32| Bawang dan curiga

6.2K 372 24
                                        

"Adik dah siap ka? Mak nak tumis dah ni." Lembut suara Nuraini menyapa telinga. Menyentak lamunan anak bongsu yang tadi bersungguh mahu membantu menyediakan jaudah makan malam.

Niyaz tersedar. Di kedua belah tangan memegang seulas bawang merah yang terkupas separuh kulit dan sebilah pisau. Sepuluh minit berlalu dan ternyata dia hanyut dalam lamunan. Tugas yang Nuraini beri padanya dilakukan separuh jalan.

Mengerling ke sudut yang menempatkan dapur gas di mana letak kedudukan Nuraini. Niyaz menelisik susuk wanita kesayangan dari hujung kaki hingga terhenti pada tatapan teduh Nuraini. Berulang kali meyakinkan, wanita lanjut usia yang bersama dengannya di dapur bukan bayangan tetapi kenyataan.

Pelangi setelah hujan itu wujud. Buktinya pelangi indah muncul setelah dia mengharungi badai ujian yang menyiksa.

Allah Maha Mengetahui. Mengetahui betapa rindunya dia pada emak. Panggilan video tidak mampu mengatasi. Berkali menahan diri untuk tetap bersabar dan menyelesaikan semua urusannya sebelum pulang dalam dakapan emak.

Tanpa disangka bukan dia yang ditakdirkan pulang. Emak yang digerakkan hati untuk datang menemui mereka bertiga di sini. Kedatangan mengejut mak dan abah membawa cahaya harapan kepadanya yang hampir tenggelam dalam lautan yang sendiri dia ciptakan.

"Adik pasai pa ni? pedih sangat ka mata tu?"

"Selalunya orang yang suka sangat ni satgi tiba-tiba nangis."

Masih disumpah dengan mulut masin angah petang tadi. Niyaz segera hapuskan genangan air di pipi.

"Bawang ni mak. Pedih." Niyaz tak tipu. Selain sifat mudah tersentuh dia memang tengah tahan pedih. Menyesal pula pelawa diri nak kupas bawang untuk mak.

"Tunggu sat na mak. Adik tengah usaha ni." Niyaz memberitahu. Kalut dia sambung mengupas kulit bawang. Ada lagi 5 ulas bawang merah. Sibuk sangat mengelamun, tak pasal dia buat mak tertunggu-tunggu.

Nuraini membuka langkah menuju ke meja pulau.
"Tak payah la adik. Dah tinggai ja bawang tu biaq mak buat. Hang pi sana teman abah dekat luaq," arah Nuraini.

Bawang-bawang yang mahu dicapai Nuraini segera Niyaz sembunyikan.

"Ala mak ni... tunggu la sat. Bukan selalu adik boleh tolong mak masak. Lagipun adik tak mau la duk luaq dengan suami tak misali macam abah tu. Tak syok. Boleh bagi vibe negatif."

Nuraini tercengang.

Tak dan dengan mata bengkak. Air mata menitik-nitik ke papan pemotong. Mulut tu ada hati cakap dekat suami tercintanya begitu. Kecil besar, kecil besar Niyaz di matanya. Aish nak aja dijentik bibir jahat itu.

Lama-lama duduk satu rumah dengan Khafi, mulut Niyaz pun dah jadi lebih kurang dengan si anak nombor dua agaknya. Pengaruh adik beradik tak bertamadun.

"Elok la cakap dekat abah macam tu. Tu nasib dia duk luaq, kalau dia dengaq mampuih hang satgi," tegur Nuraini.

"Betoi la apa adik habaq. Abah tu bukan nak tolong mak masak. Adik juga yang mai tolong. Mak nak tau dak, adik ada dengaq ceramah. Ustaz kata lelaki ni jadi suami kena tolong isteri buat kerja rumah. Isteri bukan hamba abdi. Tengok abah tu tak tolong mak. Tak baik dijadikan contoh," usul Niyaz.

Ada riak dalam bicara. Saat macam ni la nak tunjuk belagak atas ilmu agama pada mak. Pasal ilmu rumah tangga ni dah arif sangat. Terima kasih pakcik google dan youtube yang banyak mengajar.

"Pandai la hang. Hang kupaih bawang pun tak lepaih dari tadi ada hati nak ceramah oqang yang dah kahwin 33 tahun. Abah hang tu bukan tak mau tolong, mak yang suquh dia duk sana." Nuraini cekak pinggang. Muka sombong Niyaz gara-gara ilmu sekangkang kera tercetak jelas. Geram pula dia menengoknya.

C| MANUSKRIPTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang