19xx
Papan dilapisi kemasan coklat gelap dan bercorakkan akar saling berkait dan menjulang di sekitar permukaan, Jiwa tatap malas. Sesekali dia tersengguk-sengguk mengantuk.
Pagi dingin setelah diguyur rintikan hujan semalaman sepatutnya menjadi satu pagi yang damai buat Jiwa. Seharusnya dia menikmati kedinginan, bergelung di dalam gebar tebalnya dan bukan terpacak di rumah majikan dan menukarkan hari cuti indah kepada hari kacau.
Hari ini bukan hari berkerja. Hari ini hari cutinya! Malang seorang Jiwa, dia dikerah untuk bangun dan menemui Aren yang tiada hati budi. Dan Jiwa benci akan perintah yang diterimanya itu. Apa tidak boleh menunggu esok saja kah? Menunggu sehari tak akan buat mereka mati! Kenapa orang kaya selalu bertingkah seenaknya!
"Kau mahu aku teman ke dalam?" Teguran kakang menyentak Jiwa.
Bersama Jiwa ada kakang yang setia di sisi lelaki itu. Mengikuti dari pagar hingga ke lantai dua. Makhluk ghaib yang menyamar sebagai manusia dan menggunakan wujudnya itu sedang bersandar santai pada dinding. Memerhati Jiwa yang tidak bermaya.
Jiwa tadi cemberut menarik sudut bibir ke atas. "Apa aku salah dengar?" Lubang telinga sengaja dikuis dengan jari kelingking.
"Kau mahu temani aku? Makhluk jahil seperti kau... risaukan aku?"
Kakang memutar bola mata ke atas. Menyampah. Tingkah Jiwa yang mengejek akan niat murninya buatkan kakang menyesal melayangkan pertanyaan.
"Mahu atau tidak?" Kakang menyoal sekali lagi. Kali ini dengan sedikit tegas.
"Tidak perlu. Tunggu di sini." Jiwa menolak lembut.
Kakang sedikit mendengus. Baru ingin membalas Jiwa segera memotong.
"Ini urusan antara manusia." Tambah Jiwa. Biarpun Aren tak akan sedar akan kehadiran kakang, Jiwa tetap tak mahu kakang menemaninya. Biarlah dia menyelesaikan urusannya sendiri.
Jiwa mengetuk lapisan pintu itu. Hanya dua kali ketukan, Aren di sebelik sana sudah menyahut dan menyuruh masuk.
"Yakin?" Kakang meleset di hadapan Jiwa, sekaligus menghalang Jiwa dari memutar tombol. "Bagaimana jika dia mencederaimu?"
Jiwa terkejut. Dia berundur beberapa derap langkah.
"Kakang minggir." Bukan menjawab Jiwa malah mengarah. Kakang cuba disingkirkan dari terus menghalang laluan."Kau menyebalkan Jiwa. Aku tidak yakin Aren akan berbual secara baik dengan engkau. Biar aku temani kau ke dalam. Aku akan lindungi kau dari dia." Kakang juga mahu masuk. Entah mengapa tak rela membiarkan Jiwa menemui Aren seorang diri. Bagai ada sesuatu yang akan terjadi pada rakannya ini.
Jiwa tepis lengan dingin Kakang. Dia lirik pintu yang sudah terbuka sedikit dan kakang yang tidak mahu menepi. "Yakin lah aku akan keluar dari sana dengan keadaan yang baik. Aren tak akan mencederakan aku."
"Kejora saja dia boleh cederakan. Apa lagi kau si perosak rumah tangga mereka," bidas kakang tak terima.
Jiwa terpejam. Lancang kakang buatkan dia terasa. Namun cepat-cepat Jiwa jernihkan air muka. Ulas bibir dipaksa membentuk senyuman. "Kakang jangan risau... Tuhan ada bersamaku."
Kakang terbungkam. Lambat-lambat dia berundur dari posisinya. Kembali bersandar di tempat asal. Dengan kepala yang berpaling menghadap jendela kakang menghalau. "Sudah la pergi sana kau. Jika ada apa-apa terjadi di sana jangan harap aku akan bantu! Minta saja pada tuhan mu."
Jiwa terkekeh. Rajuk kakang sedikit sebanyak mengurang gemuruh di dada.
"Jiwa."
Panggilan dari dalam buatkan Jiwa gelabah. Tanpa membuang waktu dia segera masuk kerana dari rentak suara yang memanggil, Aren seakan sudah jemu menunggu.

ANDA SEDANG MEMBACA
C| MANUSKRIP
Horror𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024