40| Draf Pertama

454 61 10
                                    


"Airen pukul 3 nanti dah ada dekat basement." Masuk kali ketiga Niyaz ingatkan budak intern sorang ni. Penat sebenarnya nak ulang banyak kali tapi mengenangkan mereka berdua terlewat 15 minit dari waktu yang dijanjikan semalam gara-gara Airen yang lambat maka terpaksalah Niyaz ulang macam mak-mak hari ni.

"Baik encik."

Sahutan Airen sudah memadai. Tanpa melanjutkan pembicaraan Niyaz berlalu meninggalkan Airen yang sedang sibuk di mesin cetak dan membawa diri ke pantri. Dia mahu melepaskan lelah sementara waktu rehat masih bersisa.

Semenjak kembali berkerja semula setelah cuti panjang Niyaz disibukkan dengan tugas-tugas hakiki yang menimbun setinggi Gunung Kinabalu. Berderet-deret tugasan yang perlu diselesaikan. Tak cukup tangan dia nak handle. Mana nak kena uruskan urusan jual beli, turun assist klien view lagi, buat video iklan lagi dan nak urus Airen yang banyak akal lagi.

Semuanya melelahkan!

Sampai satu tahap Niyaz rasa nak berhenti dan menganggur. Kalau dia tahu cuti panjang akan menyusahkan dan membawa petaka di kemudian hari, Niyaz rela bazirkan cuti sakitnya dan datang kerja dalam keadaan sakit.

Tapi nak menyesal pun tak ada gunakan?

Cuti pun dah bantai sampai habis.

Apa yang boleh Niyaz buat.... reda aje lah.
Orang baik sepertinya akan sentiasa diuji.

"Aik sakit balik? Nak kena cuti lagi ke? Tak cukup seminggu?" Tak cukup diuji dengan kerja datang pulak ujian menahan perlian tajam manusia-manusia perut busuk.

Pantri yang tadi sunyi sepi dan tenang tanpa manusia bingit dengan kehadiran Hairil.

"Kenapa datang kerja kalau sakit? Ambik la MC lagi." Tanpa keizinan dari Niyaz, Hairil sewenangnya menarik satu kerusi di sebelahnya dan melabuhkan punggung.

Niyaz rasa makin berdenyut kepalanya.

Bagus.

Sekarang sisa-sisa waktu rehat berharga tiada gunanya lagi bila ada yang datang mengganggu. Sudah la Niyaz perlukan rehat sebelum ke Shah Alam, datang Hairil habis hancur rencananya.

"Hang ingat ni company bapak aku punya? Kalau kerja duk MC ja memanjang kena buang la aku nanti," bidas Niyaz.

"Tuan Ibrahim tak akan buang anak saudara kesayangan." Hairil menyakat. Menyatakan satu fakta yang mungkin Niyaz lupakan.

Seruan pelan terlepas. "Memang la Tuan Ibrahim tak buang aku tapi Abang Hadi terpaling HR tu tengah tunggu peluang nak singkirkan pekerja tak guna macam aku ni," nyata Niyaz.

Niyaz tak cakap kosong. Hairil juga pernah setuju dengan pernyataan itu. Memang Niyaz merupakan anak saudara kepada pemilik syarikat mereka bernaung. Hairil sendiri diberi peluang berkhidmat di syarikat hartanah ini atas tiket sahabat rapat Niyaz dan Niyaz yang membawanya bersama. Walaupun begitu, menjadi anak saudara pemilik syarikat bukan satu tiket untuk Niyaz melepas diri dan bebas melakukan kesalahan. Abang Hadi Ketua Sumber Manusia mereka itu sentiasa mengawasinya.

Mengikut gosip liar Abang Hadi ada beef dengannya. Niyaz sendiri tak tahu apa yang telah dia lakukan sampai Abang Hadi tak suka kehadirannya di sini. Dia tak pernah menjilat Tuan Ibrahim. Dia juga pernah dimarahi dan ditegur pihak atasan. Tetap saja tak ubah presepsi Abang Hadi padanya. Lelaki itu senantiasa mencari salahnya agar dapat satu point untuk menyingkirkannya kelak.

"Hang rasa aku ada peluang tak jadi kesayangan Abang Hadi?" Rawak Niyaz tiba-tiba.

"Tak," balas Hairil laju. Meruntuhkan angan berdamai Niyaz.

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now