" Assalamualaikum say– " Zikri cuba untuk membuka pintu rumahnya itu tetapi malangnya dikunci. Loceng ditekan sekali. " Abang tutup mata dulu, El buka pintu baru abang buka mata okay ? " Berkerut dahinya mendengar permintaan wanita itu. Kenapa tiba-tiba dia perlu menutup matanya ? Walaupun rasa pelik tetap dia hanya ikutkan kehendak isterinya itu tanpa mempersoalkan apa-apa.
" Okay abang dah tutup mata. " Pendek bicaranya.
" Okay El kira satu dua tiga tau. " Berdebar sungguh rasa. Entah apa yang dirancang oleh sang isteri.
" Satu ! "
" Dua ! "
" Tiga ! "
Dapat dia dengar bunyi pintu yang dibuka dan dalam masa yang sama dia membuka matanya yang sedari tadi ditutup. Perlahan-lahan pandangan matanya mencuba melihat apa yang berada dihadapannya itu. " Tadaaaaaa~ " Melihat pemandangan dihadapannya itu membuatkan dia kehilangan kata-kata. Langsung tidak terkeluar sebarang suara dari mulutnya. Dia hanya mampu terngangga.
" Soooo..what do think ? "
Masih dia berdiri tegak diposisi yang sama tanpa berkelip melihat wanita itu. Dapat dia lihat senyuman wanita itu perlahan-lahan memudar, kegelisahan jelas terlihat. " Sa– sayang pakai tudung ? " Perlahan jarak antara mereka dia hapus. Dia seperti tidak percaya apa yang sedang dia lihat. Isterinya elok bertudung dihadapannya. " Aa..abang tak suka ke ? I can take it of– "
Pergerakan tangan wanita itu segera dihentikan lalu dia menarik isterinya ke dalam dakapannya. " Don't, you look.. gorgeous. "
Zikri mengucup lembut dahi isterinya. Sungguh dia rasa bersyukur. Tidak pernah dia paksa isterinya bertudung kerana takut isterinya bertudung hanya kerana perintahnya bukan kerana perintah Allah. Selama ini memang perlahan-lahan dia menasihati wanita itu, tak pernah dia paksa.
" Ya Allah sayang, manisnya abang tengok. Cantik sangat, abang suka. " Lebar senyumannya melihat perubahan isterinya itu. Tidak dia nafikan wanita itu memang cantik dengan rambut berwarnanya tetapi lebih cantik apabila bertudung.
Grrrrrr !
Bunyi perutnya membuatkan wanita itu tertawa kecil. " Alah, kesiannya abang belum makan lagi. Jomlah, El dah masakkan untuk abang. Special air tangan isteri abang. " Beg yang dibawanya itu diambil dari tangannya lalu dipimpin tangannya sehingga ke meja makan.
Membulat matanya melihat lauk sebanyak itu diatas meja. Mereka berdua sahaja dirumah itu tetapi isterinya masak seperti mereka tinggal berlima. Zikri melabuhkan punggungnya diatas kerusi sambil isterinya melayani dirinya. Nasi diambilkan, lauk diambilkan, tangan dibasuhkan. Sungguh nikmat apa lagi yang kau dustakan.
" Abang makan dulu, El pergi dapur kejap. " Dia hanya mengangguk kecil sambil matanya mengikut langkah isterinya ke arah dapur. Tidak sampai seminit isterinya kembali ke arah meja makan.
" Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Zikri suamiku, Allah selamatkan kamu. " Melihat wanita itu membawa kek sambil menyanyi itu membuatkan dia segera mencapai telefon bimbitnya. Membulat matanya.
8 September.
" Ya Allah sayang, abang sendiri lupa hari ni birthday abang. " Ellyna menghadiahkan kucupan lembut didahinya. Banyak betul kejutan yang dia dapat hari ni. Kalau dia sia-siakan wanita itu, memang salah besar. " Takpa abang, El ada untuk ingat birthday abang. Setiap benda tentang abang ada dalam otak El. "
Zikri tersenyum lebar. Berkaca matanya memikirkan semua yang berlaku hari ini. Entah apa yang dia buat sehingga dia dapat berjumpa wanita sebaik isterinya itu. Sungguh takkan dia lepaskan wanita itu. " Thank you sayang. Abang bersyukur ada sayang. "
ANDA SEDANG MEMBACA
MS : Cinta penuh halangan
Romance" Abang sedar tak abang tengah cakap fasal siapa ni ?! " Pertemuan diluar sebuah kelab malam akhirnya membuatkan kedua-duanya jatuh cinta. Yang sorangnya liar, yang seorang lagi bukan main alim. Walaupun masih belum berkahwin, pelbagai masalah telah...
