Ring !
Telefonnya berdering buat kesekian kalinya. Ellyna mengeluh kecil. Bukan dia tidak mahu menjawab panggilan itu cuma dia terpaksa. Bukan kehendak hatinya. " So, puan. Kandungan sihat je alhamdulillah, takda apa-apa masalah. Tapi puan jangan terlalu stress sebab itu boleh effect pada baby juga. " Dia mendengar setiap perkataan yang dikatakan oleh doktor dihadapannya itu.
" Dah boleh tahu jantina baby ni ke doktor ? " Soalnya.
" Oh tu belum lagi, masih awal lagi. Tu kena tunggu at least 16 minggu kandungan. Puan just perlu datang setiap appointment yang telah ditetapkan. Kalau takda apa-apa lagi boleh tunggu dekat depan, nanti nurse saya bagi ubat. " Dia berjalan perlahan ke arah pintu keluar dengan otak yang serabut.
Dia duduk menunggu ubat yang bakal diberikan sambil otaknya ligat memikir hal yang sedang terjadi sekarang. Entah macam mana dia mahu selesaikan semua ni. " Ni ubat-ubatnya, makan ni setiap.. " Semua arahan wanita dihadapannya langsung tidak dia dengar. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langsung dia tidak fokus.
" Terima kasih. " Perlahan ucapnya.
Telefonnya masih berdering itu akhirnya dia jawab. Dapat dia dengar helaan nafas lega suaminya dari hujung talian. " Sayang ! Sayang pergi mana ? Kenapa abang call banyak kali tak angkat ?! " Suara suaminya yang agak tinggi itu membuatkan dia berpeluh sejuk. Memang patut lelaki itu risau sampai begitu, 345 missed call.
" Hehe, sorry abang. Tadi El gopoh-gopoh keluar nak pergi check kilang tu, tak perasan pula telefon tinggal. Abang pun tahu jarak kedai dengan kilang tu jauh, dah nak sampai kilang baru perasan takda telefon. Ni pun baru sampai kedai. "
Panjang lebar dia perjelasan pada lelaki itu. Dilihat waktu pada jam ditangannya itu. Jam 4. Sepatutnya dia makan bersama lelaki itu pada jam 2 tapi ada suatu hal yang membuatkan dia terpaksa berbohong pada lelaki itu. " Haish sayang, nak gugur jantung abang ni. Nasib tak call polis tau. Abang call Sarah pun tak angkat. "
Dia hanya tertawa kecil dihujung talian. Memang sudah dia pesan pada rakannya itu jangan jawab sebarang panggilan dari suaminya. " Sorry abang, tak sengaja. " Cuba dia memujuk lelaki itu. " Takpa, abang tak marah pun. Abang risaulah apa-apa jadi dekat buah hati abang ni. Tu dah makan ke belum ? " Soal lelaki itu.
" Dah ! Abang dah makan ke ? "
" Belum lagi, tak lalu nak makan. Kan biasa sayang yang suap. " Ellyna gigit bibir bawahnya. Rasa bersalah menghantui dirinya sekarang tapi dia terpaksa demi kebaikan semua orang. " Takpa, abang alas perut dulu. Nanti balik El masakkan special untuk abang okay ? " Dapat dia dengar keterujaan lelaki itu.
Mudah sungguh lelaki itu memaafkannya, tiada langsung lelaki itu mempersoalkan alasannya. Sungguh besar rasa bersalah dalam dirinya itu. " And I have surprise for you ! "
ANDA SEDANG MEMBACA
MS : Cinta penuh halangan
Romance" Abang sedar tak abang tengah cakap fasal siapa ni ?! " Pertemuan diluar sebuah kelab malam akhirnya membuatkan kedua-duanya jatuh cinta. Yang sorangnya liar, yang seorang lagi bukan main alim. Walaupun masih belum berkahwin, pelbagai masalah telah...
