44| Terluka

582 78 24
                                    


Niyaz meneguk air putih yang Alanna suakan padanya. Setiap aliran yang melalui rengkung menyakitkan sehingga dia tidak boleh minum dengan baik. Air yang masuk ke mulut akan terkeluar sedikit dan jejeran air di sekitar dagu Alanna kesat dengan sapu tangan.

Niyaz sekadar membiarkan, tiada daya untuk dia menahan dan melarang tindakan Alanna yang bagi Niyaz agak semberono. Hanya pipi berona menjadi saksi betapa malu dan terseksanya dia dek kelakuan Alanna yang begitu intim. Sepanjang dia bernyawa tiada mana-mana wanita yang Niyaz benarkan untuk melewati batas yang dia ciptakan kecuali emak.

Naail melepaskannya di bawah jagaan Alanna dan abangnya kembali ke dalam buat membantu mereka yang lain. Kerana Niyaz tak larat walau sekadar memegang botol air mineral sendiri dan Hairil pergi menemani Adam membuang hajat, dia terpaksa meminta tolong bantuan Alanna.

Syukur di luar kurang pencahayaan sekurang-kurangnya Alanna tidak perasan akan perubahan tona di wajahnya yang serupa buah tomato yang masak ranum.

"Dah? Ke nak minum lagi?" Sakit yang menyiksa tubuh rasa semakin berkurangan gara-gara layanan baik Alanna padanya.

"Dah ke?" Niyaz larikan bibirnya dari permukaan bibir botol air. Dia mengedip dua kali sebagai tanda mengiyakan.

Alanna yang faham lantas menutup botol air tersebut dan menyimpan di sisinya.

"Nak baring ke?" Niyaz yang bersandar lemah pada dinding tampak menyedihkan. Tak sampai hati Alanna terus membiarkan Niyaz tidur dalam keadaan duduk.

"Awat?" Lemah Niyaz menyoal, kelopak dibuka sedikit.

"Baring la kalau tidur macam ni makin sakit nanti," suruh Alanna. Dia yang berjongkok di hadapan Niyaz menarik Niyaz ke depan sedikit dan bahu lelaki itu ditolak perlahan-perlahan ke dasar yang dingin. Membantu Niyaz berbaring.

Niyaz tak melawan. Seperti tadi dia membiarkan perbuatan Alanna asalkan dia dapat berehat.

"Sejuk sangat ke?" Alanna tanya ketika tersentuh jari Niyaz yang sejuk beku.

"Hmmm," gumam Niyaz.

Semakin simpati dia pada Niyaz. Sepanjang tempoh perkenalan mereka, Alanna tak pernah melihat Niyaz sekacau dan selemah ini selepas sedar dari rasukan. Selalunya lelaki itu akan kembali segar setelah berehat selama beberapa minit. Walau tidak terlalu aktif tetapi masih boleh bercakap dan boleh bergerak tanpa bantuan. Namun kali ini lelaki itu langsung tak ada tenaga. Mahu membuka mulut pun sepertinya terlalu sukar. Wajah pucat itu pula sikit-sikit mengenyit menahan kesakitan.

Begitu sakitkah sehingga lelaki seceria matahari ini kini tergeletak tak berdaya?

Jujur Alanna merindukan Niyaz yang suka mengusik dan menaikkan darahnya dari melihat Niyaz menahan sakit.

"Rehat la, nanti dah settle aku kejut," ujar Alanna sambil melepaskan kardigan yang dipakainya lalu diselimuti Niyaz yang menggigil kecil. Kardigannya tak terlalu tebal tetapi sekurangnya dapat mengurangkan sedikit kedinginan Niyaz.

"Thanks." Bau manis yang melekat pada kardigan Alanna dihidu dalam, wangian itu membantu mengurangkan rasa loya di hujung rengkungnya.

Malu menjadi pusat permerhatian nyai dan Alanna, Niyaz menukar posisi baringnya dari berhadapan dia memunggung nyai dan Alanna. Merapat pada dinding lalu memejam mata menjemput lena.

Niyaz yang sepertinya sudah terlelap itu Alanna tinggal dan duduk di sebelah nyai semula. Tak jauh, hanya berjarak kurang dari beberapa meter saja.

"Saya nampak kamu dan Niyaz manis dan seperti ada hubungan istimewa. Kamu berdua bercinta?" Nyai menegur. Sedari tadi dia melihat kemesraan pasangan itu. Dari Alanna membantu Niyaz minum air hingga menyelimuti tubuh pemuda itu.

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now