Mata yang berpinar-pinar memaksa Niyaz untuk berehat. Kesan dari cahaya komputer riba yang terlalu terang atau kerana dia sedang dilanda sakit kepala, sekitar terasa berputar dan tampak berganda-ganda termasuklah monitor komputer riba di hadapan dan juga seorang pekerja kafe yang sedang mara ke arahnya sambil mendulang pesanan air yang dipesannya itu.
Ingin menormalkan semula netra, dia memilih untuk berehat sejenak, menutup separuh lid komputer riba dan tergeleng-geleng cuba mengusir pandangan aneh pada Daiyan. Susuk Daiyan yang hanya satu, Niyaz lihat tiga. Dah nak mati agaknya dia ni.
"Dah kenapa macam anjing je ni?" Teguran tidak ramah dari Daiyan menghentikan perbuatan Niyaz.
Niyaz menjeling Daiyan yang sudah berada di pinggir meja."Apa anjing-anjing? Anjing tak datang duduk dekat Kafe dan beli Matcha Latte." Terluka hati Niyaz yang sedia nipis bak tisu. Ini kalau pelanggan di sekitar mereka mendengar sapaan Daiyan, sudah tentu Daiyan dilabelkan sebagai perkerja biadap, tiada etika dengan pelanggan.
"Saya report dekat big boss abang sebab abang as pekerja layan pelanggan macam ni," gertak Niyaz sambil mengambil Matcha Latte yang Daiyan letak atas meja lalu disisip laju. Air kegemaran yang melalui kerongkong kering, menyegarkan.
Daiyan pula menggaru keningnya. Alamak, sensitif pula Niyaz hari ini sampai gurauan biasa mereka buatkan Niyaz tidak selesa.
Tidak mahu memanjangkan isu, Daiyan mengalah. "Maaf Tuanku." Kemudian, kerusi di hadapan Niyaz yang tidak berpenghuni itu ditariknya lalu diduduk.
Daiyan ingin melepas lelah sementara kafe sedikit lengang, sambil-sambil berbual kosong dengan Niyaz yang juga sedang berehat.
Niyaz mengabaikan kehadiran Daiyan, masih lagi emo dengan ungkapan pertama.
"Adik abang ni kenapa sensitif sangat ni? Sakit ke?"
Niyaz tidak menjawab dia malah keluarkan plastik ubat dari beg laptop lalu dia ambil sepapan ubat Paracetamol.
Niyaz yang sedang menyumbat dua butir ubat ke dalam mulut, Daiyan perhatikan. Kemudian, Daiyan raih dan selongkar plastik ubat yang Niyaz biarkan di meja. Ubat-ubat Niyaz diteliti, Paracetamol, Antibiotik, Magnesium Trisilicate dan Omeprazole. Ada empat kesemuanya. Daiyan bukan ahli farmasi tetapi dia kenal ubat-ubat yang ada dalam plastik itu, ubat meredakan demam dan gastrik.
Daiyan simpan ubat-ubat Niyaz dalam plastik dan kembalikan ke tempat asal. Dia teliti pula raut Niyaz. Tidak dinafikan, Niyaz kelihat sedikit pucat dan lesu.
"Dah tahu sakit kenapa datang sini? Balik la baring dan rehat dekat rumah, buatnya rebah dekat sini tak pasal-pasal kena angkut naik ambulance." Daiyan halau Niyaz dari berkampung di Kafenya. Dah sakit-sakit pun masih betah di sini, kalau Daiyan jadi Niyaz dah lama dia selubung dalam selimut dan tidur.
"Dekat rumah tak ada orang, saya takut. Dekat sini ramai so saya rasa selamat sikit." Niyaz berikan alasan. Bukan dia sengaja-sengaja berlepak di sini dalam keadaan tubuh yang meraung-raung meminta ia berbaring dan beristirahat. Kalau ada orang dekat rumah, tak hingin dia gagah ke mari.
"Sakit kena ganggu ke ni?" Daiyan menyoal.
"Hmmm." Niyaz iyakan.
"Khafi tak ada dekat rumah ke? Tak silap abang dia cuti, Kafe pun tak masuk hari ini."
Mendengar itu makin tambah kesal Niyaz. "Angah hilang. Pagi-pagi dah lesap tanpa berita." Puas dia cari Khafi serata rumah dan menelefon Khafi ingin meminta bantuan tetapi tidak dapat dihubungi. Entah ke hutan belantara mana Khafi pergi.
"Naail?" Nama Abang Sulung Niyaz pula Daiyan petik. Selalunya kalau adik kesayangan seorang ini sakit dua Hero Malaya itu paling maju ke hadapan tapi hari ini terbalik Niyaz dibiarkan berkeliaran.
YOU ARE READING
C| MANUSKRIP
Horror[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang memanggil. Seorang mencari. Dan dia pula... telah lama menanti manusia serakah yang mahu menentang dan...