"Agak-agak lah bang kalau nak bawak saya pi buat paranormal sekali pun, tak akan bang nak suruh saya pakai macam ni?"
Sebuah kenderaan buatan Asia Timur meluncur dengan kecepatan pesat melalui Lebuhraya Persekutuan. Pemandu yang berada di posisi santai itu lagi-lagi menginjak pedal minyak dan memotong beberapa buah kenderaan yang berada di lorong kanan tetapi memilih untuk mengutamakan keselamatan jalan raya hingga menyusahkan pengguna jalan raya lain, dia tidak terburu-buru tetapi dia sedikit geram dengan mereka yang egois.
"Bang saya tak nak mati." Hinggalah suara dari tempat penumpang belakang menyedarkan ia, perlahan-lahan dia menginjak rem dan memandu di bawah 120km/j.
Dia melirik cermin pandang belakang. Di belakang sana ada Niyaz yang memilih duduk di tengah-tengah kerusi dan menyilangkan tangan ke dada. Muka pemuda itu monyok dan kelat seakan baru menjamah buah peria.
Terasa diperhatikan, Niyaz mengangkat jari telunjuk tinggi-tinggi sambil membalas tatapan Daiyan dari kaca pandang belakang.
"Nak cucuk langit ke Niyaz?" Daiyan kembali menumpukan perhatian di jalan raya, bibirnya sedikit jungkit dengan kerenah rawak Niyaz.
Niyaz mendengus. "Satgi saya angkat jari tengah hilang pula jari saya, tak cukup satu nak basuh berak," sinis Niyaz. Dia ni lelaki beradab tau, nak angkat jari tengah dekat orang tua macam Daiyan pun pikir banyak kali.
"Boleh pergi jauh Niyaz," sampuk insan di sebelah tempat pemandu. Dia pusing ke belakang dan hulurkan kerepek pisang kepada Niyaz.
Tak tunggu lama, dirembatnya plastik jajan itu dan disumbat kerepek pisang ke dalam mulut. Sungguh Niyaz sedang menahan lapar, nasib ada insan baik seperti Shah berbanding Daiyan yang hanya tahu menculik dia saja.
Sejam yang lepas, Niyaz yang baru sahaja tiba di pagar rumah ditolak masuk ke dalam kenderaan Daiyan. Tanpa sebarang penjelasan, Daiyan mengunci pintu kereta dan berdesup meninggalkan kawasan perumahan Khafi. Ke mana lagi, nak bawa dia malam-malam jumaat macam ni, kalau bukan menculiknya untuk menyertai aktiviti paranormal gila Daiyan dan dua ketul abang sewelnya.
Nak menangis meraung pun tak ada guna, akhirnya Niyaz pasrah aja lah. Tapi ada satu benda dia tak puas hati sekarang ni, nak cari hantu ke nak ajak dia pergi jumpa client? Gila ke apa nak shooting dengan pakai pakaian kerja macam ni?
"Bang tak akan saya nak pakai macam ni?" Lagi-lagi Niyaz keluh soal pakaiannya. Daiyan tak bagi dia peluang tukar baju langsung.
Dengan rasa sebal tahap dewa, Niyaz mencampakkan tali leher dan blazer ke hujung kerusi lalu satu persatu kancing kemeja dilepaskan dan menyisakan kaos hitam yang melekat pada tubuh.
"Abang dah suruh Naail dan Khafi bawa baju hang. Sandal ada bawah seat passenger depan tu, pakai la dulu," maklum Daiyan.
Niyaz terbongkok-bongkok meraba bawah kerusi penumpang, merasai permukaan yang kesat dan memanjang, lantas ia menarik barang itu keluar sebelum dia terpangah. Cahaya lampu jalan samar-samar menampakkan rupa sandal yang Daiyan maksudkan tadi. "Abang nak suruh saya pakai selipar jamban katak ni ka? Abang ingat saya budak-budak ka?" Geramnya.
Dibelek-belek selipar imut hijau Daiyan yang siap ada kaki dan tangan berserta dua butir bulat yang menonjol sebesar penutup botol sebagai mata katak. Dah macam selipar khas buat kanak-kanak seperti Haidar tapi versi dewasa.
Gila. Daiyan lelaki tua kerepot gila!
Niyaz mencebir. Apa dalam benak Daiyan agaknya?
Ingat aku budak sekolah ke apa nak suruh pakai macam ni? Budak sekolah pun dah pandai bergaya tahu."Kalau tak nak pakai sudah. Simpan balik selipar kegemaran abang tu. Orang dah bagi banyak komen pula, orang dekat luar sana selipar pun tak ada tau, tak mampu-"
YOU ARE READING
C| MANUSKRIP
Horror[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang memanggil. Seorang mencari. Dan dia pula... telah lama menanti manusia serakah yang mahu menentang dan...