08| Kacau

1K 71 14
                                    

Cuaca panas membahang pada siang hari tadi digantikan dengan hujan dingin pada malamnya, tetesan dari gumpulan awan turun mencurah-curah di bumi Klang Valley dan terbias ke dalam kamar yang sengaja tidak ditutup rapat jendelanya bagi tujuan pengudaraan, malangnya fail-fail kerja yang berada di atas meja hadapan jendela lencun kerana tempias air hujan itu.

Berbalik ke tengah ruangan, di mana sebuah kasur bersaiz queen ditempatkan. Di atasnya terdapat seseorang yang sedang tidur. Dia menarik selimut hingga ke leher, mengurangkan rasa dingin yang mengigit kulit tipisnya dan kembali nyenyak.

Krek.

Pintu bilik terbuka dari luar. Bayang-bayang hitam menyelinap masuk berserta jejak berbunyi di lantai vinyl, bergema segenap kamar kepunyaan Niyaz hinggakan lelaki itu kembali bergerak dalam tidur. Merubah posisi dari mengiring ke kanan dia telentang. Sedikit terganggu dengan kehadiran tetamu tak diundang.

Bayang-bayang legam itu berhenti betul-betul di hadapan telapak kaki Niyaz yang terkeluar dari kain gebar. Dia merenung pemuda itu dalam-dalam dengan tatapan tajam penuh kebencian. Tangan yang berada di sisi digerakan ke arah kaki Niyaz.

Zaps.

Niyaz yang berada di dalam mimpi dipaksa kembali ke alam sedar. Satu rentapan kasar di kaki menarik tubuhnya dari bantal dan meluncur ke bawah katil.

Buk.

Tubuh Niyaz terjatuh ke bawah, kepala terbentur ke lantai. Mata terbuka luas. Satu tekanan berat menekan tulang-tulangnya menyebabkan nyeri yang tajam dan menusuk di sepanjang punggung dan pinggang. "Adoi," desis Niyaz.

Belum sempat Niyaz mengumpul sisa nyawa dan otak berfungsi mencerna keadaan gila apa yang sedang berlaku, kulitnya rasa terbakar oleh gesekan dengan lantai yang keras, rambutnya terurai ke belakang dan menyapu permukaan yang dingin.

"Si...Siapa?" Niyaz menyoal.

Tiada balasan.

Dengan pandangan yang buram, Niyaz cuba fokus kepada objek yang masih lagi menariknya menuju ke gerbang kamar.

Menyedari susuk tubuh yang belakanginya itu seperti dia kenali. Niyaz panas hati. "Tak lawak angah." Marah dia. Gila ke apa Khafi ajak bergurau waktu dinihari begini, kena sampuk ke apa!

Hening.

Si pelaku yang dianggap Khafi itu masih tidak mengungkapkan sebarang kata.

Hanya suara gesekan yang menggerus dan memekakkan telinga Niyaz. 

Sabar Niyaz habis, yang tersisa hanya kemarahan yang kian menguasai. Tubuh yang diseret bagai patung tak bernyawa itu mula memberontak.

"Lepaslah angah bodoh. Sakit tau dak." Dia menjerit. Bahagian atas tubuh menghentak-hentak lantai, tangan yang bebas cuba mengapai bingkai pintu, menahan sebahagian tubuh dari dibawa keluar. Menghentikan permainan gila mereka yang sengaja menganggu.

"Dah bangun Jiwa?"

Bola mata serasa ingin tercabut dari soket. Pegangan pada bingkai pintu terus terlepas. Suara berat yang menyapa menghadirkan rasa dingin di tulang belakang sekaligus buat dia sesak.

Suara itu bukan milik Khafi atau Naail atau sesiapa yang dia kenali.

Macam mana.... Macam mana orang asing boleh berada dalam rumah ni?

"Siapa kau? Lepaskan aku." Teriak Niyaz. Jemarinya mencengkam lantai cuba menahan tubuh dari terus dibawa pergi. Namun usaha Niyaz bagai tiada erti, dia makin diseret kasar.

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now