknya? Aku tengok siap boleh beli coffee lagi," sambung Alanna pula. Mereka berdua keluar dari tempat persembunyian.

Airen masih lagi mengintai Niyaz dari jauh manakala Alanna pula sudah berbalik dan mahu ke gerbang utama.

"Dah la aku nak balik. Aku tengok dia dah sihat walafiat je."

Tercengang Airen. Alanna yang makin menjauh itu Airen kejar. Dah kenapa pula berubah fikiran ni?

"Woi kakak." Beg kertas dalam pegangan Alanna diragut sekaligus menghentikan orak langkah Alanna.

"Kau dah kenapa? Bukan kau ke yang risau sangat? Dah kenapa tak jadi nak melawat pula ni." Airen bawa Alanna ke tepi. Sebelah tangan naik mencekak pinggang. Tak berpuas hati dengan Alanna yang tiba-tiba menukar pikiran.

"Dia dah sihat. Aku rasa tak guna kalau aku datang melawat sekarang," kata Alanna selamba.

Airen tepuk dahi. "Habis tu kalau dah sihat tak boleh ziarah ke? Kau nak dia terlantar tak boleh bangun baru kau nak jenguk?"

"Airen." Alanna menghempaskan tangan Airen dari terus memengang lengannya. Airen buat dia tak selesa. Alanna tak suka.

"Alang-alang kau dah sampai naik je la jumpa dia. Kalau kau lupa, dia warded sebab kau tau. Dia bergaduh dengan family dia pun sebab kau. Dia kena rasuk malam tu pun sebab kau. Dan dia sanggup bertahan sebab nak bantu kau siapkan manuskrip kau tu. Kenapa kau tak ada rasa tanggungjawab atas perkara yang kau buat? Kau nak jadi selfish?"

"Diam Airen. Berapa kali kau nak ulang benda yang sama? Kalau aku tak datang pun dia tak mati la. Aku datang sini pun sebab kau yang tak habis-habis buat aku rasa bersalah dekat dia. Dia tu kawan kerja aku je! Dia sakit ke dia mati ke tak ada kena mengena dengan aku. Dia tu hanya media untuk aku siapkan manuskrip." Tertahan-tahan nada Alanna, mengawal suaranya dari terus meninggi dan menarik perhatian pengunjung lain.

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now