28

13 1 0
                                    

Sudah hampir 9 bulan sejak kejadian itu berlaku dan masih ada rasa trauma dalam dirinya. Terluka, sedih, marah, terhina. Semua perasaannya bercampur aduk. Mereka jauh membawa diri ke Sabah, syukur ada satu lagi kedai yang dibuka di Sabah jadi dia boleh bekerja disitu dan suaminyalah yang membantunya.

Kerja dipejabat Zikri sekarang diambil alih oleh adik iparnya yang lelaki buat sementara dan kedainya di sana diuruskan oleh Sarah dan sudah dia suruh wanita itu mencari pekerja baru untuk membantu menguruskan kedai itu. Masih mereka berhubung baik dengan dua adik iparnya dan juga papanya sendiri. Ada juga beberapa kali ayah mertuanya menelefonnya tetapi dia hanya membiarkan suaminya yang bercakap.

" Jauh termenung. "

Bicara lelaki itu membuatkan dia sedar dari lamunannya. Ellyna menghadiahkan lelaki itu senyuman kecil. " Mana ada termenung, kan tengah check stock ni. " Lelaki itu hanya menggeleng kecil lalu melabuhkan punggung disebelahnya. Dia menoleh memandang suaminya untuk seketika sebelum lelaki itu kembali memandang ke arahnya.

" Kenapa pandang abang ? " Dia hanya menggeleng kecil. Dia senang dapat rasa bahagia bersama suaminya tetapi ada suatu rasa tertanam dalam hati yang dia sendiri pun tak tahu macam mana mahu katakan. " Sayang ada problem ke ? Kalau ada cakaplah dengan abang. " Lelaki itu mencapai kedua-dua tangannya sambil mengusapnya lembut.

" Abang tak rindu umi abang ke ? "

Dapat dia lihat lelaki itu tersentak. Zikri terdiam seketika sebelum kembali tersenyum. " Tipulah kalau abang kata tak rindu tapi tak sanggup abang tengok sayang kena macam-macam lagi. " Dia masih menatap kosong wajah lelaki itu. Bukan dia tak tahu lelaki itu sedih.

" Umikan syurga abang, bukan El syurga abang. " Lelaki itu mengucup lembut tangannya.

" Umi memang syurga abang tapi apa yang umi cakap tu teruk sangat dah. Daripada umi terus-terus buat dosa dengan mulut tu, bagus kita bagi ruang dan masa untuk masing-masing fikir. Abang tak perlu taat apa kata umi kalau apa yang umi cakap atau suruh tu kurang bijak ataupun bertentangan dengan ajaran islam. " Panjang lebar bicara lelaki itu.

Hening suasana antara mereka tiba-tiba. Otaknya ligat memproses semuanya dan lelaki itu masih mengusap lembut tangannya. " Kita balik sana okay ? " Kata-katanya itu berjaya membuat lelaki itu berkerut. Lama lelaki itu berdiam diri sebelum kembali memulai bicaranya.

" Sayang sure ke ? Abang taknak sayang sakit lagi. Kalau sayang belum ready, takpa kita stay sini je dulu. " Ellyna menarik nafas panjang sebelum memandang suaminya. " Kita cuba je balik dulu, tak salah mencubakan abang ? " Wajah lelaki itu ragu-ragu untuk menyetujui apa yang dia katakan.

Dia sendiri pun susah untuk membuat keputusan itu, kalau boleh dia mahu duduk disini selamanya tapi dia juga rasa bersalah memisahkan hubungan ibu dan anak itu. " Asal abang ada dengan El, insyaAllah El kuat. " Ellyna mengusap lembut pipi suaminya.

Dia tahu lelaki itu risaukan dirinya, suami mana yang sanggup lihat isterinya diperlakukan begitu. " Thank you sebab tak pernah give up sayang. Jujur abang cakap, kalau abang jadi sayang memang abang dah give up lama. Terima kasih sebab setia disisi abang. "

MS : Cinta penuh halanganWhere stories live. Discover now