"Baru punch card tak sampai sejam takkan dah stress?" Muka ketat Khafi menganggu konsentrasi Daiyan.
"Kalau hang stress sebab kerja dan nak berhenti bagitau. Abang tak kisah, dengan hati yang terbuka lagi terima. Lagipun aku tau penat buat dua kerja dalam satu masa. Hang tu bukan sengkek sangat sampai kena cari duit lebih dan aku pula boleh kurangkan aliran duit keluar," cadangnya pula apabila Khafi tidak menyahut.
"Benda tak balance jangan nak sangkutkan saya sekali ya. Bukannya kalau abang buang saya terus balance, balance sheet tu." Khafi campak resit yang diminta Daiyan ke atas buku kira-kira yang terbuka.
"Habis tu aku yang stress hang yang emo apa pasal?" Daiyan ketepikan kalkulator. Mencari pasal dengan Khafi lebih menarik dari mencari selisih RM640 yang masih tidak dapat dia selesaikan.
"Sakit hati," keluh Khafi ringkas.
"Sakit hati sebab adik hang tengah syok dating dekat sana ka?" Tebak Daiyan. Gerak-geri Khafi yang serba tak kena itu seakan berkait dengan seseorang yang sedang bahagia di sudut kedai sana.
Dari jauh, Daiyan curi-curi lihat pasangan itu sebelum dia kembali ke Khafi.
Keduanya nampak mesra. Bak ayat novel cinta, dunia itu milik berdua dan perubahan keruh di muka Khafi membenarkan tekaan Daiyan.
Daiyan tergelak. Dia melambai, menghentikan tatapan laser Khafi. "Tak payah tengok macam tu Khafi, kalau hang ada kuasa aku rasa dah berbolong badan si Niyaz tu... Kalau nak cari la sorang," sarannya.
Macam-macam betul telatah adik beradik ini.
"Haih adik ada buah hati pun panas ke abe?" Shah tak dijemput datang menyibuk dalam perbualan yang dirasakan begitu menarik.
Dia yang baru menyiapkan pesanan terakhir menompang dagu di kabinet yang tidak begitu jauh dari Daiyan dan Khafi. "Kau jealous eh Khafi?" Alang-alang tiada kerja, dia mahu join berbahas isu panas ini sekaki. "Ke kau sebenarnya ada hati dekat adik sendiri?" Lancang Shah, tak bertapis.
Khafi menoleh ke Shah sekilas. "Sebelum gigi hang tu patah makan penumbuk aku. Lebih baik hang jangan mengarut. Hang ingat aku Gay ka? Ada perasaan dekat adik sendiri?" Kesal lelaki itu. Dia angkat tinju. Acah ingin menghadiahkan satu penumbuk ke pipi Shah.
Shah bergedik ngeri. Tangan spontan terangkat separas dada. Garang benar sorang ni. "Sumpah tak relax ah." Cemuh Shah. Tak boleh cari pasal sikit, kerja nak berlawan aja. Tak menarik.
"Apa yang Niyaz buat sampai hang nak hangin ni? Abang tengok okay ja dia dengan perempuan tu. Bukan dia buat yang bukan-bukan pun. Borak pun dekat tempat terbuka siap depan kita lagi," usul Daiyan.
"Setuju..." Sokong Shah, panjang lima harakat.
"Kalau dia dah berkenan biar la, umur dia tu dah sesuai sangat nak kahwin." Tambah Daiyan lagi. Lagipun mereka kenal perempuan itu. Perempuan yang mereka bantu tempoh lalu. Manis pula gadis itu, sesuai dengan Niyaz.
Makin menggelegak darah muda Khafi. Dia tidak suka!
"Masalahnya dia tu bodoh. Buat sesuatu tak fikir kesan yang dia akan dapat. Penat mak hantar dia pi belajar tinggi-tinggi, ambik ijazah kalau at the end otak masih sempit dan bodoh. Bukan macam tu nak pikat perempuan, bukan dengan cara gadaikan diri. Haish aku nak cakap pun sakit hati. Bodoh Niyaz bodoh."
Shah tekun menutup jarinya setiap kali umpatan keluar dari mulut Khafi. "Kalau hang sebut bodoh lagi 40 kali aku rasa bodoh sungguh adik hang tu." Seloroh Shah. Cuba meredakan Khafi.
"Biar. Biar jadi bengap terus. Ada otak macam tak ada otak." Khafi tak peduli. Kalau dengan ucapannya dapat menghentikan niat semberono Niyaz, itu dah cukup bagus.
ANDA SEDANG MEMBACA
C| MANUSKRIP
ParanormalUnedited version (may contain typos, repetition, and messy structure 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku...
