Imbas kembali.
"Kita singgah Popular jom," ajak Alanna sambil menarik plastik mainan yang dijinjit Niyaz sekaligus mengheret lelaki itu masuk ke kedai buku, meninggalkan Haidar dan Airen di belakang.
Niyaz tanpa sebarang bantahan hanya menurut kemahuan Alanna.
Setiba di dalam premis kesukaannya itu, Alanna langsung menarik nafas dalam-dalam menikmati aroma buku-buku baru yang berderet di rak. Baginya bau buku baru adalah terapi dan satu-satunya cara untuk dia menenangkan diri ketika stress menghimpit.
Tanpa memperdulikan Niyaz, Alanna terus menuju ke dinding paparan yang mempamerkan carta buku-buku fiksyen laris manakala Niyaz yang hilang hala tuju sekadar membontoti Alanna dari belakang.
Di hadapan papan dinding itu, Alanna bangga ketika melihat novel seram terbarunya terpampang di sana bersama beberapa buah novel yang lain. Lebih-lebih lagi saat dia menyedari bukunya masih lagi kekal di carta nombor satu seperti bulan-bulan sebelumnya.
"Wow congrats." Niyaz muncul di sebelahnya memberikan tepukan tangan.
"Thank you," sahut Alanna sambil ligat mengambil foto papan dinding tersebut, memuat naik gambar itu ke akaun Instagramnya penulisnya dan memberitahu peminatnya akan pencapaiannya itu.
Tak sampai beberapa minit, telefon Alanna dipenuhi notifikasi. Berduyun-duyun mesej dari pembaca membanjiri layar. Niyaz terpaku, tak berkedip melihat bagaimana layar itu terus-menerus bernyala.
"Famousnya kau," komen Niyaz.
"Of course. Kau kena bangga dapat kawan macam aku ni," jawab Alanna sedikit riak. Tudungnya dilibas ala-ala gaya diva.
"Bangganya aku dapat bakal isteri terkenal macam kau." Niyaz tersenyum nakal.
Tingkah Alanna terhenti. "Kau jangan mula eh, Khalif," tegurnya serius.
"Apa? Salah ke ayat aku?"
"Salah," bidas Alanna tegas.
"Habis tu apa? Kalau bukan bakal isteri, apa? Isteri tercinta?" Niyaz semakin galak menyakat.
Riak Alanna sudah berubah. Penumbuknya diangkat, siap sedia mahu mendaratkan kepalan jarinya pada mana-mana anggota jantan miang itu. Lelaki ini makin dibiarkan makin menjadi-jadi gatalnya.
"Sorry, sorry... bangga aku jadi kawan kau." Niyaz cepat-cepat mengalah, menekup mulutnya sambil menahan suka kerana gelagat Alanna.
Alanna menurunkan penumbuknya, melemparkan satu jelingan tajam sebelum dia berbalik dan mengambil sebuah novel dari rak.
"Bila novel Kejora tu keluar?" tanya Niyaz, mengalihkan topik mereka.
"Masa PBAKL nanti tapi dua minggu sebelum tu penerbit dah buka pre-order," beritahu Alanna.
"Pre-order tu limited edition ke? Hardcover ke?"
"Haah, hardcover. Termasuk photo card dan merchandise eksklusif tapi pre-order tu cuma buka untuk 500 orang pertama je, selebihnya kena rebut masa pesta buku nanti," jelas Alanna membocorkan rahsia penerbitnya. Harap-harap tak ada siapa yang terdengar, kalau tidak boleh mati dia dimarahi nanti.
"Kalau macam tu, aku nak jadi pembeli pertama." Semangat Niyaz menyatakan angan-angannya itu.
"Mampu ke?" Dan dengan mudah Alanna patahkan hasrat Niyaz itu.
Mata Niyaz membulat tak percaya. "Hey! Ingat aku sengkek sangat ke tak boleh beli novel hang yang berapa duit tu?" Protesnya. Tak sangka Alanna akan merendahkannya macam tu. Mainan Hayyan dekat empat ratus ni pun dia swipe pejam mata je tadi. Ni kan pula setakat novel Alanna. Sepuluh pun dia boleh beli la.
ANDA SEDANG MEMBACA
C| MANUSKRIP
ParanormalUnedited version (may contain typos, repetition, and messy structure 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku...
