Ellyna menarik nafas panjang sebelum menyambut tangan suaminya. Lama mereka berdiri dihadapan rumah mertuanya itu, otaknya masih memikirkan sama ada dia membuat keputusan yang benar. Zikri sudah terlebih dahulu memberitahu ayah mertuanya yang mereka akan pulang ke sana jadi mertuanya tahu mereka akan ke sini.
" Take your time sayang, jangan paksa diri. " Ucap lelaki itu lembut.
Dia hanya tersenyum lalu mengangguk kecil menandakan dia bersedia untuk masuk ke rumah itu. Lebih tepatnya pura-pura bersedia untuk menenangkan lelaki itu. " Assalamualaikum. " Lelaki itu membuka pintu rumah itu dengan berhati-hati dan dia berjalan dibelakang sambil tangan masih berpimpinan dengan lelaki itu. Dapat dia lihat mertuanya duduk diruang tamu dengan suasana hening yang menemani mereka.
Dia menyalami ayah mertuanya sebelum menoleh ke arah mak mertuanya. Wanita itu menghulurkan tangan tanpa memandang ke arahnya langsung, dia menyalami wanita itu dengan rasa hampa lalu duduk disebelahnya suaminya. Wanita itu masih tidak suka padanya nampaknya.
" Jadi okay ke kamu duduk dekat sana tu ? Business okay ? " Belum sempat suaminya menjawab soalan ayah mertuanya itu, mak mertuanya terlebih dahulu memotong bicaranya.
" Kalau dah hasut anak saya derhaka dengan saya, mestilah rezeki pun tak sampai. " Auch, belum sampai sepuluh minit dia disitu. Sakit tak berdarah hatinya itu. " Nab ! " Bentak ayah mertuanya membuatkan wanita itu mendengus marah.
" Alhamdulillah business El okay je, lagi ramai datang sebab El yang jaga sana. Zik sendiri pun tak terhandle, sampai kena tambah banyak staff baru. " Suaminya yang bicara. Dia masih berdiam diri. Hening. Masing-masing disitu tidak boleh berpura-pura melupakan kejadian yang berlaku hampir 9 bulan lalu. Ayah mertuanya mencuba untuk berlagak biasa tetapi dapat dia lihat lelaki itu rasa bersalah padanya.
" Berapa lama dekat sini ? " Soal lelaki itu.
Zikri memandang ke arahnya menanya sama ada dia mahu menjawab soalan itu ataupun tidak. Dia menggeleng kecil. " Depends, ikut keadaan. " Kata-kata suaminya itu berjaya menarik perhatian mak mertuanya itu. " Apa pula depends, Zik stay jelah sini. Apa yang perempuan tu dah hasut Zik ?! "
Dia menundukkan kepalanya. Ya Allah, sabarkanlah dirinya itu sesungguhnya kesabarannya terbatas. Lelaki itu perlahan-lahan mencapai tangannya bagi menenangkannya. " Perempuan ni isteri Zik, El takda hasut Zik pun. Zik yang buat keputusan selama ni, El hanya taat pada Zik. Depends yang Zik maksudkan ialah kalau umi masih tak boleh terima El, kami akan terus stay Sabah. "
Merona merah wajah wanita itu menahan marah. " Umi nak Zik ceraikan jalang tu ! " Jalang, jalang jalang ! Serabut kepalanya mendengar perkataan itu. " Umi, tolong. Jangan perkeruhkan lagi keadaan yang dah keruh. Zik takkan ceraikan El. " Perlahan bicara suaminya itu. Walaupun marah, lelaki itu tidak pernah meninggikan suara pada wanita itu.
" T– "
Belum sempat wanita itu kembali melawan, satu suara menyapa mereka. " Umi. " Fokus mereka kini beralih kepada suara yang datang dari pintu depan. Membulat matanya melihat adik iparnya yang berdiri dengan perut saratnya. " Rina ! " Wanita tua itu segera berlari ke arah anak perempuannya itu. Semua yang berada disitu langsung terdiam melihat keadaan wanita itu.
" Apa dah jadi dengan Rina ni ?! Siapa yang buat sampai Rina mengandung ni ! " Nyaring suara wanita itu memarahi anak perempuannya itu.
Perlahan-lahan mereka berjalan ke arah depan pintu. " R– Rina minta maaf umi, Rina terlanjur. " Wanita itu mengangkat tinggi tangannya untuk menampar anak perempuan didepannya itu tapi segera dia menahan tamparan itu dari mengena Erina menggunakan badannya. " Kau jangan nak masuk campur hal keluarga aku ! "
" Rina tengah sarat mengandung ni umi, jangan buat Rina stress nak dekat hari dia bersalin. Tolong. " Zikri berkerut. Kenapa isterinya boleh lebih tahu segalanya itu ? Kenapa ? " Kau tak payah nak tunjuk baik dekat sinilah, biar aku yang ajar anak aku. " Wanita itu masih mahu berlawan dengannya membuatkan dia mengeluh berat.
" Umi, kak long yang tolong Rina selama ni. Rina cakap dengan umi yang Rina sewa rumah dekat dengan uni supaya senang tapi sebenarnya Rina tangguh sem dan kak long bagi Rina tinggal dekat rumah kak long sepanjang Rina mengandung ni. Kak long dengan kak Sarah yang bawa Rina pergi check up apa semua. Yang jaga Rina sepanjang kak long dekat Sabah pun kak Sarah. "
Ellyna mengeluh kecil. Segalanya terbongkar sekarang. Rahsia yang dia simpan dari suaminya sendiri, akhirnya pecah.
" Kak long, Rina dah terlanjur. Laki tu lari dia taknak tanggungjawab bila Rina bagitahu Rina mengandung. Macam mana ni kak long ? Rina takut umi abah marah. "
" Sa–sayang tahu semua ni ? "
ANDA SEDANG MEMBACA
MS : Cinta penuh halangan
Storie d'amore" Abang sedar tak abang tengah cakap fasal siapa ni ?! " Pertemuan diluar sebuah kelab malam akhirnya membuatkan kedua-duanya jatuh cinta. Yang sorangnya liar, yang seorang lagi bukan main alim. Walaupun masih belum berkahwin, pelbagai masalah telah...
