Sepulang dari tempat kerja, Niyaz bergegas pula ke kafe kepunyaan Daiyan yang terletak di Damansara bagi menggantikan tugas abangnya, Khafi. Oleh kerana Khafi terpaksa berjumpa dengan klien yang mahu melihat hasil rekaan yang dipinta dan Daiyan kekurangan tenaga kerja maka terpaksalah Niyaz turun padang menggantikan Khafi yang memegang posisi sebagai perkerja paruh waktu di kafe Daiyan.
Setibanya Niyaz di sana, keadaan kafe agak lengang dari kebiasaan walaupun pada waktu puncak. Pelanggan yang ada di situ dapat dibilang dengan jari, tidak terlalu ramai dan padat.
Melenggang Niyaz ke kaunter pesanan yang bersambung dengan tempat menyiapkan air minuman. Dan di situ hanya ada Shah yang sedang bertarung melakarkan seni halus menggunakan buih susu di atas permukaan kopi.
"Yo bro," tegur Niyaz ramah.
"Ganti Khafi ke?" soal Shah sambil menyempurnakan seninya itu.
"Ya," sahut Niyaz. Dia tarik apron yang berlipat di bawah meja cashier dan keluarkan tag nama Khafi dari bekas plastik dan pinkan pada apron. Apron yang berkain cotton itu pula disarungkan ke tubuh. Segalanya Niyaz lakukan dengan tertib dan mengikut peraturan yang telah Daiyan tetapkan kepada semua perkerjanya. Niyaz tidak kekok sedikit pun, sudah terbiasa hasil dari selalu mengambil tugas Khafi.
Kemudian Niyaz menapak ke singki sambil lengan kemeja digulung hingga ke siku. Kedua belah tangan dia cuci berpandukan kaedah 7 langkah. Setelah pastikan kedua belah tangan bersih dan bebas dari bakteria baru dia tutup pili air dan raih tisu yang tergantung berdekatan singki.
"Niyaz customer," laung Shah memberitahu.
Tangan yang masih basah Niyaz lap ala kadar. Dua pelanggan perempuan yang sudah terpacak di hadapan kaunter dilirik sebentar. "Hold on pretty lady." Laju saja mulut manisnya berkerja.
Tisu yang bergumpal Niyaz buang ke dalam tong sampah. Dengan senyuman yang menggantung di bibir, Niyaz mendapatkan pelanggan yang masih setia menanti kehadirannya. "Welcome to D'Umai pretty lady," sapa Niyaz, sontak telapak kanan dia sentuh dada sambil membongkok, tanda hormat.
Dua pelanggan berusia itu membalas senyuman manis Niyaz. Lelaki itu tampak manis dan menawan di mata mereka. Hilang rasa tak puas hati kerana harus menunggu sedikit lama bila mereka berdua disambut dengan hangat.
"Are you guys ready to order?" Niyaz mula mengotak-katik layar LCD POS. Bersedia menerima order.
"Give me one Matcha Frappe add on chocolate chip and whipped cream and also one Double Chocolate Chip Frappe with 50% of sugar also add on whipped cream and chocolate syrup on top." Dengan sekali nafas wanita berambut merah paras bahu menyampaikan keinginan mereka manakala Niyaz cekap rekod segala pesanan itu dalam sistem.
Niyaz berhenti menekan layar skrin. "Saya ulang ya, satu Double Chocolate Chip Frappe, 50% sugar, whipped cream and chocolate syrup on top dan satu Matcha Frappe add on chocolate chip and whipped cream. Betul?" tanya Niyaz ingin semuanya tepat sebelum dia sahkan pesanan di dalam sistem.
"Yang Matcha tu salah." Tegur wanita berturban, rakan kepada wanita yang menyampaikan pesanan itu.
Automatik Niyaz garu keningnya dengan jari telunjuk. "Ouh sorry... boleh miss ulang semula order tadi."
"Matcha frappes add on chocolate chip, whipped cream and..." Sebut dia perlahan-lahan dan satu persatu.
Niyaz pula tekun mendengar sambil jari licah berlari di atas skrin sebelum terhenti dan menanti kata terakhir dari wanita itu. "And?"
"Your sweet smile." Nada sengaja dileretkan, menggoda pucuk muda.
Terus terhambur tawa Niyaz, geli hati dengan telatah pelanggan yang cuba menggodanya. "Nice try, miss."

ANDA SEDANG MEMBACA
C| MANUSKRIP
Horror𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024