31

13 1 0
                                    

" Rina macam mana ? "

Zikri segera menyapanya sebaik sahaja dia keluar dari ruang itu. Dia menghadiahkan lelaki itu senyuman lebar dengan mata yang masih berkaca-kaca. " Alhamdulillah, baby dah lahir. Baby lelaki. " Suaminya menariknya ke dalam dakapannya membuatkan dia kembali mengalirkan air mata. Entah kenapa dia yang lebih beremosi.

" Rina tengah rehat dulu, nanti nurse bagitahu baru boleh lawat dia. " Zikri hanya mengangguk kecil.

" Sayang macam mana pula ? Okay ? " Dia berkerut seketika. Kenapa lelaki itu buat seperti dia yang baru saja melahirkan. " Kalau sayang nak kita fly ke Sabah semula, abang boleh suruh kawan abang dapatkan tiket sekarang. " Itu yang lelaki itu risaukan. Adik iparnya baru saja melahirkan tetapi lelaki itu lebih risaukan perasaannya. Jujur dia cakap memang sangat dia terluka.

" Kuat betul kau ni menghasut anak akukan ? Kau guna minyak pengasih dekat dia ke ? " Satu suara yang menyapa telinganya itu membuatkan dia mengetap kuat giginya.

" Umi, tolonglah. Jangan buat kecoh lagi. Kak long yang banyak tolong kita umi. " Faris tanpa ragu, melontarkan kata-katanya. Dia tak perlu minta untuk dibela tapi lelaki itu bersungguh membela nama baiknya. Dia masih berdiri dibelakang suaminya tanpa ada niat untuk melawan wanita itu.

" Betullah umi cakap, perempuan tu bawa malang je dekat keluarga kita. Dia datang je terus banyak benda buruk jadi dekat kita. Sebab tu mak dia pun buang dia. " Mata Ellyna berkaca-kaca mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh wanita itu. Tanpa segan silu wanita itu menghinanya semahunya. Tiada langsung sifat kemanusiaan wanita itu.

" Apa awak cakap dekat anak saya Nab ? "

Suara yang tidak asing ditelinganya itu membuatkan dia yang sedari tadi menunduk mengangkat kepalanya. Entah sejak bila papanya berdiri disitu, tiada seorang pun yang sedar. Semakin berkaca-kaca matanya melihat wajah marah lelaki itu. " B– bang. Kenapa abang ada dekat sini ? " Pertama kali dia dengar wanita itu tergagap-gagap.

Selama ini bukan main yakin wanita itu menghinanya. " Sejak bila isteri aku buang El ? " Ellyna berlari ke arah papanya itu sebelum lelaki itu tidak dapat menahan lagi amarahnya. Dia tahu lelaki itu takkan membiarkan maruah anaknya dipijak sebegitu. " Papa, dahlah tu. Jomlah balik. " Dia cuba menarik lengan lelaki itu untuk berlalu pergi dari situ tetapi lelaki itu berdegil.

" Kau tahu tak 10 tahun lepas siapa yang derma jantung dekat kau ? "

Ellyna menggigit bibir bawahnya. Hal yang dia tidak mahu bangkitkan akhirnya muncul. Sejak pertama kali dia jejakkan kaki dirumah Zikri, dia sedar yang dia kenal kedua-dua wajah orang tua lelaki itu. " Isteri aku yang dermakan. " Kata-kata papanya berjaya membuatkan wajah wanita itu perlahan-lahan berubah. Bukan sengaja dia tidak mahu beritahu, tapi memag dia sengaja.

" Mulanya aku taknak pun bagi isteri aku kena bedah tapi El yang berkeras supaya jantung tu boleh dimanfaatkan untuk orang lain. Isteri aku tak buang El, isteri aku meninggal Nab. " Perlahan bicara lelaki itu.

Sungguh terluka hatinya. Dari hari pertama memang dia mahu rapat dengan wanita itu kerana dia dapat merasa dekat dengan arwah mamanya tapi wanita itu kerap menolak dirinya jauh. " Betul ke apa dia cakap bang ? " Puan Zainab memandang ke arah suaminya bagi mendapatkan kepastian.

Ayah mertuanya itu hanya menjawab dengan anggukan kecil. Yang tahu hal itu hanya Ellyna, ayah mertuanya dan papanya. Dia memang menghalang lelaki itu daripada membangkitkan soal itu kerana dia tidak mahu wanita itu menyayanginya hanya kerana mamanya yang mendermakan organ pada wanita itu.

" Zik, kalau macam ni keluarga Zik layan anak papa..." Papanya menggenggam lembut tangannya sebelum menyambung bicaranya.

" ..pulangkan balik El pada papa. "

MS : Cinta penuh halanganWhere stories live. Discover now